-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Nasi Goreng Buah Dabai

Bismillahirrahmanirrahim..........

Nasi goreng buah Dabai memang glamer kat Sarawak. Semua orang kata wajib cuba. Aku sendiri tak pernah makan sebenarnya nasi goreng buah dabai ni. Tapi terlanjur beli haritu, cuba masak ler jugak.. tapi resepi sendiri jer.. huhu

Nak buat nasi goreng ni, buah dabai perlu direndam terlebih dahulu dalam air suam sehingga lembut. Agak-agak dalan 15 minit. Jom tengok step to step penghasilan nasi goreng buah dabai ni..

 Buah Dabai, bawang, cili padi, ikan bilis, telur adalah bahan asas

 Rupa buah dabai yang telah direndam.. perlu diambil isinya sahaja

 Yang kuning tu isi, yang dalam tu biji dia yang keras.. hehe

 Semua bahan-bahan asas digoreng

 Ikan bilis yang telah digoreng. Ni pun dari Sarawak.. warna ikan bilis ni pelik sikit. putih sangat macam kene clorox.. hehe

 Nasi yang telah dimasak, perlu dimasukkan sayur. Aku letak kangkung yang ditanam sendiri.. Nak jugak cakap kangkung tanam sendiri..

Dah siap nasi goreng.. dah angkat tu, boleh ler taburkan ikan bilis yang digoreng garing tadi..

Boleh layan la rasa nasi goreng ni.. Lemak2 pedas sebab taruk cili... Cubalah.. tak rugi cuba taw!

Buah Dabai wajib dicuba!

Bismillahirrahmanirrahim..........

Masa ke Miri baru-baru ni, aku sempat singgah ke tamu. Tujuan nak cari buah Dabai sebab dalam facebook asyik baca pasal buah dabai jer.. Jadi selepas habis meeting, ada kawan baru offer bawak berjalan-jalan ke tamu... Sementara nak tunggu flight, jom ler kita.. isi masa lapang..

Ha.. jom kenal Buah Dabai!

 Buah dabai lemak.. Keras buah ni.. Nak makan kene rendam dulu bagi lembut.

 Ni bukan buah yer.. Ni terubuk masin. Wajib beli kalau gi sarawak.. Dah mahal sekarang.. compare masa aku gi honeymoon ngan hubby dulu.. Wakaka.. compare harga 10 tahun lepas.. 

 Ni durian Sarawak.. Isinya merah. Rasanya lemak-lemak.. Aku tak suke sangat

Buah tangan untuk dibawak balik.. tapi laksa sarawak tu sampai sekarang tak masak lagi.. huhu

Penginapan yang selesa di Miri

Bismillahirrahmanirrahim..........

Aku kerap ke Miri atas untuk memenuhi program HSE oleh Petronas. Antara penginapan yang selalu aku duduk di Ni pulak bilik di Grand Palace Hotel. Aku suka bilik dia tapi tak suka suasa surrounding.. Sebab area clubbing.. huhu....

Jom tengok bilik yang aku menginap dulu. Gambar tak banyak, sekadar buat kenangan..  Ni bilik standard jer. Harga dalam rm2++ . Berbaloi gak ler sebab selesa..











Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie