-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Felda Residence Trolak, Sungkai

Bismillahirrahmanirrahim..........



Alahai.. hari ni baru nak upload citer we all ke Sungai Klah Hot Spring, Sungkai. Tak per la… janji upload jugak kan… Ni la percutian yang paling tak banyak gambar aku snap.. hehehe..Lately aku memang teringin nak gi kawasan kampung untuk relax.. Kebetulan plak bulan ni besday hubby kan… So, aku plan nak gi Sg Klah Hot Spring… Sebenarnya dah lama nak gi sana… tapi tak pernah berkesempatan.. This time, tak fikir panjang terus booking hotel.. Maksudnya kalau dah booking wajib la pergi kan…

Aku decide nak overnight kat Felda Residence Trolak.. Dah lama tak merasai suasana felda.. Maklumlah.. aku masa kecik-kecik kan anak jengka.. Sekarang dah tak dek sape nak duduk sana.. so tak merasa dah ler suasana felda kan.. So booking Felda Residence Trolak and ambik bilik family…
Kami bertolak lepak sembahyang Jumaat and terus ke Trolak.. Tapi on the way, tetiba kete cam buat hal plak.. tetiba lampu, radio sume padam.. Maksudnya bateri or alternator problem.. So, sebelum kete kong tak leh bergerak.. we all keluar dari highway dan masuk ke Tanjung Malim.. Nasib baik la baru kul 5 ptg.. so masih ade bengkel yang buka.. 

Lepak ler jap kat bengkel tu.. rupa-rupanya wayer alternator sudah longgar… so bateri tak charge la kan… Sebelum tu we all dah tukar alternator.. maybe sambungan wayar tu tak ketat kot.. Dalam sejam gak ler.. sebab bateri nak eken charge balik.. Disebabkan keadaan jalan yang tak banyak kereta, we all decide untuk guna jalan kampung jer la ke Trolak.. 
Pintu masuk Felda Residence Trolak (gambar ehsan en.google)

  Gambaran bilik kami ( Gambar ehsan en.google )

Sampai Trolak dah kul 7.30 mlm… Check in dan solat, mulalah operasi mencari makan malam.. Ingatkan nak try ler suasana kampung dan masakan kampung.. tak nak makan kat hotel konon… pusing-punya pusing.. alih-alih.. we all stop kat gerai dekat simpang nak masuk Sg Klah… Nama gerai tak tawu tapi ade banner Sungkai Satey.. Punyalah lama tunggu makanan.. orang tak ramai pun.. tapi bila dah dapat makanan, sedih.. sebab sangat tak menepati selera… Tak padan dengan  harga.. Anak anak aku pun kata, tak mo dah makan kat situ.. huhuhu..Tak per la.. redha jer la… Lepas dinner terus balik hotel dan tidur… Aku beli biskut standby takut ade yg lapar malam-malam nanti..
Next day bangun pagi we all breakfast kat situ jer la.. Ambik buffet jer.. Since bilik tu breakfast untuk aku ngan suami dah included, yg anak-anak add on rm7.50 seorang… Tak banyak choice.. ade pun bijirin sarapan, nasi goreng, bubur nasi,roti bakar, omelette, dan jus.. Ok la… asal ade makanan yg anak-anak makan.. Diorang ni makan bijirin jer la..

Layan gambar semasa breakfast.. Ni jer yang aku snap semasa menginap disana... huhuhu...







 Berjalan kaki ke tempat breakfast.. agak jauh ler.. exercise.. hehehe
 Bilik kami yang dah semak!!! Nak check out dah pun...

 Pemandangan dari bilik.. Bilik ni luas dan ade balkoni untuk ambik angin...

 Actually besar Felda Resident Trolak ni.. Bilik dia pun besar dan selesa untuk kami sekeluarga.. Rate pun x mahal sangat... ok ler.. Sangat sesuai untuk buat teambuilding… menarik untuk mereka yang sukakan alam semulajadi dan jauh dari keriuhan kota..  Teringin plak nak bawak team aku untuk teambuilding kat sini… huhuhu.. Lepas breakfast we all check out dan terus heading to Sg. Klah Hot Spring.. Nanti aku sambung erk..

4 Nukilan Rasa:

  1. berapa rate bilik satu mlm

    BalasPadam
  2. Kak Aina teringin jugak nak pi sana tapi bila fikir bab anak2 ni malas nak berjalan, dah besar asyik gaduh2 dan sentap2 jew...ahahhaaa...

    BalasPadam
  3. Rate bilik yang kami booking tu RM200 semalam.. tapi direct booking dapat rm180.

    BalasPadam
  4. Tak pa Kak Aina.. tunggu depa besaq sikit.. Kami pun harap kat papa di jer.. kalau tak, tak rajin gak nak jaga budak-budak...

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie