-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kelahiran Nur Qaleesya Alya- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Dah nak habis pantang baru berkesempatan update blog.. Rindunya nak berkunjung ke blog kawan-kawan jugak..  Jom Ku kongsikan kenangan melahirkan Alya.

Walaupun dah masuk 39 minggu masih tak ada tanda-tanda yang aku akan bersalin. Doktor bagi tarikh 20 August untuk induce in case aku still tak bersalin. Cam biasa, dengar jer induce memang nervous la.. Doa agar Allah permudahkan proses kelahiran ni.. Tapi penantian sehingga saat akhir tak ada jugak tanda yang baby nak keluar...

Kebetulan 19hb tu rumah kami dinaiki banjir... So keje mencuci 70% siap dah pukul 1 pagi.. Lepas membersihkan diri kami masuk tidur dah kul 2 pagi. Letih sangat.. Risau gak aku takut tak larat dalam proses melahirkan esok. Bangun pagi agak kelewatan. Lepas solat subuh, anak-anak get ready ke sekolah. Aku tak sempat breakfast so makan kurma sebiji dan minum ESP+mealshake+Performance drink shaklee jer. Hubby drop aku kat hospital then dia pergi hantar anak-anak ke sekolah. First timeaaku gi hospital sorang-sorang. Berjalan ke labour room tanpa hubby lain sikit perasaannya.

Dah masuk labour room, nurse buat pemeriksaan dan surprisingly dah 4cm. Aku memang tak rasa sakit langsung. Since aku tak breakfast lagi, nurse orderkan breakfast untukku. Ku telefon hubby inform dah 4cm dan suruh dia dtg cepat. Pesan belikan roti utk breakfast. Bila hubby sampai, breakfast yg nurse order utk ku pun sampai. Tengok jer makanan rasa nak muntah.. Memang tak dek selera langsung. Tak leh nak telan.

Aku sambung nanti yer... Letih mata update blog pakai hand phone.. Huhu..

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie