-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

The Only Family Photos for Aidilfitri 2014

Bismillahirrahmanirrahim..........

On 8/8/2014 office ku buat Hari Raya Open House. This time kat Kedai Kopi 2, di Taman Tasik Raja Lumu, Shah Alam...Sambutan hari raya yang simple dan boleh dikatakan berkonsepkan hi-tea jer.. I bring all my family members as usual.. my hubby and kids... since this hari raya kami langsung tak dek gambar seisi keluarga, so, dapatlah jugak bergambar dengan baju raya kami tahun ni..

Tahun ni kami bertemakan warna hitam.. Aku cuma jahitkan jubah Kakak dan Kak Ngah.. Yang lain beli siap jer... Tak seperti kebiasaaan semua aku jahit sendiri.. So, sebagai kenangan.. ku abadikan gambar family kami sempena Hari Raya Aidilfitri 2014.. Jadilah dari tak dek langsung...




Pregnancy ke 6 @ 39 weeks- Belum ada tanda bersalin

Bismillahirrahmanirrahim..........





Minggu ni dah masuk minggu ke 39 pregnancy ku kali ni… lagi 5 hari cukup ler 40 weeks.. Aku dah start menghitung hari untuk menyambut kahadiran orang baru dalam keluarga kami.. Walaupun ini anak yang keenam, excited nak menyambut ketibaan orang baru, tak pernah berkurangan…

Tapi sampai saat ni, belum ada tanda-tanda yang baby nak jumpa kami lagi.. Rileks sangat dia lepak kat dalam… seronok la tu… sampai tak terasa nak keluar jumpa kami kan? Last week masa check-up yang ke 38 minggu, kedudukan baby dah cantik.. dah facing down tapi belum engage… Selagi dia tak engage, possibility nak berpusing balik sangat tinggi.. Risau gak ler kan… Aku pun rasa rileks jer.. belum rasa baby dah engage.. Moga-moga position baby maintain sampai saat kelahirannya…


Doktor kata normal untuk anak yang kedua keatas baby engage di saat-saat akhir.. Tapi kalau boleh, aku tak nak ler peristiwa semasa melahirkan Syafiq berulang.. huhu.. almost kene operate kan sebab dia tak engage dan tetiba berpusing semula masa dalam labour room… Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ku kali ini…

Actually aku dan hubby dah setuju, ni maybe anak bongsu kami.. Lepas ni nak stop dah… Iyelah.. umur aku pun dah menjangkau 36 tahun… Aku dulu target last pregnancy at 35 years old.. Ni dah ahead setahun.. Tak per la.. rezeki Allah nak bagi.. Yang penting, sepanjang tempoh mengandung ni, aku tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan perkembangan baby pun normal…

Sampai kesaat ini, aku belum mempunyai sebarang tanda-tanda hendak bersalin.. Mintak sangat pada Allah, supaya dipermudahkan urusan bersalin ku kali ini dan kalau boleh, aku nak dia lahir secara natural.. Tak perlulah nak induce bagai… Tapi risau gak ler.. terlalu selesa kat dalam tu, kang terlebih berat plak kan? As of 38 weeks, berat dia 2.9kg.. Hmm… kalau bersalin @ 40 weeks, boleh gak ler sampai 3.8kg kot… huhuhu..

Apa-apa pun, doakan keselamatan kami yer kawan-kawan semua… Semoga baby pun tak sabar nak jumpa kami sekeluarga…

Pregnancy Journey- Weeks 38

Bismillahirrahmanirrahim..........



Aku sedang menghitung hari.. Bila baby nak kuar ni.. Minggu dah masuk minggu ke 38.. Next week dah 39 minggu.. Walaupun kebanyakan anak-anakku keluar secara induce, but kalau boleh this time nak dia kuar secara 100% normal.. tanpa bantuan ubat… huhuhu… But till today, masih tak ade tanda-tanda baby nak kuar jumpa mama ni… Stress jugak la mama ni sikit… hahaha..

Pada weeks 37, kedudukan baby still songsang.. tapi masuk weeks 38, Alhamdulillah.. kedudukan baby dah elok.. Cuma belum ‘engage’.. Still ade kemungkinan untuk songsang semula.. Maklumlah… ni anak keenam dah kan.. So ruang dah banyak.. baby senang nak pusing-pusing buat akrobatik.. huhuhu… Apa-apa hal pun, moga Allah permudahkan semua urusan kami dalam melahirkan cahayamata kami ke dunia ni…

Check-up haritu, berat baby dah 2.9kg.. Every 2 weeks pertambahan berat baby dalam 400g ~600g.. So agak risau kalau lambat lagi bersalin, agak2 boleh kot nak cecah 4kg.. Takut jugak aku, kang baby terlebih besar… Walaupun pernah time Huda dulu berat dia 3.9kg, tapi masa tu muda lagi.. ni dah tua ni, takut tak larat dah.. huhuhu..

Sepanjang prenancy ni, aku memang ambik supplement dari Shaklee jer.. First time menggunakan supplement Shaklee sepenuhnya.. Alhamdulillah.. masalah yang biasa aku alami masa preggy cam low HB dan kenaikan berat badan berlebihan masa preggy.. tak plak aku alami this time.. HB ku maintain at 11.4 till today.. Alhamdulillah.. Since aku overweight, preggy kali ni aku cuma gain 5kg.. Tapi berat baby naik dengan cantik dan ikut progress... So tak risau sangat ler bila berat sendiri tak naik.. Doktor kata ok, tu maksudnya aku loss weight masa preggy ni... huhuhu.. first time aku mengalami keadaan ni... Allah nak bagi aku rasa jugak, pengalaman hilang berat badan masa preggy... 

Semua barang baby dah standby.. tinggal nak tunggu baby jer lagi… Ya Allah… permudahkan lah urusan kami.. Mama tak sabar nak jumpa baby ni…Semoga segala urusan berjalan dengan lancar dan baby yang bakal dilahirkan ni sihat dan sempurna.. Insya-Allah... Kawan-kawan, doakan jugak yer...

‘Ya Allah Ya tuhan Kami, Permudahkanlah dan jangan Kau persulitkan, dan akhirilah dengan kebaikan.. Amin..’

Citer Raya 2014 tanpa gambar - End

Bismillahirrahmanirrahim..........


Pagi raya.. bangun dan mandi sunat Aidilfitri.. Then start iron baju.. Harum nasi dagang’ semerbak kat dapur.. Tapi frankly speaking.. aku tak tolong pun untuk juadah pagi raya kami… Dah siap iron baju sume, husband dan anak-anak dah get ready, kami semua makan sebelum mereka ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri.. Aku tak ikut.. Tak larat sangat.. Alasan kan? Sementara tunggu diorang balik dari masjid, aku naik semula ke bilik dan boleh tertidur plak.. Adoi…

Bila terjaga semua dah balik dari sembahyang.. dah siap bermaaf-maafan dah.. huhu.. aku jer tertinggal keretapi… sedih!! So cepat2 mohon ampun dan maaf dengan hubby dan anak-anak.. terus cari mak.. mintak ampun dengan mak dan adik beradik semua… Then bersiap-siap untuk menziarahi pusara bapa saudara yang menjaga aku dari kecik sampai besar… Lepas tu bertolak ke Kandis Pasir Putih.. menziarahi pulak keluarga mertua kakak sepupu ku.. Actually mak saudara yang menjaga aku dari kecik stay dengan kak sepupu ku.. So, kalau raya dia akan follow kakak sepupu ku balik ke Kandis.. Kalau nak jumpa, aku akan ke sana.. Kebetulan plak mak mertua kakak sepupuku tengah sakit.. so consider melawat sekali ler… Otw ke sana, aku ternampak pokok kemunting… Masa kecik-kecik dulu suke makan buah dia.. So, berhenti tgk kot-kot ade rezeki nak makan buah dia.. Tak dek la rezeki plak.. semua baru nak jadi… Ni la rupa pokok kemunting tu.. Korang pernah tengok tak? Ni gambar ehsan dari en.google...

Rupa buah kemunting yang dah masak...

Pokok kemunting.. Jangan tertukar plak ngan pokok senduduk.. huhu

Balik dari sana, abg aku ajak plak berjalan ke rumah saudara mara di Semerak, Pasir Putih… Then lepas tu kitorang langsung ke Penambang Kota Bharu.. rumah kakak.. Semua org tgh sibuk untuk preparation kenduri akikah esok… 

Raya kedua, tak buat apa-apa.. just lepak kat rumah kakak sempena kenduri akikah cucu saudaraku yang pertama… Raya ketiga, aku just lepak kat rumah… husband dan anak-anak berjalan ke rumah saudara mara suami ku.. Raya ni aku lebih banyak berehat.. Rasa letih sangat.. Mungkin sebab pregnancy ni. Malam tu dapat perkhabaran yang mak mertua kakak sepupuku dah kembali ke rahmatullah… Innalillah… Kami terus bersiap-siap ke sana.. Tunggu jenazah kembali dari Hospital Jertih, Terengganu.. Subhanallah.. mudah sungguh pemergian arwah dan keadaan jenazah sangat cantik… Alhamdulillah… Since jenazah akan dikebumikan awal pagi esok, aku inform kakak sepupuku yang aku tak dapat datang dah keesokan harinya… Sebab dah nak balik Shah Alam.. Badan pun dah sengal-sengal ni… huhuhu

Raya keempat aku dah bersiap-siap nak balik Shah Alam… Bertolak dari Ketereh kul 3 .30 ptg.. Singgah rumah kawan abang aku kat Gua Musang… Pastu bertolak dari Gua Musang kul 1 pagi.. Wargh!!!! Actually aku target nak sampai Shah Alam kul 12 malam paling lambat… Tapi sebab konvoi dengan abang.. layan jer la.. Nasib baik perjalanan kami sangat smooth… Cuma keletihan dan mengantuk jer la… Masa berhenti kat R&R Karak, aku pergi toilet.. Nasib tak baik.. masa tu aku terjatuh.. Gebeduk!! Cam nangka busuk… Sebab lantai dia licin… Masya-Allah.. sakit betul! Risau gak aku, sebab perot dah besar.. Tambah lagi badan tengah letih kan…

Nak bangun punyalah susah.. orang yang tengok aku jatuh tengok jer.. Tak teringin pun nak tolong aku.. huhuhu… Cuma cakap dari jauh jer… ‘Hati-hati kak… kat sini dah ramai yang jatuh.. licin tu’.. warghhhh… Sampai kereta cakap kat husband.. tadi terjatuh… huhuhu
Kami teruskan perjalanan ke Shah Alam.. Alhamdulillah… sampai rumah kul 6.30 pagi… Aku masa tu dah tak leh nak jalan sangat.. Sakit kaki dan perut… huhu.. dah ler letih, kesan jatuh tu lagi… So terus terbaring jer atas katil.. memang seksa ler.. nak gi toilet, nak berjalan terpaksa hubby tolong… 2 hari jugak ler kesan dia.. Alhamdulillah… hari Ahad tu dah beransur kurang rasa sakit.. Yang penting, baby masih aktif dalam perut… Dan aku tak mengalami sebarang bleeding… So, tak gi ler jumpa doktor… tunggu jer next check-up isnin nanti…

Itulah citer raya aku tahun ni… Tak sama dengan raya tahun sebelum ni.. yang mana kebiasaannya kami round satu semenanjung… This year tak balik kampung suami ku.. sob..sob...

Cerita Raya 2014 Tanpa Gambar- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..........



Cerita raya kami tahun ni.. Kalau ikutkan doctor aku tak dibenarkan balik kampung dah.. Sebab kandungan dah masuk 37 minggu time raya tu dan kebetulan plak, kedudukan baby still songsang.. Tapi.. mana nak raya kat Shah Alam!! mati kutu ler… Tak dek orang kan.. Mesti bosan tahap gaban.. Kesian kat anak-anak.. Doktor nasihatkan kalau nak balik jugak, Jumaat tu kene dtg check balik kedudukan baby.. Tapi kebetulan Jumaat tu memang tak dapat gi hospital, stuck with discussion.. So aku cakap kat husband, tawakkal jer la… Sebab rasanya lambat lagi nak bersalin ni… huhuhu
Kitorang plan nak balik hari Sabtu.. Tengok update traffic majority jem teruk.. Kebetulan plak we will be heading to Kelantan… Memang ade yang tak bergerak langsung kete.. So discuss ngan husband, kitorang gerak dekat nak berbuka ler… Kene singgah Gombak dulu… sebab plan nak konvoi dengan abg… 

Barang sume dah packing kan.. So, sementara tunggu waktu kami sempat gi shopping barang dapur dulu.. iyelah, balik nanti tak ler kelam-kabut x dek barang nak masak.. Kebetulan beras, garam, gula, minyak semua dah tahap nazak… Kebetulan shopping.. so beli terus ler minuman standby untuk berbuka nanti.. dan grab chipsmore berbungkus-bungkus untuk anak-anak…

Kul 6.30 ptg kami bertolak dari Shah Alam menuju ke Gombak melalui DUKE yang direportkan jem sampai tak bergerak sebelum ni.. Singgah petronas beli roti buat bekal.. Alhamdulillah… perjalanan kami sangat smooth… Langsung tak sangkut dalam jem… Berbuka dalam kereta jer.. Sampai Gombak dalam kul 7.45pm.. Tengok jalan ke Tol Gombak nampak smooth jer… Tapi memandangkan abg ku belum siap lagi.. so kami lepak dulu kat rumah dia… sementara tunggu dia get ready.. Sempat plak tukar speaker kete kami.. huhuhu

Dah get ready semua, kami bertolak dari Gombak kul 9.45malam… Konon nak cepat kan… almost kul 10 malam gak ler baru gerak… Tapi perjalanan kami sangat smooth walaupun kereta banyak.. Cuma kat Karak highway jer kejap laju kejap perlahan… tapi kereta bergerak.. So, tadak hal ler… Bila tengok exit Bentong, nampak kereta banyak.. so decide guna LPT jer la.. walaupun jauh sikit tapi hopefully tak jem ler…

Alhamdulillah.. perjalanan kami melalui LPT sangat smooth… walaupun kawan sebelum ni stuck 3 jam kat exit Jabor-Cheneh.. tapi kami langsung x terkena tempias jem tu… Kereta pun tak banyak.. Tapi bawak pun x laju sangat ler… Peneman Cik hubby ku sepanjang perjalanan mestilah Cinch Energy Tea Mix Shaklee… Alhamdulillah.. Tak ler mengantuk sangat…

Cabaran kami nak cari tempat untuk bersahur bila memasuki Terengganu… Majority kedai dah kehabisan makanan.. Sehingga kedai last yang kami singgah, cuma dpt sediakan mi goreng 4 pinggan dan nasi impit.. Alhamdulillah.. ade rezeki anak-anak untuk bersahur.. Actually aku risau dan kesian kat anak-anak.. sebab masa berbuka Cuma makan roti dan biskut jer… Ingatkan nak singgah makan otw dalam perjalanan.. tapi bila guna LPT, tak berhenti plak kitorang makan kat R&R… Konon2 keluar dari highway cari makan ler.. tapi tak jumpa plak kedai makan… 

Dugaan hari terakhir berpuasa…Tapi aku Alhamdulillah.. tak banyak masalah.. walaupun bersahur ala kadar tapi still kuat.. Risau jugak sebenarnya, tapi baby sangat behave.. Allah permudahkan semua urusan kami.. Sampai Kelantan dah pukul 7 pagi.. Banyak jugak ler kami berhenti, refresh badan.. solat.. So perjalanan yang jauh tu berbaloi sebab tak sangkut jem.. Sampai rumah, memang pengsan… tidur tak hingat.. sedar-sedar dah kul 12 tghhari… Dengan beg sume dalam kete tak berangkut… Baru terasa letih sikit… huhuhu.. Alhamdulillah.. suami ku banyak membantu.. Badan dah rasa letih, pinggang dah sakit.. baby pun senyap jer.. letih jugak kot.. Bila hubby ngan abg ajak gi Bazar Ramadhan memang tak larat dah ler…. So diorang jer la pergi… Time nak berbuka… Masya-Allah banyak betul makanan… Tapi yang tukang makan pun ramai.. So, tak ler membazir.. Kebetulan mak ade buat ketupat sotong… tu jer la yang aku makan.. 2 ekor lagi.. dengan air kelapa muda fresh dari pokok…  Lepas tu tak leh telan dah… Nasi sume tolak tepi… Malam kul 10.30 malam rasa lapar plak.. ajak cik hubby dan adik-adik teman makan malam.. hahaha.. Aku jer la makan.. diorang tukang tengok… 

Esok dah hari raya.. Baju sume tak iron lagi… Tak per la… esok pagi jer la iron… Tak larat sangat dah aku… Ops.. satu benda nak bagitau.. raya tahun ni tanpa internet.. Langsung tak dek coverage.. Dan tak dek gambar jugak!! Serius… Langsung tak dek gambar… So korang baca citer jer la yek… dan imagine jer.. hehehe..Nanti aku sambung erk…. Banyak benda nak story… walaupun entry tanpa gambar… Jangan bosan erk! 

To be continue……..
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie