-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pregnancy ke 6 @ 39 weeks- Belum ada tanda bersalin

Bismillahirrahmanirrahim..........





Minggu ni dah masuk minggu ke 39 pregnancy ku kali ni… lagi 5 hari cukup ler 40 weeks.. Aku dah start menghitung hari untuk menyambut kahadiran orang baru dalam keluarga kami.. Walaupun ini anak yang keenam, excited nak menyambut ketibaan orang baru, tak pernah berkurangan…

Tapi sampai saat ni, belum ada tanda-tanda yang baby nak jumpa kami lagi.. Rileks sangat dia lepak kat dalam… seronok la tu… sampai tak terasa nak keluar jumpa kami kan? Last week masa check-up yang ke 38 minggu, kedudukan baby dah cantik.. dah facing down tapi belum engage… Selagi dia tak engage, possibility nak berpusing balik sangat tinggi.. Risau gak ler kan… Aku pun rasa rileks jer.. belum rasa baby dah engage.. Moga-moga position baby maintain sampai saat kelahirannya…


Doktor kata normal untuk anak yang kedua keatas baby engage di saat-saat akhir.. Tapi kalau boleh, aku tak nak ler peristiwa semasa melahirkan Syafiq berulang.. huhu.. almost kene operate kan sebab dia tak engage dan tetiba berpusing semula masa dalam labour room… Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ku kali ini…

Actually aku dan hubby dah setuju, ni maybe anak bongsu kami.. Lepas ni nak stop dah… Iyelah.. umur aku pun dah menjangkau 36 tahun… Aku dulu target last pregnancy at 35 years old.. Ni dah ahead setahun.. Tak per la.. rezeki Allah nak bagi.. Yang penting, sepanjang tempoh mengandung ni, aku tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan perkembangan baby pun normal…

Sampai kesaat ini, aku belum mempunyai sebarang tanda-tanda hendak bersalin.. Mintak sangat pada Allah, supaya dipermudahkan urusan bersalin ku kali ini dan kalau boleh, aku nak dia lahir secara natural.. Tak perlulah nak induce bagai… Tapi risau gak ler.. terlalu selesa kat dalam tu, kang terlebih berat plak kan? As of 38 weeks, berat dia 2.9kg.. Hmm… kalau bersalin @ 40 weeks, boleh gak ler sampai 3.8kg kot… huhuhu..

Apa-apa pun, doakan keselamatan kami yer kawan-kawan semua… Semoga baby pun tak sabar nak jumpa kami sekeluarga…

4 Nukilan Rasa:

  1. semoga semuanya selamat...kita excited jer baca kisah2 orang preggy ni..hihi..

    BalasPadam
  2. singgah sini..

    dah bersalin ke?tak sabar nak tunggu update kelahiran..;)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah selamat bersalin mama koari & ibu noey..

    BalasPadam
  4. Kite pula menanti hari kak.. Lg beberapa hari cukup 40 weeks.hehe

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie