-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bahagiakan Anak Kecik Kita

Bismillahirrahmanirrahim..........

Anak-anak kecik tak perlukan duit  yang banyak atau gadget yang mahal untuk membuatkan mereka gembira. Hanya sekali sekala memenuhi permintaan mereka sudah cukup. Inilah kegembiraan yang tergambar di wajah Syafiq bila kami memenuhi permintaan dia nak bawa kereta kecil.. Kos? RM 10 untuk 15 minit. Return? Priceless... Alhamdulillah... Terima Kasih ya Allah...





Alya ke Kebun tanpa selipar

Bismillahirrahmanirrahim..........

Lama sangat tak update citer kebun kami..  Setakat ni pokok-pokok dah berbuah tapi masih belum rezeki kami dapat merasa.. Kebanyakannya menjadi rezeki en monyet.. sampai patah2 dahan pokok dikerjakannya..

Haritu berkesempatan bawak Alya ke kebun.. Ni first time la bawak dia sejak pandai berjalan ni.. Jom layan aksi Alya.. Mungkin aksi ni tidak disukai oleh sesetengah parents.. tapi bagi aku.. I love to let them enjoy and explore.. Maklumlah.. aku kecik2 dulu lagi dasyat weh!!





Nasi Goreng Buah Dabai

Bismillahirrahmanirrahim..........

Nasi goreng buah Dabai memang glamer kat Sarawak. Semua orang kata wajib cuba. Aku sendiri tak pernah makan sebenarnya nasi goreng buah dabai ni. Tapi terlanjur beli haritu, cuba masak ler jugak.. tapi resepi sendiri jer.. huhu

Nak buat nasi goreng ni, buah dabai perlu direndam terlebih dahulu dalam air suam sehingga lembut. Agak-agak dalan 15 minit. Jom tengok step to step penghasilan nasi goreng buah dabai ni..

 Buah Dabai, bawang, cili padi, ikan bilis, telur adalah bahan asas

 Rupa buah dabai yang telah direndam.. perlu diambil isinya sahaja

 Yang kuning tu isi, yang dalam tu biji dia yang keras.. hehe

 Semua bahan-bahan asas digoreng

 Ikan bilis yang telah digoreng. Ni pun dari Sarawak.. warna ikan bilis ni pelik sikit. putih sangat macam kene clorox.. hehe

 Nasi yang telah dimasak, perlu dimasukkan sayur. Aku letak kangkung yang ditanam sendiri.. Nak jugak cakap kangkung tanam sendiri..

Dah siap nasi goreng.. dah angkat tu, boleh ler taburkan ikan bilis yang digoreng garing tadi..

Boleh layan la rasa nasi goreng ni.. Lemak2 pedas sebab taruk cili... Cubalah.. tak rugi cuba taw!

Buah Dabai wajib dicuba!

Bismillahirrahmanirrahim..........

Masa ke Miri baru-baru ni, aku sempat singgah ke tamu. Tujuan nak cari buah Dabai sebab dalam facebook asyik baca pasal buah dabai jer.. Jadi selepas habis meeting, ada kawan baru offer bawak berjalan-jalan ke tamu... Sementara nak tunggu flight, jom ler kita.. isi masa lapang..

Ha.. jom kenal Buah Dabai!

 Buah dabai lemak.. Keras buah ni.. Nak makan kene rendam dulu bagi lembut.

 Ni bukan buah yer.. Ni terubuk masin. Wajib beli kalau gi sarawak.. Dah mahal sekarang.. compare masa aku gi honeymoon ngan hubby dulu.. Wakaka.. compare harga 10 tahun lepas.. 

 Ni durian Sarawak.. Isinya merah. Rasanya lemak-lemak.. Aku tak suke sangat

Buah tangan untuk dibawak balik.. tapi laksa sarawak tu sampai sekarang tak masak lagi.. huhu

Penginapan yang selesa di Miri

Bismillahirrahmanirrahim..........

Aku kerap ke Miri atas untuk memenuhi program HSE oleh Petronas. Antara penginapan yang selalu aku duduk di Ni pulak bilik di Grand Palace Hotel. Aku suka bilik dia tapi tak suka suasa surrounding.. Sebab area clubbing.. huhu....

Jom tengok bilik yang aku menginap dulu. Gambar tak banyak, sekadar buat kenangan..  Ni bilik standard jer. Harga dalam rm2++ . Berbaloi gak ler sebab selesa..











Mandi Manda di Air Terjun Serendah

Bismillahirrahmanirrahim..........

Lepas raya haritu, anak saudara ku datang untuk interview. Dalam sibuk-sibuk memenuhi undangan rumah terbuka, kami melapangkan diri pergi mandi manda di Air Terjun Serendah. Dah lama tak mandi sungai.. Happy sangat!!

Aku suka ke Air Terjun Serendah ni sebab keadaan sungai yang cetek dan air terjun yang tak payah nak daki-daki.. hehe.. Lagipun senang untuk anak-anak bermandi manda.. Selamat sikit.. air dia berarus, Insya Allah mengurangkan risiko kencing tikus..

Kami bertolak kira-kira pukul 11 pagi dari Shah Alam. Sempat la aku masak sikit-sikit untuk makan-makan disana..  Masak simple-simple jer.. Yang penting semua orang enjoy... Tengah mandi2 tu hujan... so, kenelah packing awal sikit..

Tapi lepas tu tak balik terus, merayau plak ke Empangan Selangor... santai-santai ambik gambar..







Cerita Raya 2015

Bismillahirrahmanirrahim..........

Ha.. dah habis raya baru nak citer pasal raya... Masuk tahun ni dah 2 tahun tak balik beraya ke Perlis.. Rindu rasa hati nak balik Perlis.. tapi belum diizinkan Allah untuk sampai ke Perlis.

Raya tahun ni kami sekadar beraya di Teluk Intan. Tak seperti kebiasaan balik ke Kelantan dan terus ke Perlis. Cuti pun tak la lama sangat.. Sebab balik Teluk Intan jer.. Kami bertolak balik ke Teluk Intan Petang puasa terakhir. Sempat la singgah Tanjung Karang beli daging untuk rendang.. Tapi bila sampai rumah, mak dah siap buat rendang ayam pencen dan ketupat. Aku cuma tolong cucuk sate jer la..

Raya tahun ni tak berjalan ke mana sangat la.. Yang paling penting dapat beraya dengan mak dan ayah. Selagi mereka ade didunia ni kan...Gambar keluarga pun tak complete raya ni.. Masing-masing kesibukan... Sekadar untuk kenangan kami sepanjang raya 2015.

 Alya berbaju kurung. Baru dapat kaki..

 Gambar di pagi raya.. kecoh satu rumah.. hehe

 Our big family..
 Dengan mak & ayah..

 2nd Raya- dengan adik bongsu ku
 Us..
We are big Family

Kerjaya dan keluarga

Bismillahirrahmanirrahim..........

 Esok genap 11 tahun anak daraku… Lagi 3 hari, ALya pulak genap setahun.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar aku pun dah menginjak ke 36 tahun.. Sepanjang 12 tahun perkahwinan kami, pelbagai pahit manis dah ditempuhi.. tapi aku bersyukur, masih dikurniakan suami dan anak-anak yang menjadi sumber kekuatan.


Tahun ni, banyak perubahan dalam kerjaya aku. Walaupun masih berada di syarikat yang sama, tapi sekarang aku dah fully in-charge dalam bidang safety. A new unit has been formed up i.e HSE Unit. Sebelum ni kan keje jaga QHSE. Banyak buat kerja2 ISO.. Kerja HSE banyak senyap jer… huhu.. Tahun ni jugak officially aku dah selamat mendaftar sebagai Safety Officer. Rasanya tahun ni dah ready untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar dalam karier aku..

I believe the changes just at the right time… Sejak en suami memikul tanggungjawab menjaga anak-anak sendiri, senang sikit aku nak travel demi memenuhi tuntutan kerja.. Tak payah pening kepala fikir-fikir pasal problem dengan babysitter.. huhuhu.. Tapi masa juga agak limited la kan…. Bukan semua boleh dapat dalam hidup ni.. nak dapat sesuatu, kene la korbankan sesuatu yang lain.. Tapi yang penting, kami lebih tenang begini.. senang nak arrange masa masing2.. dan masa dengan anak-anak pun lebih banyak..

Insya Allah… kami akan sama mengorak langkah membina kehidupan yang lebih baik.. Doakan kami 

She's turn to 11.. Alhamdulillah...
 

 My lil princess.. Dah nak setahun..

Rileks di Pantai Bagan Lalang

Bismillahirrahmanirrahim..........

Petang semalam terasa nak gi rileks tepi pantai. Dah pukul 2 ptg baru terfikir... So ajak hubby gi berehat. Rasa dah lama tak rileks and leisure.. Kebetulan anak tak ke sekolah semalam gara gara bangun lewat.

Kereta plak dah kene repair.. lepas settle repair kete yang datang idea tu. Jom gi lepak lepak somewhere...

Hubby ajak gi PD.  Aku pun ok jer... Kul 3 ptg kitorang gerak kononnya nak ke PD. Bila sampai Sepang, cakap kat hubby... Jom try gi Pantai Bagan Lalang.. Rasanya aku tak pernah gi sana... Jadinya dari nak ke PD terus tukar haluan...

Sampai Pantai Bagan Lalang kul 4.30ptg.. Tgk pantai air surut.. Camne anak nak mandi kan? Tapi yg bestnyer orang tak ramai. So, senang jer la dapat wakaf.. Tak yah bukak khemah bagai.. So lepak kat wakaf.. anak2 dah sibuk main lumpur... Pakcik yang jual goreng pisang kata, dalam kul 5 ptg air naikler... ok ler tu.. at least dapat jugak anak2 main pantai kan...

Konon2 nak baca buku.. tapi akhirnya sibuk ambik gambar jer... sambil2 layan Alya.. Layan sunset.. Ni antara my best shoot semalam..


Air belum pasang... Saujana mata memandang dataran pasir..

Bila air dah pasang.. mandi time!
 
Alya's Lepak time

Sunset di Pantai Bagan Lalang







Blogging for Milionaire

Bismillahirrahmanirrahim..........

Source: Google

Hari ni berkesempatan menghadirkan diri untuk kelas 'Blogging for Milionaire'. Lama giler tak join kelas... Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, tabahkan hati jugak join kelas... rugi ler tak dapat ilmu...

Kelas ni dianjurkan oleh Master Aishah Amin one of the Master Coordinator Shaklee dari group LISA. Alhamdulillah.... Ilmu tak kira dimana boleh dapat... yang penting kene kuat dan determine nak cari ilmu. Waktu ni banyak betul dugaan.. kesihatan yang kurang memberangsangkan, laptop yang rosak etc.. Tapi tak per.. tu sume dugaan untuk berjaya

Apa yang paling penting.. sejak ber'shaklee' banyak support dari group kami iaitu Master Azlin dari group Super Success Mommies... Sesungguhnya aku akui.. hendak berjaya dalam network markerting, bukan hanya perlu kuat dari segi mental, tapi support dari upline sangat penting.. kalau tak tu ler sebab ramai yang kecundang dalam bisnes network marketing.. betul tak?

Okey.. aku update blog ni masa tengah kelas Blogging for milionaire ni... huhuhu.. ambik kesempatan sebab idea tengah datang... Banyak lagi yang aku nak citer nanti... Tapi ni nak fokus kelas dulu... Entry bergambar akan menyusul.....

Kerabu Bunga Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim..........


Alhamdulillah.. dapat kembali update blog ku ini setelah berjaya setting custom domain yang ku beli. Sekarang ni www.mazatulazura.blogspot.com dah bertukar kepada www.mazatulazura.com

Ingat entry sebelum ni pasal bunga kunyit tak? Aku nak share bunga kunyit yang aku kerabukan… Sedapnyer… lagi-lagi bila dinikmati bersama nasi panas… Bila makan tu, ade bau cam daun kunyit sikit.. Korang boleh try buat kerabu ni..


Kerabu Bunga Kunyit

Bahan A
1/2 biji kelapa parut disangai sehingga kekuningan dan ditumbuk sedikit
Sedikit udang kering ditumbuk atau dikisar
Bahan B
*Sejambak bunga kunyit
*2 batang serai
*1 ulas bawang besar
*5 biji cili padi
*2 batang kacang panjang
*½ biji timun dihiris memanjang- buang biji
*2 batang kacang botol
* 3 helai daun cekur
Segenggam taugeh

Bahan C
Air limau nipis
Garam
Gula

Cara-Caranya
       Bahan B dimayang halus kecuali taugeh
2.       Masukkan Bahan B bersama Bahan A
3.       Masukkan Bahan C secukup rasa
4.       Sedia dinikmati…
 

Bunga Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sempat menjengah pokok kunyit di kebun... Surprisingly!!!! Pokok kunyitku berbunga.. First time pokok kunyit ku berbunga... Excited tengok...

Bunga kunyit ni sedap dimakan sebagai ulam.. Ade juga yang buat kerabu.. Rasanya yang agak krunchy dan pedas-pedas sikit dikatakan amat bagus untuk orang pompuan terutama yang dalam pantang...

Ku abadikan gambar bunga kunyitku sebagai kenangan... hehehe.. Dapatlah 2 kuntum dalam serumpun kunyit...


Dugaan Awal Tahun

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama kete tak bermasalah... Ni kejadian dimana tayar kete kami pecah.. sebab masuk lubang.. Hebat jalanraya sekarang.. lubang merata-rata.. hahaha

Akibatnya kedua-dua tayar kiri dan kanan serta tayar spare habis semua... Nasib baik ade sorang hamba Allah sudi membantu membawa kami ke kedai tayar... Kalau tak, sampai malam ler duduk tepi jalan... hehehe

Tayar belah kiri masuk lubang terus pancit
 Agak-agaknya ape la dalam lubang tu sampai jadi camni
 Tayar belah kanan- di kejadian yang berasingan... tapi hari yang sama..
 Spare tyre- tukar tapi tak dek angin.. X sempat nak isi angin dah tercabut

Moralnyer kawan-kawan, selalu check tayar spare yer... penting tuh! Jadi cam kami, kene kat tempat tak banyak org nak berhenti tolong... kan susah... Nasib baik Allah masih sayangkan kami.. dihantarnya seorang hamba Allah yang sudi bersusah payah membantu...

Semoga Allah memberikan balasan terbaik untuk dia... Amin....
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie