-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Blogging for Milionaire

Bismillahirrahmanirrahim..........

Source: Google

Hari ni berkesempatan menghadirkan diri untuk kelas 'Blogging for Milionaire'. Lama giler tak join kelas... Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, tabahkan hati jugak join kelas... rugi ler tak dapat ilmu...

Kelas ni dianjurkan oleh Master Aishah Amin one of the Master Coordinator Shaklee dari group LISA. Alhamdulillah.... Ilmu tak kira dimana boleh dapat... yang penting kene kuat dan determine nak cari ilmu. Waktu ni banyak betul dugaan.. kesihatan yang kurang memberangsangkan, laptop yang rosak etc.. Tapi tak per.. tu sume dugaan untuk berjaya

Apa yang paling penting.. sejak ber'shaklee' banyak support dari group kami iaitu Master Azlin dari group Super Success Mommies... Sesungguhnya aku akui.. hendak berjaya dalam network markerting, bukan hanya perlu kuat dari segi mental, tapi support dari upline sangat penting.. kalau tak tu ler sebab ramai yang kecundang dalam bisnes network marketing.. betul tak?

Okey.. aku update blog ni masa tengah kelas Blogging for milionaire ni... huhuhu.. ambik kesempatan sebab idea tengah datang... Banyak lagi yang aku nak citer nanti... Tapi ni nak fokus kelas dulu... Entry bergambar akan menyusul.....

Kerabu Bunga Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim..........


Alhamdulillah.. dapat kembali update blog ku ini setelah berjaya setting custom domain yang ku beli. Sekarang ni www.mazatulazura.blogspot.com dah bertukar kepada www.mazatulazura.com

Ingat entry sebelum ni pasal bunga kunyit tak? Aku nak share bunga kunyit yang aku kerabukan… Sedapnyer… lagi-lagi bila dinikmati bersama nasi panas… Bila makan tu, ade bau cam daun kunyit sikit.. Korang boleh try buat kerabu ni..


Kerabu Bunga Kunyit

Bahan A
1/2 biji kelapa parut disangai sehingga kekuningan dan ditumbuk sedikit
Sedikit udang kering ditumbuk atau dikisar
Bahan B
*Sejambak bunga kunyit
*2 batang serai
*1 ulas bawang besar
*5 biji cili padi
*2 batang kacang panjang
*½ biji timun dihiris memanjang- buang biji
*2 batang kacang botol
* 3 helai daun cekur
Segenggam taugeh

Bahan C
Air limau nipis
Garam
Gula

Cara-Caranya
       Bahan B dimayang halus kecuali taugeh
2.       Masukkan Bahan B bersama Bahan A
3.       Masukkan Bahan C secukup rasa
4.       Sedia dinikmati…
 

Bunga Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sempat menjengah pokok kunyit di kebun... Surprisingly!!!! Pokok kunyitku berbunga.. First time pokok kunyit ku berbunga... Excited tengok...

Bunga kunyit ni sedap dimakan sebagai ulam.. Ade juga yang buat kerabu.. Rasanya yang agak krunchy dan pedas-pedas sikit dikatakan amat bagus untuk orang pompuan terutama yang dalam pantang...

Ku abadikan gambar bunga kunyitku sebagai kenangan... hehehe.. Dapatlah 2 kuntum dalam serumpun kunyit...


Dugaan Awal Tahun

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama kete tak bermasalah... Ni kejadian dimana tayar kete kami pecah.. sebab masuk lubang.. Hebat jalanraya sekarang.. lubang merata-rata.. hahaha

Akibatnya kedua-dua tayar kiri dan kanan serta tayar spare habis semua... Nasib baik ade sorang hamba Allah sudi membantu membawa kami ke kedai tayar... Kalau tak, sampai malam ler duduk tepi jalan... hehehe

Tayar belah kiri masuk lubang terus pancit
 Agak-agaknya ape la dalam lubang tu sampai jadi camni
 Tayar belah kanan- di kejadian yang berasingan... tapi hari yang sama..
 Spare tyre- tukar tapi tak dek angin.. X sempat nak isi angin dah tercabut

Moralnyer kawan-kawan, selalu check tayar spare yer... penting tuh! Jadi cam kami, kene kat tempat tak banyak org nak berhenti tolong... kan susah... Nasib baik Allah masih sayangkan kami.. dihantarnya seorang hamba Allah yang sudi bersusah payah membantu...

Semoga Allah memberikan balasan terbaik untuk dia... Amin....

Selamat Tahun Baru 2015

Bismillahirrahmanirrahim..........


Allahu Akbar... lama betul tak berupdate blog ni.. BW pun dah tertidur kejap... Walaupun harini dah hari yang ke 13 dalam tahun 2015, Belum terlambat rasanya untuk wish Selamat Tahun Baru 2015. Semoga kedatangan tahun baru ni akan menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita semua.

Kami mulakan tahun baru dengan pelbagai cabaran... Tapi semua cabaran tu akan menjadikan kita lebih kuat. Betul tak? Tahun ni dah 3 orang anak aku masuk sekolah rendah.. Dah besar-besar semuanya... Alhamdulillah... Cabaran mendidik anak-anak sekarang tidak sama seperti dulu... Semoga Allah membantu kita semua dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifahNya..

Banyak citer nak share... tapi cam kene kasi citer ala-ala basi ler... huhuhu... tu la... tak update on time sangat kan.... Aku pun dah register domain blog aku.. tapi tak reti nak setting lagi... huhuhu.. Insya Allah.. nanti leh nampak www.mazatulazura.com plak yer...
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie