-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee & Aku- Oh Manisnya..

Bismillahirrahmanirrahim..........




Bulan ni genap 1 tahun 4 bulan aku ber’shaklee’. Perkenalan aku dengan Shaklee semasa menyusukan anak keempat dalam tahun 2010. Masa tu Shaklee tak glamer sangat cam sekarang ni.. Aku sign up as a member June 2013. Sejarah join Shaklee hanyalah sekadar hendak makan sendiri dan bukan serius nak menjadikan sumber pendapatan.. Tapi perancangan Allah pasti yang TERBAIK.

Selepas 5 bulan menjadi ahli Shaklee dan berkongsi kebaikan dengan orang lain, aku mula naik rank sebagai supervisor dimana pada rank ni, pendapatan bulanan dah mencecah 4 angka. Mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi kami sekeluarga sangat membantu dalam belanja harian. Maklumlah, keluarga yang besar pastilah belanja juga besar.. Sejak dari tarikh itu, kehidupan kami sekeluarga sedikit demi sedikit sudah mula berubah..  Kalau dulu belum sampai waktu gaji, dah start ‘kering’.. Dapat gaji tolak semua komitment yang perlu dibayar seperti rumah, kereta, babysitter dan sekolah anak, tinggal berapa jer lagi.. Kadang-kadang barang dapur pun keputusan. Tambah stress bila anak-anak dah pandai meminta-minta.. Tapi sekarang, Alhamdulillah walaupun belum mewah macam orang lain, tapi cukup untuk kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya lebih banyak aktiviti yang boleh diluangkan bersama seisi keluarga. 

Sekarang aku juga sudah mampu memberikan parents sedikit income dan juga membekalkan mereka dengan supplement untuk menjaga kesihatan mereka. Alhamdulillah.. kalau dulu nak beli supplement sendiri pun terpaksa berkira-kira, tapi sekarang aku dah mampu membekalkan supplement untuk orang-orang tersayang.. Suami, anak-anak dan parents.. Aku nak menjalani kehidupan yang sihat bersama mereka semua..

Tapi bukan hanya itu yang aku dapat.. Banyak perubahan positif yang lain yang ternilai oleh wang ringgit. Bersama team Success Supermommies, aku banyak belajar memperbaiki diri. Dari seorang yang tak pernah mengambil berat amalan solat sunat, aku belajar membiasakan diri dengan Tahajjud, Dhuha dan Solat Taubat. Dari seorang yang kurang berzikir, aku belajar sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah berikan. Dari seorang yang cepat melenting, aku berhijrah menjadi seorang yang lebih rasional. Pendek kata perubahan dalam diri lebih ketara dan aku juga lebih menghargai semua yang berada disekelilingku…

Bersama team aku juga belajar saling mengingati antara satu sama lain, lain membantu antara satu sama lain dan yang paling aku suka, ikatan ukhuwah yang terjalin antara kami amat berharga. Rakan-rakan yang pada mulanya hanya kenal di alam maya, kini kami boleh bertentang mata bila berkesempatan bertemu. Kemesraan yang terjalin, tanpa paksaan.. Alhamdulillah…
Kini Allah beri aku peluang membimbing mereka yang mahu dibimbing pula. Alhamdulillah atas kesempatan dan peluang yang Allah berikan. Terasa manisnya bershaklee.. Kerana manis itu melekat dihatiku… Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah…

Sebahagian gambar kami bersama..





Insya-Allah, tahun depan salah seorang dari kami akan bekerja dari rumah. Kerana tuntutan anak-anak yang makin membesar, aku dan suami nekad ingin menjaga sendiri anak-anak kami didepan mata kami sendiri.. Sesungguhnya aku amat bertuah, kerana suamiku sanggup memikul tanggungjawab tersebut. Alhamdulillah… semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Insya-Allah.. impian untuk menjadi WAHM akan menyusul pula selepas itu… Aku doakan juga semua ‘anak-anak bisnes’ ku juga berjaya dan merasai lebih lagi dari yang sedang aku rasai sekarang.


“Manisnya ber’shaklee’ bukan hanya dibibir atau sekadar di dalam facebook, whatsapp, Instagram mahupun blog.. tapi manisnya ber’shaklee’ terasa dihati”. 
~ Magnificient Team~

Mengemas kebun belakang rumah

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Sekarang ni kami curi-curi masa mengemas kebun dibelakang rumah yang dah semakin semak.. Tempat kami mengisi masa lapang dirumah.. Ni la tempat Ros Jepun dan sedikit sayur-sayuran.. Semak betul sekarang.. Nanti dah settle mengemas Ku upload gambar baru ye...

 Kangkung yg diserang belalang










Mengapa Susu Ibu?

Bismillahirrahmanirrahim..........

Cabaran menyusukan bayi nampak mudah, tapi sebenarnya ibu yang menyusukan bayi perlu semangat yang kental. Terutama bulan pertama penyusuan lebih-lebih lagi dalam minggu pertama. Kebanyakan ibu menyusu gagal menyempurnakan penyusuan ibu secara exclusive dalam minggu pertama kerana beranggapan tidak cukup susu kerana bayi asyik merengek.

Sebenarnya pada minggu pertama kelahiran, lagi kerap bayi menyusu lagi banyak susu ibu akan terhasil. Kolesterum atau dikenali sebagai susu awal ibu amat penting bagi bayi.. Kerana kolesterum yang bersifat pekat dan likat itu mengandungi enzim penting yang membantu memperkuat antibodi bayi.

Jom tengok kebaikan susu ibu pada bayi.

Source: Google

Apa itu detoks?

Bismillahirrahmanirrahim..........

Aku berkesempatan menghadiri kelas detoks yang dianjurkan oleh Nutrition Shaklee baru-baru ni.. So, aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat semasa kelas tersebut. Jom fahami apa itu detoks yang sering dikatakan..


Bersama teman-teman Shaklee yang join Kelas Detoks



Apa itu detoks?


Source: Google
Detoksifikasi (detoks) merupakan proses pengeluaran toksik yang bersifat racun dari dalam tubuh. Peningkatan toksik yang tidak diurus dengan sempurna dalam badan akan menyebab kan pelbagai masalah kesihatan. Tubuh kita dicipta dengan sempurna supaya dapat menjalani proses detox secara semulajadi. Tetapi akibat pemakanan yang tidak seimbang dan banyak mengambil makanan segera membuatkan tubuh kita semakin tidak efficient untuk menjalankan proses detox secara effisien. Organ dalaman yang menjadi target dalam program pembersihan racun yang efektif adalah usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi).

Kebanyakan penyakit berpunca daripada ketoksikan didalan saluran usus (intestinal toxemia). Ini disebabkan setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, dan darah mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus. Kerana itu, toksin yang berada di usus juga akan ikut beredar bersama aliran darah sampai ke sel-sel di seluruh tubuh kita. Ini akan mengakibatkan pelbagai penyakit, merosotnya tahap kesihatan, kehilangan tenaga dan penuaan.

Proses detoksifikasi tidak semua orang mengalaminya. Karena setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza-beza. Perbedaan ini tergantung dari banyaknya racun, dan tahap sensitiviti atau kepekaan tubuh terhadap perubahan. Kebiasaannya seseorang akan mengalami symptom-simptom seperti berikut semasa proses detoks seperti pening, loya, selsema, sembelit, cirit-birit dan gatal-gatal.

Mengapa perlu detoks?

Salah satu penyebab terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah disebabkan kebiasaan memakan makanan yang dimasak secara berlebihan atau makanan yang telah diproses dimana kebanyakan khasiat makanan telah hilang. Banyak mengambil makanan yang masam dan berlemak juga menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Keadaan ini akan menimbulkan keradangan dalam tubuh, menyebabkan sel-sel darah melekat diantara satu sama lain, atau terbentuknya jejaring serabut-serabut halus (fibrin) dalam darah. Fibrin ini yang memberi kesan seolah-olah darah menjadi pekat dan mengakibatkan peredaran sel-sel Darah terganggu sehingga zat makanan dan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh.

Secara semulajdinya, tubuh kita dilengkapi dengan enzim-enzim yang diperlukan untuk berbagai fungsi metabolisme dalam tubuh dalam jumlah terbatas, termasuk proses pencernaan. Enzim ini akan digunakan apabila kita tidak mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Penggunaan enzim dari tubuh ini secara berterusan akan menyebabkan radang pankreas. Pankreas adalah organ dalamana yang mengeluarkan enzim-enzim pencernaan pada usus kecil. Gangguan pada pankreas menyebabkan pencernaan tidak lancar dan tubuh semakin banyak mengeluarkan toksin.

Usus besar tidak memiliki kemampuan untuk mencerna makanan. Tubuh akan memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus. Secara semulajadi proses ini akan mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding-dinding usus. Keadaan ini akan mengakibatkan sembelit dan penyumbatan pada saluran usus besar dan menghasilkan gas beracun. Gas lebih mudah terserap melalui pori-pori halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel-sel tubuh dan akan menimbulkan pelbagai penyakit.

Detox sangat diperlukan untuk :
*Mencegah penyakit
*Merehatkan organ dalaman tubuh
*Membersihkan bagian dalam tubuh
*Membersihkan jerawat
*Memperlambat proses penuaan
*Meningkatkan kesuburan

Sangat penting untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari untuk melancarkan fungsi buah pinggang kita. Ini adalah disebabkan buah pinggang kita berfungsi untuk membuang sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita. Terutama sekali ketika kita didalam proses menurunkan berat badan, tubuh mempunyai banyak sampah iaitu lemak yang sudah dibakar yang harus dibuang. Makin banyak minum air putih, kerja ginjal makin ringan dan makin cepat anda turun berat badan.

Secara amnya, ade 3 jenis detox yang perlu kita jalani iaitu detoks saluran penghadaman, detox hati dan detoks Darah. Insya-Allah, saya akan kongsikan secara terperinci untuk setiap jenis detoks nanti.
 

Bottle Feeding Training

Bismillahirrahmanirrahim..........



Hari ni hari kedua dah start keje… kejap jer 60 hari.. Tak puas rasa duduk lepak-lepak.. Tak yah gi keje.. hehehe.. Cabaran nak masuk keje untuk ibu yang menyusu of course la nak bagi bottle feeding ke baby.. Aku dan suami memang dah start train dari Alya umur sebulan. Still menggunakan botol medela.. At first memang no problem… telan jer.. tak banyak ragam.

Seminggu sebelum masuk kerja, aku dah start train tinggal Alya dengan babysitter.. hari pertama dan kedua tinggalkan Alya, no problem untuk dia bottle feeding. Hari ketiga tinggalkan babysitter call suruh datang ambik Alya. Sebab dia kata Alya tak nak minum botol. Hairan + pelik.. kenapa plak tetiba tak nak minum botol ni.. sedangkan kat rumah ok jer… So, pergi ambik Alya dan try bagi botol.. Memang melalak tak nak minum.. Letak jer botol kat mulut, terus menangis sekuat hati… Alahai… lagi 5 hari mama dah start kerja.. Camne ni?

So aku ngan hubby discuss dan decide to find a new babysitter… Maybe babysitter sekarang terlampau ramai, so tak dpt nak bagi attention. Kami pun jumpa new babysitter and re-train her for bottle feeding. Alhamdulillah.. Alya terima dengan baik dan boleh minum.. Dalam hati tertanya-tanya, what’s happen to her masa ngan babysitter tu? Cam trauma pun yer…  First day patut masuk keje, aku extend leave. Sengaja nak monitor Alya camne.. sambal-sambil standby kot-kot new babysitter call kata Alya tak nak minum bottle… Alhamdulillah.. sampai petang dia tak call.. Bila ambik petang tu, babysitter kata ok.. Alya nak minum jer… Senang hati aku.. So mam boleh gi kerja dengan senang hati.. Walaupun babysitter baru ni charge agak mahal, tapi ok lah.. as long as dia boleh take care of my baby elok-elok.. Tapi abang dan kakak-kakaknya masih stay ngan babysitter lama… So, sekarang kami ade 2 orang babysitter… Insya-Allah tak lama lagi, kami akan jaga sendiri anak-anak kami tanpa perlu dihantar ke babysitter… Semoga Allah permudahkan urusan kami…

Aku kembali gigih mengepum susu untuk stok.. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan semua ibu-ibu yang menyusu untuk terus menyusukan anak kami sehingga 2 tahun… Amin… Belanja gambar sikit ..

Alya dah 2 bulan
 Syafiq.. sayang betul adik dia

Aktiviti semasa.. Ros Jepun

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Lagi seminggu dah nak masuk keje... Kejap jer kan...Alya pun dah 2 hari ku hantar ke babysitter untuk biasakan diri. Pagi-pagi sempatlah ku jenguk taman belakang rumah. Taman la sangat kan? Seronok bila pagi-pagi tengok bunga ros jepun Ku berbunga..

Ni antara koleksi gambar ros jepun Ku.. Jom cuci mata..










Recognition & Motivation Rally Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........
 28 September 2014 bertempat di Shah Alam Convention Center kami mendapat jemputan dari Shaklee untuk menerima pengiktirafan khas untuk Shaklee Leaders. 39 hari dalam berpantang baby Alya bakal naik pentas dengan mama.

Majlis bermula dari pukul 2ptg hingga 5 ptg dan diakhiri dengan majlis sambutan hari raya. Bertolak dari rumah kul 2.30ptg.. Kelam kabut dgn Anak Anak.. Huhu.. Sampai jer majlis dah bermula. Tak sempat nak tgk 'master parade'. Fullhouse SACC.. Aku decide melepak atas lantai jer.. Senang nak kontrol heroin & hero kami..

Ramai betul yg datang haritu. Seronok tengok muslimah yang berjaya. Dah membina empayar sendiri dalam usia muda. Itulah.. Dimana ada kemahuan, disitu ada kejayaan..

Photo times... Gambar ehsan dari kawan-kawan..


 Fullhouse!
 Kami.. Tgh tunggu turn naik pentas

 Bersama President Shaklee Asia

 Kami... 
 

Kami terima sijil dari President Shaklee Malaysia

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie