-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kelahiran Nur Qaleesya Alya- Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Jom sambung balik.

Bila tak de selera nak makan, hubby la jadi tukang makan. Lepas tu nurse pasang alat yg monitor degup jantung baby dan monitor tahap kekuatan contraction. Aku just lay down.. Sambil bersembang dengan hubby, hati tak henti2 berzikir dan berdoa agar Allah permudahkan..

Pukul 10 pagi, nurse check dah 6 cm. Subhanallah.. Aku memang langsung tak mengalami kesakitan contraction walaupun skrin menunjukkan tahap contraction yg tinggi. Menunggu waktu untuk bersalin tanpa rasa sakit, bosan jugak. Lagi-lagi dengar suara baby baru lahir.. Tak sabar pulak nak tunggu my turn. Sepanjang masa menunggu, dah 2 orang baby baru lahir. Mama dia masuk labour room sebelum aku dah selamat bersalin. Aku ni rasa sakit pun belum. Nurse tanya samada nak ambik pain killer tak. Since aku tak rasa sakit, aku tak mo la ambik..

Pukul 1 dah 7cm. Aku still tak rasa sakit masa tu. Tak lama lepas tu aku start mengalami rasa sakit yg amat sangat. Dah tak tahan, suruh hubby panggil doktor. Doktor kata dah boleh nak bersalin kalau dah ready. Sakit memang tak tertahan dah. Tanya doktor boleh ambik pain killer tak. Doktor kata boleh tapi dah 8cm.. Aku fikir.. OK.. Lagi 2cm jer.. So doktor bagi oksigen. Tapi bila sedut oksigen, badan aku jadi menggeletar. So aku decide tak mo sedut oksigen. Bertahan jer tapi nangis jugak la sebab sakit. Sambil peluk hubby kat tepi.
Alya menemui kami tepat pukul 1.15petang. Maksudnya aku sakit cuma 15minit.. Alhamdulillah... Tak perlukan sebarang jahitan.. Lepas bersalin baru rasa lapar..  Segala urusan kami amat dipermudahkan... Alhamdulillah...
 Antara gambar yg sempat diambik.. Aku berselfie sebelum & selepas dan baby Alya.. Her first 2 hour..




0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie