Aku berkesempatan menghadiri kelas detoks yang dianjurkan oleh Nutrition Shaklee baru-baru ni.. So, aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat semasa kelas tersebut. Jom fahami apa itu detoks yang sering dikatakan..
Bersama teman-teman Shaklee yang join Kelas Detoks
Apa itu detoks?
![]() |
Source: Google |
Kebanyakan penyakit berpunca daripada ketoksikan didalan saluran usus (intestinal toxemia). Ini disebabkan setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, dan darah mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus. Kerana itu, toksin yang berada di usus juga akan ikut beredar bersama aliran darah sampai ke sel-sel di seluruh tubuh kita. Ini akan mengakibatkan pelbagai penyakit, merosotnya tahap kesihatan, kehilangan tenaga dan penuaan.
Proses detoksifikasi tidak semua orang mengalaminya. Karena setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza-beza. Perbedaan ini tergantung dari banyaknya racun, dan tahap sensitiviti atau kepekaan tubuh terhadap perubahan. Kebiasaannya seseorang akan mengalami symptom-simptom seperti berikut semasa proses detoks seperti pening, loya, selsema, sembelit, cirit-birit dan gatal-gatal.
Mengapa perlu detoks?
Salah satu penyebab terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah disebabkan kebiasaan memakan makanan yang dimasak secara berlebihan atau makanan yang telah diproses dimana kebanyakan khasiat makanan telah hilang. Banyak mengambil makanan yang masam dan berlemak juga menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Keadaan ini akan menimbulkan keradangan dalam tubuh, menyebabkan sel-sel darah melekat diantara satu sama lain, atau terbentuknya jejaring serabut-serabut halus (fibrin) dalam darah. Fibrin ini yang memberi kesan seolah-olah darah menjadi pekat dan mengakibatkan peredaran sel-sel Darah terganggu sehingga zat makanan dan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh.
Secara semulajdinya, tubuh kita dilengkapi dengan enzim-enzim yang diperlukan untuk berbagai fungsi metabolisme dalam tubuh dalam jumlah terbatas, termasuk proses pencernaan. Enzim ini akan digunakan apabila kita tidak mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Penggunaan enzim dari tubuh ini secara berterusan akan menyebabkan radang pankreas. Pankreas adalah organ dalamana yang mengeluarkan enzim-enzim pencernaan pada usus kecil. Gangguan pada pankreas menyebabkan pencernaan tidak lancar dan tubuh semakin banyak mengeluarkan toksin.
Usus besar tidak memiliki kemampuan untuk mencerna makanan. Tubuh akan memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus. Secara semulajadi proses ini akan mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding-dinding usus. Keadaan ini akan mengakibatkan sembelit dan penyumbatan pada saluran usus besar dan menghasilkan gas beracun. Gas lebih mudah terserap melalui pori-pori halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel-sel tubuh dan akan menimbulkan pelbagai penyakit.
Detox
sangat diperlukan untuk :
*Mencegah
penyakit
*Merehatkan organ dalaman tubuh
*Membersihkan bagian dalam tubuh
*Membersihkan jerawat
*Memperlambat proses penuaan
*Meningkatkan kesuburan
*Merehatkan organ dalaman tubuh
*Membersihkan bagian dalam tubuh
*Membersihkan jerawat
*Memperlambat proses penuaan
*Meningkatkan kesuburan
Sangat
penting untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari untuk
melancarkan fungsi buah pinggang kita. Ini adalah disebabkan buah pinggang kita
berfungsi untuk membuang sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita.
Terutama sekali ketika kita didalam proses menurunkan berat badan, tubuh
mempunyai banyak sampah iaitu lemak yang sudah dibakar yang harus dibuang.
Makin banyak minum air putih, kerja ginjal makin ringan dan makin cepat anda
turun berat badan.
Secara
amnya, ade 3 jenis detox yang perlu kita jalani iaitu detoks saluran
penghadaman, detox hati dan detoks Darah. Insya-Allah, saya akan kongsikan secara
terperinci untuk setiap jenis detoks nanti.


tak sabar nak mendengar perincian detoks yang selanjutnya...apa2pon detoks hati daripada sifat2 mazmumah...
BalasPadamSalam Maal Hijrah...^_^
Insya Allah mama amir... detoks hati wajib istiqamah... Jom berhijrah ke arah yang lebih baik :)
BalasPadam