-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Seutas Jam Tangan

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama aku tak pakai jam tangan sejak jam tangan kesayanganku rosak.. Walaupun sebelum ni aku ada beberapa utas jam tangan, but since jam tangan favourite aku rosak, terus tak pakai jam tangan dah..

Alkisahnya, 2 hari lepas kami ke Jaya Jusco Bandar Bukit Tinggi Klang... Temankan anak saudara ku shopping... Dah lama tak berjalan-jalan sangat.. so agak letih ler... Kebetulan masa tu ada offer jam tangan Polo... So, my hubby belikan seutas untuk ku... Hadiah untuk baby keenam dan sekaligus merangkap hadiah besday in advance.. huhuhu

So hari ni aku start ler pakai jam tangan balik... Terima Kasih hubby... :) Jom tayang sikit rupa jam tangan ku ini.. Yang cukup simple.. hehehe.. Yang penting water resistant.. hehehe

 Jam Tangan baru ku... :)

Persiapan Menjelang Aidilfitri yang hambar

Bismillahirrahmanirrahim..........

Lagi 5 hari Ramadhan akan meninggalkan kita.. Sedih dan sayu.. Dalam kesibukan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, aku tak prepare ape pun... Just sempat jahitkan jubah untuk kakak dan Kak Ngah jer.. Yang lain semua beli jer...

Tahun ni aku jugak aku tak 'membaking'.. Pendek kata memang sekadar persiapan ala kadar.. Kuih pun tak order... Cuma ade 2-3 jenis yang sempat aku beli di PKNS..  Tu pun standby kalau kawan-kawan sekolah anak datang beraya..

Planning balik kampung pun x finalized lagi.. Hasrat nak balik Perlis sebelum ke Kelantan.. tapi memandangkan keadaan fizikal yang makin membesar dan kandungan yang hanya tunggu hari jer ni, so hubby kata balik Kelantan sudah ler.. Sebab kakak ku buat majlis akikah cucu sulungnya...

Atas nasihat doktor, aku tak dibenarkan pulang berhari raya... Tapi kalau beraya disini, memang x dek ape la yang boleh dibuat.. Bosan la.. sebab semua jiran tetangga balik kampung.. Tak kan kami jer yang nak duduk kat rumah?? Oh.. it's a big NO la..

Insya-Allah... kami akan pulang juga ke Kelantan tapi maybe kejap jer la.. Mak buyung ni kene rehat lebih sikit.. Lagi-lagi kedudukan baby still songsang.. Aku yakin, Allah akan permudahkan urusan kami.. Insya-Allah...

Buat semua teman-teman blogger... camne persiapan korang? Mesti meriah kan?? Ku doakan semoga kita semua mendapat kebaikan dalam bulan Ramadhan ni dan bersederhana menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang...

Semoga saudara sesama Islam kita di Gaza juga didalam lindungan Allah S.W.T, keluarga mangsa MH 370 dan MH 17 dikuatkan semangat dan keamanan terus berpanjangan di Pantai Timur Sabah... Walau dimana kita berada, sentiasa doakan yang terbaik juga untuk mereka yang lain...

Kurma Segar

Bismillahirrahmanirrahim..........

Aku bukan peminat kurma kering... Kebiasaannya kalau makan kurma kering pun aku leh telan 2-3 biji untuk minggu pertama Ramadhan.. Lepas tu paling tinggi pun 1/2 biji jer... Tapi sayang ler kan.. kalau tak makan kurma ni.. sebab kurma banyak kelebihannya selain drpd makanan sunnah...

Kebiasaannya tiap kali Ramadhan, aku akan cari kurma segar.. Tapi this year tak terasa plak nak makan kurma segar.. Sehingga la aku nampak kurma tu didepan mata... Time tu jugak ler terasa sedapnya menggigit kurma segar yang muda.. Rasa yang kelat2 manis dah mula terasa... Dah alang-alang jumpa, beli ler... pergh!!! terasa dah bestnyer.. Tak sabar plak nak berbuka petang ni...

Aku rasa murah plak kurma segar yang aku beli ni.. RM40 untuk sekilo... ok ler... so aku beli 2 tangkai.. RM14.. Korang suke tak makan kurma muda aka kurma segar ni? Kalau tak pernah, boleh ler try makan.. Aku suke jer.... hehehe

Ni ler rupa kurma tu.. Menarik kan?


Nak tahu fakta tentang kurma? Korang leh Terjah Disini..

Pray for MH17

Bismillahirrahmanirrahim..........

Terkejut, sedih dan sayu.. perasaan yang berbaur di dalam dada... Perkhabaran pertama diterima pada pukul 12 mlm  @ 0hrs pada 18/7/2014. Malaysia sekali lagi diuji kali ini perkhabaran Boeing 777 aka MH17 telah ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dan sempadan Russia...

Kesedihan dan misteri MH370 belum berlalu, kali ini kemalangan yang melibatkan MAS untuk kali kedua tahun ini lebih tragik.. Dalam masa kita menyambut 10 ramadhan terakhir, ujian yang Allah berikan pada keluarga mangsa amat berat.. Ku doakan semoga semua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini...

Doaku juga agar misteri kehilangan MH370 juga terungkai secepatnya... Doa juga untuk saudara seislamku di Gaza... Tabahlah semua...

#pray4mh17
#pray4mh370
#pray4Gaza

CPUV melekat bulan July 2014

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah... walaupun dah lama tak update blog, tapi ade jugak CPUV yang sudi melekat. Terima Kasih Nuffnang... Kawan-kawan, kalau free sila-sila la klik yer.. :)

Sirap + Performance Drink Shaklee- Penghilang Dahaga Segera

Bismillahirrahmanirrahim..........


Bulan puasa ni macam-macam resepi air yang dicipta untuk menghilangkan dahaga kan? Ni salah satu air kegemaran kami sekeluarga.. Simple tapi best! Combination sirap dan performance drink dari Shaklee, memang menghilangkan dahaga dan membekalkan tenaga segera... So tak ler kenyang minum air jer nanti..

Performance drink Shaklee memang terkenal untuk membekalkan tenaga segera sambil menghalang penghidratan air. Sangat sesuai untuk mereka yang aktif dan juga sesuai diambil ketika berpuasa atau bersukan... 

Cara bancuhan untuk 1 Jag air:
1. 3 sudu performance drink Shaklee
2. Sedikit sirap yang dibancuh dengan 4 sudu besar gula
3. Ais

Cara-Cara :
Bancuh kesemua dan dihidang sejuk...

Bulan puasa ni ambik performance drink masa bersahur boleh membantu mengurangkan rasa dahaga dan juga dapat membekalkan tenaga segera jika diambil ketika berbuka...  Nanti ku buat entry khas untuk performance drink yer..

Kalau berminat nak dapatkan performance drink ni, boleh PM aku or boleh juga dibeli secara online. Klik jer buy now kat bawah yer... Selamat menjalani Ibadah puasa yer.. :)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=30f48cd3c7e73511070b95ee0a884c23

Mangga Mealshake Smooties


Bismillahirrahmanirrahim..........

Aku suke explore jenis minuman yang boleh dicombinekan dengan Mealshake Shaklee yang boleh menghasilkan minuman yang lazat dan berkhasiat.. Ni salah satu minuman yang aku suke...  Biasanya kita minum fresh mangga juice tepi-tepi jalan especially area Tanjung Karang... Kebetulan haritu, stok mangga kat rumah sangat banyak sampai x termakan.. So nak biarkan sangat sayang yer...

Jadi petang tu aku pun fikirlah.. better aku make a drink dan aku nak kekalkan khasiat dia tanpa menggunakan gula tambahan.. Fikir punya fikir.. terhasillah.. Mangga Smooties Mealshake!! Rasa dia? Wallah!!! Marvellous... Anak-anak pun suke.. Yang penting boleh mengeyangkan jugak tau!

Ni la rupanya Mangga Smooties Mealshake aku...


Resepi Mangga Mealshake Smooties

2-3 Biji Mangga masak ranum
3 Sudu Besar Mealshake Shaklee
Beberapa ketul ais

Cara-caranya
1. Basuh mangga dan dikupas
2. Masukkan dalam blender bersama 3 sudu mealshake
3. Optional boleh tambah ais untuk diblend sekali atau ais asing
4. Blend sehingga smooth dan sedia dihidangkan... Best  diminum sejuk..

Senang kan?? Apa tunggu lagi? Try ler... Selain berkhasiat, anak-anak pun cukup suke...  Nak tawu khasiat mealshake shaklee, boleh refer DI SINI.

Berminat nak dapatkan mealshake? Boleh dapatkan secara online menggunakan secure online banking atau juga boleh hubungi saya.. :)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=30f48cd3c7e73511070b95ee0a884c23

Berpuasa bersama Mighty 3 Gems Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........

 
Puasa tahun ni aku bersahur dengan Mighty 3 Gems dari Shaklee. Combination dari ESP, Mealshake dan Performance Drink.. Actually, ni first year aku try set ni.. Especially time preggy camni semata-mata nak buktikan sendiri, betul ker set ni boleh membekalkan tenaga berpanjangan dan mengurangkan dahaga..
Subhanallah... memang aku dah rasai sendiri.. Dah 6 hari berlalu, 5 hari bersahur dengan mighty 3 gem dan sehari bersahur dengan heavy meal.. Bila bersahur dengan set ni, aku lebih cergas dan tak rasa lapar.. Boleh berpuasa dengan tenang dan dahaga pun kurang... Alhamdulillah.. Compare bila aku bersahur heavy meal.. Kul 10 dah rasa lapar sikit sikit dan masuk tghhari dah ngantuk..
Dengan set ni, aku mampu cergas sepanjang hari... Aku dah rasai sendiri pengalaman berpuasa dengan mighty 3 gems ni... Jom terjah fungsi setiap product ni... 

 
Energizing SoyProtein -  sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.  



Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 



Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, kita tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan. 
Berminat dengan set ni boleh contact saya atau boleh juga dapatkan sendiri secara online. Untuk pembelian secara online anda perlu ada kredit kad atau debit kad. 

SECURED ONLINE BANKING

Selamat Berpuasa- Ramadan 1435H

Bismillahirrahmanirrahim..........

Hari ni dah hari keenam berpuasa.. Baru ler nak update blog kan?? Banyak dugaan awal puasa ni.. Tu semua ujian mengukuhkan iman kita kan?

Buat kawan-kawan semua, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.. Mohon ampun dan maaf diatas semua kesilapan dan kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan... Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu kelemahan saya sendiri...

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan damai walapun musim El-Nino ni, panas yang amat terik.. Semoga kita juga dapat bertemu dengan Ramadan yang akan datang.. Amin..
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie