-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Menjejak Juara

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Aku berkesempatan join magic sessions with founder Jutawan Shaklee- Presidential Master Shariza atau kami panggil Nanny Cery. Bertempat di office baru Faizland di Paragon Point Bangi. Actually kalu diikutkan masih dalam pantang. Tapi dah lebih 30 hari, hubby pun izinkan aku join jer... Bawa Alya sekali of course.

Car pool jer ngan Mama Alin.. She pick me up kul 2 ptg then pick up my sideline baru gerak ke Bangi. Alya behave jer.. Alhamdulillah..Seperti biasa, kelas kami sentiasa riuh rendah dengan gelagat anak-anak. Anak-anak adalah sumber inspirasi kami untuk berjaya..

Jom layan gambar...

 Dengan PM Cery

 PM Cery berkongsi ilmu

 Kami ber'welfie'

 Tekun..

Pengalaman berpantang dengan set berpantang Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Hari ni dah 37hari aku dalam pantang. Jom aku share pengalaman aku berpantang dengan set berpantang shaklee. Sebaik keluar dari labour room, aku terus telan 2 biji ostematrix. Ostematrix ni selain sebagai sumber kalsium, ia juga membantu mengimbangi tekanan darah dan menenangkan saraf. Ostematrix diambil seawal mungkin selepas proses kelahiran kerana dikatakan mampu membantu mengatasi masalah sakit pinggang selepas kelahiran.Pengalaman aku sendiri, selepas mengambil ostematrix seawal mungkin, tak lama selepas tu aku ke toilet. Pada masa yang sama, berketul ketul darah beku keluar. Punyalah banyak. Pengalaman sebelum ni, tak pernah darah beku keluar dalam quantity yg banyak macam tu especially sejurus selepas melahirkan. Aku agak risau sebab takut ade problem. Bila tanya doktor, doktor cakap bagus sebab kalau darah beku tak keluar akan menyebabkan masalah pada ibu. Selagi ada darah beku tak keluar, ibu akan merasa sakit perut cam senggugut. Yang ni aku alami pada kelahiran yang lepas.. Sakit tu berlarutan sampai seminggu. Tapi kali ni, aku langsung tak merasai perut cramp camtu dan darah beku keluar dengan senang.. Alhamdulillah..

Sepanjang masa berpantang,aku ambil set berpantang penuh Shaklee yang terdiri daripada vitalea, b complex, Sr vit c, sink, ostematrix dan ESP. Add on aku juga ambik Vivix. Tapi vivix minggu kedua baru aku makan. Tu pun tak konsistent. Alhamdulillah.. Susu ibu mengalir dengan lancar dan baby poo poo sangat bagus. So, Alya tak sempat kene jaundis.. Allah sangat memudahkan proses bersalin dan berpantang aku kali ni. Alhamdulillah..

Berpantang dengan Shaklee aku rasa sihat dan bertenaga. Tambahan pulak Alya memang kuat menyusu walaupun baby girl. Seminggu berpantang aku dah cergas cam biasa. Seawal 2 minggu aku dah start masuk dapur. Mungkin bagi sesetengah org, kalau berpantang kene duduk diam2.. Tapi disebabkan aku dalam pantang memang 100% suami yg jaga, kesian juga tgk dia bertungkus lumus uruskan aku dan anak-anak. So, tolong setakat terdaya.. Dalam masa berpantang ni, aku sempat cipta resepi baru yang akan aku kongsikan nanti.


 Untuk yang masih mencari set berpantang, saya syorkan set berpantang ni.Insya Allah selamat untuk ibu dan baby..


 set berpantang yang ku ambil 

 Aku seminggu dalam berpantang. Masa ni bawa Alya check up jaundis

 Selfie sikit :)

 My big family..

Kelahiran Nur Qaleesya Alya- Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Jom sambung balik.

Bila tak de selera nak makan, hubby la jadi tukang makan. Lepas tu nurse pasang alat yg monitor degup jantung baby dan monitor tahap kekuatan contraction. Aku just lay down.. Sambil bersembang dengan hubby, hati tak henti2 berzikir dan berdoa agar Allah permudahkan..

Pukul 10 pagi, nurse check dah 6 cm. Subhanallah.. Aku memang langsung tak mengalami kesakitan contraction walaupun skrin menunjukkan tahap contraction yg tinggi. Menunggu waktu untuk bersalin tanpa rasa sakit, bosan jugak. Lagi-lagi dengar suara baby baru lahir.. Tak sabar pulak nak tunggu my turn. Sepanjang masa menunggu, dah 2 orang baby baru lahir. Mama dia masuk labour room sebelum aku dah selamat bersalin. Aku ni rasa sakit pun belum. Nurse tanya samada nak ambik pain killer tak. Since aku tak rasa sakit, aku tak mo la ambik..

Pukul 1 dah 7cm. Aku still tak rasa sakit masa tu. Tak lama lepas tu aku start mengalami rasa sakit yg amat sangat. Dah tak tahan, suruh hubby panggil doktor. Doktor kata dah boleh nak bersalin kalau dah ready. Sakit memang tak tertahan dah. Tanya doktor boleh ambik pain killer tak. Doktor kata boleh tapi dah 8cm.. Aku fikir.. OK.. Lagi 2cm jer.. So doktor bagi oksigen. Tapi bila sedut oksigen, badan aku jadi menggeletar. So aku decide tak mo sedut oksigen. Bertahan jer tapi nangis jugak la sebab sakit. Sambil peluk hubby kat tepi.
Alya menemui kami tepat pukul 1.15petang. Maksudnya aku sakit cuma 15minit.. Alhamdulillah... Tak perlukan sebarang jahitan.. Lepas bersalin baru rasa lapar..  Segala urusan kami amat dipermudahkan... Alhamdulillah...
 Antara gambar yg sempat diambik.. Aku berselfie sebelum & selepas dan baby Alya.. Her first 2 hour..




Kelahiran Nur Qaleesya Alya- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..........
 Dah nak habis pantang baru berkesempatan update blog.. Rindunya nak berkunjung ke blog kawan-kawan jugak..  Jom Ku kongsikan kenangan melahirkan Alya.

Walaupun dah masuk 39 minggu masih tak ada tanda-tanda yang aku akan bersalin. Doktor bagi tarikh 20 August untuk induce in case aku still tak bersalin. Cam biasa, dengar jer induce memang nervous la.. Doa agar Allah permudahkan proses kelahiran ni.. Tapi penantian sehingga saat akhir tak ada jugak tanda yang baby nak keluar...

Kebetulan 19hb tu rumah kami dinaiki banjir... So keje mencuci 70% siap dah pukul 1 pagi.. Lepas membersihkan diri kami masuk tidur dah kul 2 pagi. Letih sangat.. Risau gak aku takut tak larat dalam proses melahirkan esok. Bangun pagi agak kelewatan. Lepas solat subuh, anak-anak get ready ke sekolah. Aku tak sempat breakfast so makan kurma sebiji dan minum ESP+mealshake+Performance drink shaklee jer. Hubby drop aku kat hospital then dia pergi hantar anak-anak ke sekolah. First timeaaku gi hospital sorang-sorang. Berjalan ke labour room tanpa hubby lain sikit perasaannya.

Dah masuk labour room, nurse buat pemeriksaan dan surprisingly dah 4cm. Aku memang tak rasa sakit langsung. Since aku tak breakfast lagi, nurse orderkan breakfast untukku. Ku telefon hubby inform dah 4cm dan suruh dia dtg cepat. Pesan belikan roti utk breakfast. Bila hubby sampai, breakfast yg nurse order utk ku pun sampai. Tengok jer makanan rasa nak muntah.. Memang tak dek selera langsung. Tak leh nak telan.

Aku sambung nanti yer... Letih mata update blog pakai hand phone.. Huhu..

Dah Selamat......

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah... ku dah selamat melahirkan baby girl pada 20 August yang lepas... Dah 20 hari berpantang baru nak bukak laptop...  Tengah mencari mood untuk menulis semula... hehehe. Insya-Allah akan ku kongsikan cerita penuh nanti.... sementara tu ku persembahkan puteri terbaru kami.... Untuk tatapan rakan blogger semua.... Terima kasih buat yg mendoakan keselamatan kami.. Syukran...

Nur Qaleesya Alya ketika berumur 7 hari....



Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie