-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mengapa pentingnya Omega 3 kepada kita?

Bismillahirrahmanirrahim.......... 




Omega-3  merupakan salah satu nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh kita.  Omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita tetapi boleh didapati melalui sumber makanan yang dimakan. Tubuh kita memerlukan sekitar 300mg omega 3 sehari untuk mengekalkan fungsi tubuh yang optimum.

Di dalam Omega 3 terdapat komponen-komponen zat penting yang penting bagi tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA (Eicosapentaenoic acid) dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA boleh didapati melalui ikan dan LNA boleh didapati melalui sayuran hijau. Masing-masing memiliki fungsi yang berbeza di dalam tubuh kita.  EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, menyihatkan sistem peredaran darah dan melancarkan peredaran darah. Manakala LNA berperanan didalam penghasilan tenaga dari makanan yang diambil dan kemudian membawanya ke sel-sel tubuh yang memerlukannya.
Secara umumnya, Omega 3 bermanfaat bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung supaya sentiasa sihat. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% asam lemak di otak terdiri daripada asam lemak Omega 3. Omega 3 ini sangat diperlukan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel saraf otak terutama pada golongan bayi sehingga berusia sekitar 5 tahun. Ini kerana pertumbuhan otak anak sangat cepat dan pesat pada masa tersebut. Walaubagaimanapun Omega 3 masih juga diperlukan sehingga dewasa. Kurangnya kadar Omega 3 akan menyebabkan sel saraf di otak kekurangan tenaga untuk proses perkembangan otak sehingga mampu mengganggu kerja dan fungsi otak, seperti hilangnya daya ingat dan penurunan fungsi otak secara drastik. Kajian membuktikan kandungan DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega 3 mampu  mencegah penyakit jantung, penyakit alzheimer, dan kemurungan.

Tidak hanya bagi otak, Omega 3 juga memainkan peranan penting bagi organ penglihatan dan tulang. Sekitar 60% retina pada mata dibentuk dari Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur . Omega 3 juga baik untuk tulang karena di dalam Omega 3 juga terkandung kalsium.  Untuk ibu mengandung, ketika janin terbentuk, Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh darah dan jantung. Bagi golongan dewasa, Omega 3 membantu dalam menyehatkan darah dan mekanisme kerja pembuluh darah serta jantung.

Mengambilan Omega 3 secara berterusan mampu membantu menurunkan kadar trigliserida dan LDL dalam darah. Ini secara langsung akan menyingkirkan kadar kolesterol dalam darah dan menghindari risiko strok dan menyakit jantung. Selain daripada itu, omega 3 juga dapat membantu mengatasi penyakit peradangan sendi dan membantu mengekalkan fungsi sendi yang sihat.

Disebabkan pentingnya Omega 3 pada tubuh kita, amat penting untuk kita memilih Omega 3 yang betul. Apa yang menyebabkan Omega 3 dari Shaklee lebih berkualiti berbanding brand lain yang berada dipasaran? Boleh refer table dibawah ni yer... Pastikan kita membeli 'minyak ikan' dan bukan 'lemak ikan' untuk kandungan DHA dan EPA yang optimum.. Insya-Allah Omega 3 dari Shaklee adalah antara yang terbaik berada dipasaran.

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie