-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Sungai Klah Hot Spring- Sungkai

Bismillahirrahmanirrahim..........

 Gambar ehsan en.google


Sambung citer kembara kami ke Sungai Klah Hot Spring, Sungkai… Check out hotel dah kul 11.30pagi terus heading towards to the destination.. Lepas beli tiket sume, tunggu naik tram.. Since first time sampai sana.. takut jauh berjalan kan… So bila tram sampai.. pakat-pakat naik ler… Anak anak memang suker la dapat naik tram…
 
Tak ler jauh sangat.. Naik Tram dalam 5 minute jer kot… Tapi kalau berjalan mungkin terasa jugak la kan… So, bila masuk jer… cam masuk kawasan hutan.. Redup dan tenang… Banyak kolam air panas kat sini.. ade yg utk rendam kaki jer.. untuk berjalan cam reflexology jer… private jakuzzi, rebus telur, big pool hot spring dan taman tema..

Aku ikut anak-anak ler.. terus gi Taman Tema air.. Tu jer la yang diorang aim.. Aktiviti mandi-manda jer la… Anak-anak memang suker la kan.. dpat main air… Aku try gak berendam kat big pool hot spring dia.. seronoknyer.. berendam air panas… Tapi since aku preggy.. x leh lama-lama ler… Kejap pun dah exhausted… Tapi kat situ satu jer la.. walaupun hujan, kolam dia tak tutup dan safety tak berapa dititik beratkan.. So nak mandi atas risiko sendiri..

Yang penting kitorang sume sun-burn..  Petang terus balik Shah Alam… Anyway, kami sekeluarga semua enjoy!!.. Jom layan gambar plak…

 Gambar ehsan En. Google

  Gambar ehsan En. Google








Itu jer gamabr yang aku snap untuk holiday kali ni... sangat sikit wokey... huhuhu.. Engkorang kalau nak booking Felda Residence Hotel tu.. Boleh terjah kat sini (Felda Travel).. Ni direct hotel booking…  


Felda Residence Trolak, Sungkai

Bismillahirrahmanirrahim..........



Alahai.. hari ni baru nak upload citer we all ke Sungai Klah Hot Spring, Sungkai. Tak per la… janji upload jugak kan… Ni la percutian yang paling tak banyak gambar aku snap.. hehehe..Lately aku memang teringin nak gi kawasan kampung untuk relax.. Kebetulan plak bulan ni besday hubby kan… So, aku plan nak gi Sg Klah Hot Spring… Sebenarnya dah lama nak gi sana… tapi tak pernah berkesempatan.. This time, tak fikir panjang terus booking hotel.. Maksudnya kalau dah booking wajib la pergi kan…

Aku decide nak overnight kat Felda Residence Trolak.. Dah lama tak merasai suasana felda.. Maklumlah.. aku masa kecik-kecik kan anak jengka.. Sekarang dah tak dek sape nak duduk sana.. so tak merasa dah ler suasana felda kan.. So booking Felda Residence Trolak and ambik bilik family…
Kami bertolak lepak sembahyang Jumaat and terus ke Trolak.. Tapi on the way, tetiba kete cam buat hal plak.. tetiba lampu, radio sume padam.. Maksudnya bateri or alternator problem.. So, sebelum kete kong tak leh bergerak.. we all keluar dari highway dan masuk ke Tanjung Malim.. Nasib baik la baru kul 5 ptg.. so masih ade bengkel yang buka.. 

Lepak ler jap kat bengkel tu.. rupa-rupanya wayer alternator sudah longgar… so bateri tak charge la kan… Sebelum tu we all dah tukar alternator.. maybe sambungan wayar tu tak ketat kot.. Dalam sejam gak ler.. sebab bateri nak eken charge balik.. Disebabkan keadaan jalan yang tak banyak kereta, we all decide untuk guna jalan kampung jer la ke Trolak.. 
Pintu masuk Felda Residence Trolak (gambar ehsan en.google)

  Gambaran bilik kami ( Gambar ehsan en.google )

Sampai Trolak dah kul 7.30 mlm… Check in dan solat, mulalah operasi mencari makan malam.. Ingatkan nak try ler suasana kampung dan masakan kampung.. tak nak makan kat hotel konon… pusing-punya pusing.. alih-alih.. we all stop kat gerai dekat simpang nak masuk Sg Klah… Nama gerai tak tawu tapi ade banner Sungkai Satey.. Punyalah lama tunggu makanan.. orang tak ramai pun.. tapi bila dah dapat makanan, sedih.. sebab sangat tak menepati selera… Tak padan dengan  harga.. Anak anak aku pun kata, tak mo dah makan kat situ.. huhuhu..Tak per la.. redha jer la… Lepas dinner terus balik hotel dan tidur… Aku beli biskut standby takut ade yg lapar malam-malam nanti..
Next day bangun pagi we all breakfast kat situ jer la.. Ambik buffet jer.. Since bilik tu breakfast untuk aku ngan suami dah included, yg anak-anak add on rm7.50 seorang… Tak banyak choice.. ade pun bijirin sarapan, nasi goreng, bubur nasi,roti bakar, omelette, dan jus.. Ok la… asal ade makanan yg anak-anak makan.. Diorang ni makan bijirin jer la..

Layan gambar semasa breakfast.. Ni jer yang aku snap semasa menginap disana... huhuhu...







 Berjalan kaki ke tempat breakfast.. agak jauh ler.. exercise.. hehehe
 Bilik kami yang dah semak!!! Nak check out dah pun...

 Pemandangan dari bilik.. Bilik ni luas dan ade balkoni untuk ambik angin...

 Actually besar Felda Resident Trolak ni.. Bilik dia pun besar dan selesa untuk kami sekeluarga.. Rate pun x mahal sangat... ok ler.. Sangat sesuai untuk buat teambuilding… menarik untuk mereka yang sukakan alam semulajadi dan jauh dari keriuhan kota..  Teringin plak nak bawak team aku untuk teambuilding kat sini… huhuhu.. Lepas breakfast we all check out dan terus heading to Sg. Klah Hot Spring.. Nanti aku sambung erk..

Award from Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........




Alhamdulillah… Tanpa aku sangka-sangka… Belum setahun pun aku bersama Shaklee dah dapat award! Walaupun cuma satu, tapi tak sia-sia kan? Dapat invitation untuk join Gala Nite Dinner jugak!! 

Bukan senang nak dapat award ni kan? Since ni kali pertama aku, sangatlah excited yer… Sebenarnya aku dah beli tiket untuk join Shaklee National Conference. Aku pernah citer kat sini.. Since dah dapat masuk free, bolehlah aku bagi tiket ni kat anak-anak bisnes aku yang berminat nak pergi… 

Insya-Allah this cycle aku nak lebih maju dan aku juga nak anak-anak bisnes aku boleh follow jejak langkah mereka yang dah berjaya…

#Usaha Tangga Kejayaan
#Man Jadda Wajada
#Biznillah
 

Birthday Wishes

Bismillahirrahmanirrahim..........


Hari ni genap sudah 37 tahun suamiku di bumi Allah ni.. Walaupun tanpa sebarang sambutan yang official, Aku dedicatedkan entry ni khas untuk suamiku.. Semoga cinta dan kasih sayang kita berkekalan till Jannah.. Terima Kasih kerana menjadi suami yang baik kepada aku dan ayah yang baik untuk permata hati kami...

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kesetiaan yang sentiasa menebal.. Amin...

Mealshake Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........



Mealshake dari Shaklee merupakan satu hidangan lengkap yang penuh khasiat. Didatangi dalam bentuk serbuk dan mempunyai rasa vanilla yang biasanya amat digemari oleh semua golongan. Jom terjah apa yang ade dalam Mealshake Shaklee.

Kelebihan Mealshake Shaklee:

  • Mengandungi 24 Jenis vitamin mineral & Zat yang diperlukan oleh badan. Pendek kata, Mealshake ni juga merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk… Sesuai diambil oleh mereka yang tak suka telan kapsul Vitalea

  • Mealshake Shaklee juga kaya dengan protein yang berfungsi membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, dan organ dalaman.

  • Mealshake Shaklee juga mengandungi Vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan penyakit dan anti-penuaan.

  • Mealshake Shaklee juga mengandungi vitamin yang lengkap, zat besi dan copper yang membantu membina sel-sel Darah merah yang sihat. Jadi indirectly kita boleh mendapat kulit yang cantik dan kemerah-merahan dengan pengambilan yang konsistent.

  •  Mealshake Shaklee juga mengandungi serat larut yang tinggi dimana ia membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.


  • Paling penting Mealshake Shaklee tanpa pewarna atau gula tiruan yang menjadikan ia sesuai untuk semua golongan


Cadangan pengambilan Mealshake Shaklee adalah 2 sudu besar sehari dan boleh dicampur bersama ESP, Cinch Shake atau apa-apa minuman kegemaran anda.

Jom dapatkan sekarang… Memang berbaloi!!

Bread Butter Pudding ber'Mealshake' Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........



Haritu teringin sangat nak makan Bread Butter Pudding.. Dah lama tak buat pun… So, kebetulan sume barang ade.. aku pun memulakan operasi la… Tapi this time cam malas plak nak buat sos kustard dia.. Jadi aku decide buat manis sikit.. Hohoho

Ntah kenapa mood kemalasan memnag agak kuat haritu.. Tapi disebabkan keinginan nak makan tu kuat sangat, buat jugak.. Aku try guna pemanggang ajaib.. sebab malas nak panaskan oven dulu.. Berapa banyak perkataan malas kan?? You ols jangan ikut yer perangai ku ni..

Masa dok panaskan sus utu, aku teringat sekarang bulan promo Mealshake Shaklee.. Mealshake kan perasa vanilla.. Aku pun ape lagi.. suke-suki ubah resepi.. Tabur mealshake di atas sebelum dibakar.. Surprisingly… bila dah siap, sangat sedap!! Tak manis and just nice.. Next time leh buat lagi..

Ni ler rupa bread butter pudding ber’mealshake’ ala maishoppe… hahaha.. Guna pemanggang ajaib ni sangat jimat masa okey… Bakar kejap jer dan tekstur dia sama cam kita bakar dalam oven… Cuma kalau bakar dalam oven kene letak dalam dulang pembakar yg berisi air.. kalau guna pemanggang ajaib, leh bakar direct jer…

Ni ler rupa Bread Butter Pudding ber’Mealshake’ aku tu…. You ols boleh try.. sedap gitew.. anak-anak pun suke... 

 Sebelum dibakar- ditabur dengan mealshake shaklee

 Hasil dah siap dibakar..

Fresh from Pemanggang Ajaib...
 
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie