-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Activiti Cuti Sekolah- Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..........
 

Actually cuti sekolah yang lepas aku dah plan nak bawak anak-anak pusing KL jer.. Malas nak kuar dari Lembah Klang.. Lagipun tak pernah menginap kat KL untuk holiday pun kan.. Hajat hati nak bawak gi Planetarium, Pusat Sains, KL Tower, Aquaria dan sebagainya… Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi.. hehehe

Plan asal nak gi KL hari Sabtu pagi… so boleh lepak-lepak dan ronda-ronda Taman Tasik perdana, gi taman-taman yang berada dalam tu.. Tapi disebabkan ada wedding kawan hubby kat Rawang, so tuka rplan.. gi wedding dulu… bergerak dari rumah dah kul 2 ptg.. sebab settlekan dulu kerja-kerja rumah.. Sampai tempat wedding dah kul 3.. so makan-makan jap, then terus move to KL.

Sampai KL dah kul 4 ptg.. check-in kat Quality City Hotel.. Aku ambik family room.. so agak selesa untuk kami sekeluarga .. Oklah.. kejap jer pun kan.. Lepas asar kami terus bergerak ke KL Tower..  Sampai KL Tower, gi Blue Coral dulu.. Kecik jer Blue Coral tu… Tapi boleh ler… Nak tahu lebih lanjut pasal Blue coral boleh refer sini http://www.bluecoralaquarium.my/

Dah pusing-pusing dalam tu.. we ols pun kuar ler.. Hujan tengah lebat plak.. So naik jer Menara KL tapi tak gi ler kat Observation Deck.. Hujan memang lebat sangat dan view pun limited… Tak dek ape nak buat, just ronda-ronda dalam tu.. Ada couple from Syria tgk anak-anak aku then ask to take photos… Sembang sikit-sikit then we all pun gerak.. Tak dek ape boleh buat bila hujan lebat… hehehe..
View from our room

  Bilik kami.. semak ler.. dah nak check out baru teringat nak snap photo
Kami di Blue Coral..








Antara kehidupan marin di Blue Coral













Di KL Tower...

 

Balik hotel dulu, tunggu hujan berhenti.. Kul 10 mlm gitew baru hujan berhenti.. Kami jalan kaki jer la ronda2 Jalan Tengku Abdul Rahman.. Tapi pasar malam pun dah tutup.. kedai pun dah tutup… Isk.. x dek ape nak buat, balik semula ke hotel.. tidur jer la…. Anak-anak dah aim nak mandi kolam.. so ku cakap tidur awal.. esok kene bangun awal kalau nak mandi kolam.. hehehe

Bersambung.......

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie