-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Anak-anakku..

Bismillahirrahmanirrahim..........

Budak-budak sekarang cepat betul membesar dan cepat jugak pandai.. Dalam sibuk bekerja, tak sedar anak-anak dah makin membesar.. kalau kurang memberikan perhatian, sayang betul sebab masa tu berlalu dengan pantas tanpa kita sedari....

Sebagai ibu, aku nak menjadi yang terbaik, tetapi selalu tewas dengan rasa amarah... sebab nak mendidik, kadang-kadang sampai terlupa, anak-anak sekarang tak sama dengan kita dulu-dulu.. cara didikan juga kene ikut perkembangan semasa.. Generasi Y yang semakin bijak perlu kita berikan perhatian yang lebih semoga tak terjebak dalam masalah yang tak mampu kita kawal..

Aku akui, bila anak dah ramai.. bukan semua kita mampu berikan perhatian terbaaik.. mesti ade terlebih dan terkurang. Tapi tak bermakna ade sayang lebih, ada sayang kurang... Aku nakkan yang terbaik untuk mereka supaya mereka boleh menjadi yang TERBAIK didunia dan diakhirat...

Senyuman anak-anak pengubat hati lara... Permata hati kami...

Kakak

Husna

Kak Ngah

Syafiq


Alya

Huda

CPUV Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim..........

Banyak CPUV yang sedang running sekarang.. Walaupun blog kurang berupdate.. sekarang baru berkesempatan nak update... Thank you nuffnang.. tak putus-putus bagi ads kat saya.. Korang camne?


Antara yang menjadi

Bismillahirrahmanirrahim..........

Kehijauan belakang rumah menjadi terapi mata time dok basuh pinggan... hehehe... Ada jugak jiran-jiran bertanya, kenapa tak letak depan rumah... Actually, aku ni jarang lepak depan rumah... Sebab tu letak belakang rumah..

Kalau kat belakang rumah, bukak tingkap jer boleh tengok... sambil2 memasak boleh tengok.. sambil2 cuci pinggan boleh tengok.. Seronok tengok kehijauan dan bunga yang berwarna-warni.. ni la sebab kenapa letak dibelakang rumah...

Jom cuci mata jap..
 Mulberry yang sedang lebat berbuah
 Daun kesum yang subur
 Cekur
 Daun pudina

Kisah Bayam & Cendawan

Bismillahirrahmanirrahim..........

Menanam sayur memang best.. lagi-lagi bila menjadi.. kalau tak menjadi tu jangan putus asa... Apa yang penting  sentiasa mencari ilmu dalam apa jua yang kita buat..

Ok.. ni nak cerita, bayam ni aku tanam selepas habis pantang kira-kira 2 bulan yang lepas sekali dengan kangkung.. Kangkung dah selamat aku tuai hasilnya, tapi bayam ni dah terbantut.. Kenapa terbantut? Ha.. tu la.. ingat semua tanah sesuai untuk semua jenis sayur ker? hahaha... Ni la akan jadi bila guna tanah yang padat.. akar pun x leh nak bergerak.. camne nak membesar?

Bayam aku ni, dah nak berbunga sebab dah tua.. konfirmlah terbantut kan? tak per la... aku tunggu bunga dia keluar then ambik benih.. boleh tanam semula nanti... hehehe..

Ni pulak kisah cendawan tiram aku.. first time try tanam sebab kata org mudah jer... tapi nasib aku tak sebaik org lain.. mungkin persekitaran kurang lembab kot... Cendawan ku ni tak keluar pun cendawan... dah 2 minggu tunggu... Bila tanya otai-otai, semua kata dah kene serang penyakit.. so, kene korek balik anak cendawan tu dan 'rehatkan' selama 10 hari...

Ok.. aku pun korek dan rehatkan dulu bongkah cendawan ni... hopefully kali ni menjadi... macam-macam nak cuba tanam kan?

Dah kene serangan penyakit... anak cendawan mengecut...
 Anak cendawan yang ter'bantut'..

Fettucini Carbonara- Teringin punya pasal..

Bismillahirrahmanirrahim..........

Haritu teringin sangat nak makan Fettucini Carbonara..  Ni gara-gara tertengok ig kidz& creme la ni.. Disebabkan tak pernah masak benda ni kan.. so aku teringin nak try sendiri.. So, google jer la resepi.. Bila try buat, menjadi plak tu... tapi as usual ler.. aku tak follow 100% pun resepi yg aku google.. ikut suke hati jer....

Ni adalah resepi Carbonara yang aku buat.. Suke sgt rasa dia yang berkrim... Marvellous...

Bahan-Bahan
1 paket Fettucini direbus sampai masak

Bahan Kuah
1 tin krim sup cendawan
1 kotak susu segar
1 tin cendawan butang
4 ulas bawang putih dicincang
2 ketul dada ayam tanpa kulit dicincang
Sedikit serbuk lada hitam
2 helai daun basil (aku guna sweet basil)
Sedikit keju mozarella
4 ketul sosej ayam

Cara-cara memasak kuah
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging ayam yg telah dicincang
2. Masukkan 1 tin Krim Sup Cendawan dan masukkan 1 kotak susu segar
3. Masukkan cendawan butang dan sosej yang dihiris nipis
4. Biarkan mendidih dan masukkan keju sehingga pekat
5. Masukkan serbuk lada hitam dan daun basil yang dihiris halus
6. Masak sehingga pekat dan boleh dihidangkan...

Aku tak letak garam dah.. sebab dah secukup rasa krim sup cendawan tu... Boleh dinikmati bersama keluarga... Tak sangka anak-anak cukup suka.. boleh buat lagi lain kali...


Ros Jepun yang mekar dilaman belakang

Bismillahirrahmanirrahim..........

Time kerja tak sempat nak membelek bunga dan pokok-pokok dibelakang rumah... Sabtu lepas sempat belek-belek taman sekangkang kera tu... bahagia tengok pokok yang subur.. Tapi banyak pulak siput b**i.. huhuhu...

Untuk pokok2 ni semua, aku menggunakan baja organik atau lebih dikenali dengan nama singkatan MOL. 100% organik tanpa bahan kimia.. Alhamdulillah... segar-segar pokok ku.. rumput pun segar.. hehehe..

Latest update gambar buat cuci mata... antara ros jepun yang mekar.. Tak sempat nak snap semua jenis.. Ros jepun ni manja sikit... kene lebihkan perhatian...

Mekar setaman..

 Very light colour
 Sama tapi tak serupa..
 I love yellow
 Pertama kali mekar

Jom tanam Taugeh sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..........

Taugeh tanam sendiri..

Dah sedia dinikmati.. nyum..nyum...



Jom tanam taugeh sendiri! Sekarang ni suke jer kan makan hasil tanaman sendiri… Dah lama tak ‘tanam’ taugeh sendiri… Last week sempat ler ‘tanam’ taugeh sendiri.. Taugeh yang tanam sendiri lebih sedap sebab fresh dan cruncy.. yang penting tak ade bau cam yang kat kedai tu..
Camne nak ‘tanam’ taugeh? Meh aku kongsikan cara-caranya..

Jom Tanam Taugeh!
1.       Kacang hijau direndam semalaman (Jgn banyak sgt sebab hasil dia banyak..)
2.       Toskan dan letak atas tuala atau kain lembab
3.       Lapik belah atas dengan kain lembab juga
4.       Siram dengan air 2 kali sehari (pagi & malam)- Jangan sampai bertakung!
5.       Simpan di tempat gelap
6.       Lepas 3 hari boleh tuai

‘Tanam’ taugeh ni senang dan hasilnya banyak….  Khasiat taugeh juga banyak.. Antaranya adalah untuk mencegah kanser, Mencegah osteoporosis, menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita, mengurangkan lemak dan membantu awet muda.. Tak percaya? Boleh refer sini untuk khasiat Taugeh.

Konvokesyen Taski ABIM Shah Alam 2014

Bismillahirrahmanirrahim..........

 
Ahad lepas majlis konvokesyen Taski Abim Shah Alam. Kebetulan pada hari yang sama, sekolah kakak ada sukan tahunan.. Kesian kakak pergi sukan sorang-sorang sebab kami yang lain menghadiri Majlis Konvokesyen untuk Huda. Tak per.. next year mama ngan papa join sukan sekolah kakak yer..

Konvokesyen Abim peringkat Shah Alam kali ini dibuat di Kompleks Warga Emas Seksyen 24. Dah register semua, kami dulu dan aku as usual akan baca buku ittenary program. Wah! what a surprise sebab Huda merupakan salah seorang pelajat terbaik Abim Peringkat Shah Alam. Alhamdulillah... Tak disangka-sangka sebab Huda seorang yang reserve to herself. Sebab sebelum ni perkembangan dia agak lambat berbanding kakak dan adik-adiknya.. Dia seorang penghidap asma kronik selepas terkena jangkitan H1N1 masa bayi dulu.. Tapi sejak 2 tahun lepas aku dah start bagi dia makan supplement Shaklee untuk kanak-kanak... Sebab setiap bulan kene sedut gas dan kerap kene asma.. Alhamdulillah.. Asma dia dah sangat-sangat improve sejak consistent ambik supplement shaklee tu.  Dah lama jugak dia tak kene serangan asma.. dah almost setahun.. Dengan perkembangan yang kurang memberangsangkan.. tapi tahun ni dia dah membuktikan yang dia juga mampu menjadi salah seorang yang TERBAIK.

Jom layan gambar sekitar majlis konvokesyen Taski Abim 2014.

Persembahan dari Taski Abim Seksyen 25- Spot the Huda!

Beratur untuk menerima sijil & hadiah Pelajar Terbaik
Huda on Stage!
Pelajar terbaik Taski ABIM Peringkat Shah Alam 2014
 
Beratur untuk Majlis Konvokesyen pula- Terima Sijil Tamat Taski
Dah besar anak ketiga kami..


With papa & siblings

With mama & siblings

Spot Huda's name! Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. Next year Huda tahun satu.. Selamat Melangkah ke alam persekolahan baru...

Sumber Makanan Omega 3

Bismillahirrahmanirrahim..........

Tahukah anda yang omega 3 boleh didapati melalui sumber makanan seperti berikut.

1.Daging Ikan Salmon

Source: Google
 Daging Ikan Salmon memang sinonim untuk sumber omega 3. Minyak ikan memang sudah diyakini selama bertahun-tahun sebagai sumber Omega 3. Minyak ikan hanya boleh diperolehi dari hati ikan. Ikan-ikan  yang mengandung minyak ikan diantaranya ialah mackerel, tuna, salmon, sarden, herring, trout, dan cod.Selain dari ikan secara langsung, minyak ikan juga bisa kita dapatkan dari produk-produk yang mengandung minyak ikan seperti mentega,  margarin, bahkan minyak goreng untuk memasak.
Sumber omega-3 selain minyak ikan
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang tidak suka ikan, anda boleh mengambil makanan alternative dibawah untuk mendapatkan Omega 3.
1. Edamame
Source: Google
 Edamame ataupun kacang soya muda banyak ditemui dalam makanan ringan. Selain mengandungi omega-3, edamame juga mengandung banyak serat dan protein yang sangat diperlukan oleh tubuh.
2. Minyak biji flax
Source: Flaxseed
Flaxseed atau biji flax berasal dari bunga flax yang hidup di daratan Amerika terutama Kanada. Biji flax kaya akan serat, namun omega-3 hanya boleh didapati dari minyak biji flax.
3. Telur ayam
Source: Google
Telur ayam juga mengandung banyak omega-3 dan boleh menjadi lebih banyak bila dimasak bersama flaxseed.
4. Walnut
Source: Google
 Kacang Walnut juga mempunyai kandungan Omega 3 dan boleh dijadikan kudapan. 

Tetapi sekiranya anda ingin mengambil omega 3 dengan lebih mudah, anda boleh dapatkan Omega Guard dari Shaklee. Hanya 3 biji sehari, Omega Guard Shaklee membekalkan 1000mg Omega untuk keperluan tubuh seharian kita.


Manfaat Omega 3 untuk Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim..........


Apa manfaat Omega 3 untuk kesihatan kita? Jom tengok satu persatu.


1. Menjaga kesihatan Otak

Source: Google

Orang yang konsistent mengambil omega 3 akan memiliki otak lebih besar berbanding mereka yang jarang mengambil atau tidak pernah mengambil Omega 3. Tahukah nada, semakin bertambah usia kita,volume otak kita juga akan semakin menyusut. Tetapi bagi mereka yang konsistent mengambil Omega 3 ukuran otaknya lebih besar dan lebih muda. Omega 3 adalah sumber DHA. Sekiranya seseorang yang mengalami cedera otak, keadaan akan menjadi lebih buruk jika kekurangan DHA. Kerana itu, mereka yang mempunyai masalah kecederaan ota, disyorkan mengambil Omega 3 setiap pagi.
2. Anti kanser kulit
Source: Google
Sebuah penelitian di The University of Manchester menemukan manfaat omega 3 bagi kulit. Orang yang rajin mengambil Omega 3 mempunyai tahap ketahanan yang kuat terhadap radiasi dari cahaya matahari. Pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari mampu menyebabkan kanser kulit. Dengan mengambilan Omega 3, ia dapat membantu mencegah kanser kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari.
3. Mencegah gangguan penglihatan akibat diabetes

Source: Google
Gangguan penglihatan akibat diabetes atau Diabetic Retinopathy boleh dicegah dengan omega 3 kerana ia mampu menjaga fungsi retina dan mencegah peradangan. Oleh itu Omega 3 amatlah disyorkan oleh penghidap diabetes untuk mencegah gangguan penglihatan.

4. Menyehatkan jantung dan meredakan stress

Source: Google
Omega 3 amat terkenal dalam membantu menjaga kesihatan jantung, menyingkirkan kolesterol dalan salur darah dan menormalkan denyutan jantung. Sekaligus mampu meredakan stress.  

Kenapa Omega Guard dari Shaklee perlu menjadi pilihan? Buatlah pilihan yang TERBAIK untuk anda sekeluarga.

Aktiviti membersihkan kebun

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama kebun kami tak dibersihkan.. Punyalah semak sampai tak nampak orang... Last weekend sempat juga kebun dibersihkan..  Dah dibersihkan, nampak la pokok-pokok yang dah membesar.. Yang paling surprise pokok kunyit kami.. Dah sebenar Kak Ngah dah.. Fuiyoo....

Insya-Allah... Nanti boleh gali dah kunyit tu, sebab isinya dah terkeluar dari tanah... Ni ler rupa kebun kami sebelum dibersihkan dan selepas dibersihkan...
 
 Rupa kebun yang semak...
Sedang dibersihkan oleh 'share partner'
 Pokok kunyit yang dah membesar bagai juara
 Barisan serai yang tembun
 Pokok manggis yang berusia 3 tahun
 Pokok kunyit yang setinggi anakku berusia 8 tahun..

Hasil berbudi pada tanah tak pernah merugikan... Alhamdulillah... 
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie