-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mandi Manda di Air Terjun Serendah

Bismillahirrahmanirrahim..........

Lepas raya haritu, anak saudara ku datang untuk interview. Dalam sibuk-sibuk memenuhi undangan rumah terbuka, kami melapangkan diri pergi mandi manda di Air Terjun Serendah. Dah lama tak mandi sungai.. Happy sangat!!

Aku suka ke Air Terjun Serendah ni sebab keadaan sungai yang cetek dan air terjun yang tak payah nak daki-daki.. hehe.. Lagipun senang untuk anak-anak bermandi manda.. Selamat sikit.. air dia berarus, Insya Allah mengurangkan risiko kencing tikus..

Kami bertolak kira-kira pukul 11 pagi dari Shah Alam. Sempat la aku masak sikit-sikit untuk makan-makan disana..  Masak simple-simple jer.. Yang penting semua orang enjoy... Tengah mandi2 tu hujan... so, kenelah packing awal sikit..

Tapi lepas tu tak balik terus, merayau plak ke Empangan Selangor... santai-santai ambik gambar..







Cerita Raya 2015

Bismillahirrahmanirrahim..........

Ha.. dah habis raya baru nak citer pasal raya... Masuk tahun ni dah 2 tahun tak balik beraya ke Perlis.. Rindu rasa hati nak balik Perlis.. tapi belum diizinkan Allah untuk sampai ke Perlis.

Raya tahun ni kami sekadar beraya di Teluk Intan. Tak seperti kebiasaan balik ke Kelantan dan terus ke Perlis. Cuti pun tak la lama sangat.. Sebab balik Teluk Intan jer.. Kami bertolak balik ke Teluk Intan Petang puasa terakhir. Sempat la singgah Tanjung Karang beli daging untuk rendang.. Tapi bila sampai rumah, mak dah siap buat rendang ayam pencen dan ketupat. Aku cuma tolong cucuk sate jer la..

Raya tahun ni tak berjalan ke mana sangat la.. Yang paling penting dapat beraya dengan mak dan ayah. Selagi mereka ade didunia ni kan...Gambar keluarga pun tak complete raya ni.. Masing-masing kesibukan... Sekadar untuk kenangan kami sepanjang raya 2015.

 Alya berbaju kurung. Baru dapat kaki..

 Gambar di pagi raya.. kecoh satu rumah.. hehe

 Our big family..
 Dengan mak & ayah..

 2nd Raya- dengan adik bongsu ku
 Us..
We are big Family

Kerjaya dan keluarga

Bismillahirrahmanirrahim..........

 Esok genap 11 tahun anak daraku… Lagi 3 hari, ALya pulak genap setahun.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar aku pun dah menginjak ke 36 tahun.. Sepanjang 12 tahun perkahwinan kami, pelbagai pahit manis dah ditempuhi.. tapi aku bersyukur, masih dikurniakan suami dan anak-anak yang menjadi sumber kekuatan.


Tahun ni, banyak perubahan dalam kerjaya aku. Walaupun masih berada di syarikat yang sama, tapi sekarang aku dah fully in-charge dalam bidang safety. A new unit has been formed up i.e HSE Unit. Sebelum ni kan keje jaga QHSE. Banyak buat kerja2 ISO.. Kerja HSE banyak senyap jer… huhu.. Tahun ni jugak officially aku dah selamat mendaftar sebagai Safety Officer. Rasanya tahun ni dah ready untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar dalam karier aku..

I believe the changes just at the right time… Sejak en suami memikul tanggungjawab menjaga anak-anak sendiri, senang sikit aku nak travel demi memenuhi tuntutan kerja.. Tak payah pening kepala fikir-fikir pasal problem dengan babysitter.. huhuhu.. Tapi masa juga agak limited la kan…. Bukan semua boleh dapat dalam hidup ni.. nak dapat sesuatu, kene la korbankan sesuatu yang lain.. Tapi yang penting, kami lebih tenang begini.. senang nak arrange masa masing2.. dan masa dengan anak-anak pun lebih banyak..

Insya Allah… kami akan sama mengorak langkah membina kehidupan yang lebih baik.. Doakan kami 

She's turn to 11.. Alhamdulillah...
 

 My lil princess.. Dah nak setahun..
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie