-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Citer Raya 2014 tanpa gambar - End

Bismillahirrahmanirrahim..........


Pagi raya.. bangun dan mandi sunat Aidilfitri.. Then start iron baju.. Harum nasi dagang’ semerbak kat dapur.. Tapi frankly speaking.. aku tak tolong pun untuk juadah pagi raya kami… Dah siap iron baju sume, husband dan anak-anak dah get ready, kami semua makan sebelum mereka ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri.. Aku tak ikut.. Tak larat sangat.. Alasan kan? Sementara tunggu diorang balik dari masjid, aku naik semula ke bilik dan boleh tertidur plak.. Adoi…

Bila terjaga semua dah balik dari sembahyang.. dah siap bermaaf-maafan dah.. huhu.. aku jer tertinggal keretapi… sedih!! So cepat2 mohon ampun dan maaf dengan hubby dan anak-anak.. terus cari mak.. mintak ampun dengan mak dan adik beradik semua… Then bersiap-siap untuk menziarahi pusara bapa saudara yang menjaga aku dari kecik sampai besar… Lepas tu bertolak ke Kandis Pasir Putih.. menziarahi pulak keluarga mertua kakak sepupu ku.. Actually mak saudara yang menjaga aku dari kecik stay dengan kak sepupu ku.. So, kalau raya dia akan follow kakak sepupu ku balik ke Kandis.. Kalau nak jumpa, aku akan ke sana.. Kebetulan plak mak mertua kakak sepupuku tengah sakit.. so consider melawat sekali ler… Otw ke sana, aku ternampak pokok kemunting… Masa kecik-kecik dulu suke makan buah dia.. So, berhenti tgk kot-kot ade rezeki nak makan buah dia.. Tak dek la rezeki plak.. semua baru nak jadi… Ni la rupa pokok kemunting tu.. Korang pernah tengok tak? Ni gambar ehsan dari en.google...

Rupa buah kemunting yang dah masak...

Pokok kemunting.. Jangan tertukar plak ngan pokok senduduk.. huhu

Balik dari sana, abg aku ajak plak berjalan ke rumah saudara mara di Semerak, Pasir Putih… Then lepas tu kitorang langsung ke Penambang Kota Bharu.. rumah kakak.. Semua org tgh sibuk untuk preparation kenduri akikah esok… 

Raya kedua, tak buat apa-apa.. just lepak kat rumah kakak sempena kenduri akikah cucu saudaraku yang pertama… Raya ketiga, aku just lepak kat rumah… husband dan anak-anak berjalan ke rumah saudara mara suami ku.. Raya ni aku lebih banyak berehat.. Rasa letih sangat.. Mungkin sebab pregnancy ni. Malam tu dapat perkhabaran yang mak mertua kakak sepupuku dah kembali ke rahmatullah… Innalillah… Kami terus bersiap-siap ke sana.. Tunggu jenazah kembali dari Hospital Jertih, Terengganu.. Subhanallah.. mudah sungguh pemergian arwah dan keadaan jenazah sangat cantik… Alhamdulillah… Since jenazah akan dikebumikan awal pagi esok, aku inform kakak sepupuku yang aku tak dapat datang dah keesokan harinya… Sebab dah nak balik Shah Alam.. Badan pun dah sengal-sengal ni… huhuhu

Raya keempat aku dah bersiap-siap nak balik Shah Alam… Bertolak dari Ketereh kul 3 .30 ptg.. Singgah rumah kawan abang aku kat Gua Musang… Pastu bertolak dari Gua Musang kul 1 pagi.. Wargh!!!! Actually aku target nak sampai Shah Alam kul 12 malam paling lambat… Tapi sebab konvoi dengan abang.. layan jer la.. Nasib baik perjalanan kami sangat smooth… Cuma keletihan dan mengantuk jer la… Masa berhenti kat R&R Karak, aku pergi toilet.. Nasib tak baik.. masa tu aku terjatuh.. Gebeduk!! Cam nangka busuk… Sebab lantai dia licin… Masya-Allah.. sakit betul! Risau gak aku, sebab perot dah besar.. Tambah lagi badan tengah letih kan…

Nak bangun punyalah susah.. orang yang tengok aku jatuh tengok jer.. Tak teringin pun nak tolong aku.. huhuhu… Cuma cakap dari jauh jer… ‘Hati-hati kak… kat sini dah ramai yang jatuh.. licin tu’.. warghhhh… Sampai kereta cakap kat husband.. tadi terjatuh… huhuhu
Kami teruskan perjalanan ke Shah Alam.. Alhamdulillah… sampai rumah kul 6.30 pagi… Aku masa tu dah tak leh nak jalan sangat.. Sakit kaki dan perut… huhu.. dah ler letih, kesan jatuh tu lagi… So terus terbaring jer atas katil.. memang seksa ler.. nak gi toilet, nak berjalan terpaksa hubby tolong… 2 hari jugak ler kesan dia.. Alhamdulillah… hari Ahad tu dah beransur kurang rasa sakit.. Yang penting, baby masih aktif dalam perut… Dan aku tak mengalami sebarang bleeding… So, tak gi ler jumpa doktor… tunggu jer next check-up isnin nanti…

Itulah citer raya aku tahun ni… Tak sama dengan raya tahun sebelum ni.. yang mana kebiasaannya kami round satu semenanjung… This year tak balik kampung suami ku.. sob..sob...

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie