-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee & Aku- Oh Manisnya..

Bismillahirrahmanirrahim..........




Bulan ni genap 1 tahun 4 bulan aku ber’shaklee’. Perkenalan aku dengan Shaklee semasa menyusukan anak keempat dalam tahun 2010. Masa tu Shaklee tak glamer sangat cam sekarang ni.. Aku sign up as a member June 2013. Sejarah join Shaklee hanyalah sekadar hendak makan sendiri dan bukan serius nak menjadikan sumber pendapatan.. Tapi perancangan Allah pasti yang TERBAIK.

Selepas 5 bulan menjadi ahli Shaklee dan berkongsi kebaikan dengan orang lain, aku mula naik rank sebagai supervisor dimana pada rank ni, pendapatan bulanan dah mencecah 4 angka. Mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi kami sekeluarga sangat membantu dalam belanja harian. Maklumlah, keluarga yang besar pastilah belanja juga besar.. Sejak dari tarikh itu, kehidupan kami sekeluarga sedikit demi sedikit sudah mula berubah..  Kalau dulu belum sampai waktu gaji, dah start ‘kering’.. Dapat gaji tolak semua komitment yang perlu dibayar seperti rumah, kereta, babysitter dan sekolah anak, tinggal berapa jer lagi.. Kadang-kadang barang dapur pun keputusan. Tambah stress bila anak-anak dah pandai meminta-minta.. Tapi sekarang, Alhamdulillah walaupun belum mewah macam orang lain, tapi cukup untuk kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya lebih banyak aktiviti yang boleh diluangkan bersama seisi keluarga. 

Sekarang aku juga sudah mampu memberikan parents sedikit income dan juga membekalkan mereka dengan supplement untuk menjaga kesihatan mereka. Alhamdulillah.. kalau dulu nak beli supplement sendiri pun terpaksa berkira-kira, tapi sekarang aku dah mampu membekalkan supplement untuk orang-orang tersayang.. Suami, anak-anak dan parents.. Aku nak menjalani kehidupan yang sihat bersama mereka semua..

Tapi bukan hanya itu yang aku dapat.. Banyak perubahan positif yang lain yang ternilai oleh wang ringgit. Bersama team Success Supermommies, aku banyak belajar memperbaiki diri. Dari seorang yang tak pernah mengambil berat amalan solat sunat, aku belajar membiasakan diri dengan Tahajjud, Dhuha dan Solat Taubat. Dari seorang yang kurang berzikir, aku belajar sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah berikan. Dari seorang yang cepat melenting, aku berhijrah menjadi seorang yang lebih rasional. Pendek kata perubahan dalam diri lebih ketara dan aku juga lebih menghargai semua yang berada disekelilingku…

Bersama team aku juga belajar saling mengingati antara satu sama lain, lain membantu antara satu sama lain dan yang paling aku suka, ikatan ukhuwah yang terjalin antara kami amat berharga. Rakan-rakan yang pada mulanya hanya kenal di alam maya, kini kami boleh bertentang mata bila berkesempatan bertemu. Kemesraan yang terjalin, tanpa paksaan.. Alhamdulillah…
Kini Allah beri aku peluang membimbing mereka yang mahu dibimbing pula. Alhamdulillah atas kesempatan dan peluang yang Allah berikan. Terasa manisnya bershaklee.. Kerana manis itu melekat dihatiku… Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah…

Sebahagian gambar kami bersama..





Insya-Allah, tahun depan salah seorang dari kami akan bekerja dari rumah. Kerana tuntutan anak-anak yang makin membesar, aku dan suami nekad ingin menjaga sendiri anak-anak kami didepan mata kami sendiri.. Sesungguhnya aku amat bertuah, kerana suamiku sanggup memikul tanggungjawab tersebut. Alhamdulillah… semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Insya-Allah.. impian untuk menjadi WAHM akan menyusul pula selepas itu… Aku doakan juga semua ‘anak-anak bisnes’ ku juga berjaya dan merasai lebih lagi dari yang sedang aku rasai sekarang.


“Manisnya ber’shaklee’ bukan hanya dibibir atau sekadar di dalam facebook, whatsapp, Instagram mahupun blog.. tapi manisnya ber’shaklee’ terasa dihati”. 
~ Magnificient Team~

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie