-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pregnancy Journey- Weeks 38

Bismillahirrahmanirrahim..........



Aku sedang menghitung hari.. Bila baby nak kuar ni.. Minggu dah masuk minggu ke 38.. Next week dah 39 minggu.. Walaupun kebanyakan anak-anakku keluar secara induce, but kalau boleh this time nak dia kuar secara 100% normal.. tanpa bantuan ubat… huhuhu… But till today, masih tak ade tanda-tanda baby nak kuar jumpa mama ni… Stress jugak la mama ni sikit… hahaha..

Pada weeks 37, kedudukan baby still songsang.. tapi masuk weeks 38, Alhamdulillah.. kedudukan baby dah elok.. Cuma belum ‘engage’.. Still ade kemungkinan untuk songsang semula.. Maklumlah… ni anak keenam dah kan.. So ruang dah banyak.. baby senang nak pusing-pusing buat akrobatik.. huhuhu… Apa-apa hal pun, moga Allah permudahkan semua urusan kami dalam melahirkan cahayamata kami ke dunia ni…

Check-up haritu, berat baby dah 2.9kg.. Every 2 weeks pertambahan berat baby dalam 400g ~600g.. So agak risau kalau lambat lagi bersalin, agak2 boleh kot nak cecah 4kg.. Takut jugak aku, kang baby terlebih besar… Walaupun pernah time Huda dulu berat dia 3.9kg, tapi masa tu muda lagi.. ni dah tua ni, takut tak larat dah.. huhuhu..

Sepanjang prenancy ni, aku memang ambik supplement dari Shaklee jer.. First time menggunakan supplement Shaklee sepenuhnya.. Alhamdulillah.. masalah yang biasa aku alami masa preggy cam low HB dan kenaikan berat badan berlebihan masa preggy.. tak plak aku alami this time.. HB ku maintain at 11.4 till today.. Alhamdulillah.. Since aku overweight, preggy kali ni aku cuma gain 5kg.. Tapi berat baby naik dengan cantik dan ikut progress... So tak risau sangat ler bila berat sendiri tak naik.. Doktor kata ok, tu maksudnya aku loss weight masa preggy ni... huhuhu.. first time aku mengalami keadaan ni... Allah nak bagi aku rasa jugak, pengalaman hilang berat badan masa preggy... 

Semua barang baby dah standby.. tinggal nak tunggu baby jer lagi… Ya Allah… permudahkan lah urusan kami.. Mama tak sabar nak jumpa baby ni…Semoga segala urusan berjalan dengan lancar dan baby yang bakal dilahirkan ni sihat dan sempurna.. Insya-Allah... Kawan-kawan, doakan jugak yer...

‘Ya Allah Ya tuhan Kami, Permudahkanlah dan jangan Kau persulitkan, dan akhirilah dengan kebaikan.. Amin..’

1 Nukilan Rasa:

  1. InsyaAllah...bykkan berdoa ..semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie