-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cuti-cuti GIVE AWAY




Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama tak jenguk blog... Masya-Allah... Buka blog hari ni, sempat tgk ade GA invitation.. terus terjah dan tgk hari ni hari last rupanya. Jom join yer kawan-kawan..

Join? Klik Sini
 Apa syarat-syaratnyer?

  1. Follow blog Fiza. (memandangkan blogspot ada masalah, boleh guna cara nie (klik sini untuk mengetahui) atau cara lain)- Done
  2. Buat satu entry bertajuk "Cuti-cuti GIVE AWAY"Copy & paste banner di atas ni. Backlink ke entry ini.- Done
  3. Jawab satu soalan je "Fiza akan bercuti di ..............?".
  4. Kalau boleh tag kawan-kawan lain.. tak pakse tau.
  5. Tinggalkan URL entri korang dalam ruangan komen. -Done

Untuk jawapan no.3 , rasanya Fiza akan pergi ke Legoland... hahaha.. boleh tak?

p/s: Kalau nak join boleh jer klik kat gambar tu yer...

6th Pregnancy- Check up ketiga

Bismillahirrahmanirrahim..........




On 15/3/2014 merupakan check-up ketiga untuk pregnancy kali ini.. First things yang doktor cakap, aku tak dek Thalassemia and not even the carrier based on the blood test on previous check-up.. Alhamdulillah… 

Then she’s review my supplement intake, so far so good.. tak dek ape-ape indicator yang menunjukkan kekurangan nutrisi.. Sebab aku biasanya kalau preggy akan ade masalah Hb rendah.. But to ensure the Hb is acceptable, still kene ambik Darah lagi utk check Hb key… So for time being she advise me just continue with my Shaklee intake. Alhamdulillah…

Then sampai masa untuk scan.. Masa scan, doktor kata.. ‘ Eh.. dia solat Dhuha ler..’.. Aku senyum jer .. sebab memang condition baby masa tu dalam keadaan sujud… Seronok tengok.. Disebabkan doktor nak try identified the gender, so kene kacau sikit ler.. godek punya godek, akhirnya baby dah siap ‘solat’.. huhuhu.. But the view not so clear.. doktor kata most probably girl.. Will be try again in next check-up..

Siap jer solat, baby dah start main—mulalah duduk tak senyap.. tending sana-tendang sini.. So far berat baby dah 188g.. Alhamdulillah.. everythings looks normal and growth juga ok.. Yang penting dia memang aktif dalam rahim mama.. 

Harapan mama agar baby membesar dengan sihat dan kuat.. Tak sabar nak tunggu baby kuar this coming August…Insya-Allah… Buat ibu-ibu yang sedang mengandung.. boleh amalkan doa ini yer.. Semoga Zuriat kita sihat dan selamat..


Husna Dah 4 Tahun (8/3/2014)...

Bismillahirrahmanirrahim..........



Alhamdulillah.... 8 August yang lepas anak keempat Nur Qaisara Husna dah cukup 4 tahun.. Detik melahirkan dia adalah pada hari wanita.. teringat lagi, menonton sambutan hari wanita di labour room... Masya-Allah.. detik terindah bila selamat melahirkan zuriat kami dengan selamat.. Walau berapa ramai pun zuriat kami, setiap satu detiknya adalah yang teristimewa..

Sempena ulangtahun kelahiran Husna, aku decide nak buat kek pelangi untuk dia... lari dari kebiasaan.. asyik-asyik kek coklat kan.. Tapi tak pelangi sangat ler.. sebab buat 3 layer jer.... hahaha.. X larat nak bakar satu-satu... lambat...

Harapan kami suami isteri moga Husna akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah... Amin... Jom layan gambar sekitar 'pembakaran' kek.. huhuhu

 Adunan kek yang belum di bakar...

 Siap di'layer'kan
 Sila-sila.. tutup ngan buttercream
 Decoration in-progress

 Siap....

 Jom potong kek.. Lilin tak dek!!
 Cross-cut view...
 Ha.. comot tak saya? (Mood tak baik.. tgh demam masa ni)

PPAS: Here we are

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dah lama tak bawak anak-anak ke library.. Alhamdulillah.. sempat jugak singgah ke sana selepas Shaklee Elite Tour hari tu.. Seronok diorang.. walaupun bukan nak membaca buku sangat.. tapi suke bermain jer.. Tak per... kira serap budaya ke perpustakaan dulu.. Moga-moga suatu hari nanti diorang akan sendirinya suka membaca...

Ha.. jom layan aksi anak-anak bergambar di luar library.. 

 
 
 
 

Macam-macam gaya ade.. huhuhu..

Shaklee: Supervisor Certificate & Pin

Bismillahirrahmanirrahim..........

Dulu aku pernah citer yang aku dah naik rank daripada Shaklee Independant Distributor kepada Supervisor DISINI . Naik rank sebagai supervisor bermakna tanggungjawab aku dah bertambah daripada SID biasa yang fokus buat sales kepada leader yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bisnes bawah aku menjadi seorang leader juga.. Tak senang nak berbisnes sebab Shaklee bukan berkonsepkan 'head hunting' tapi lebih kepada organization development.

Apa maksudnya? Maksudnya kalau kita ade anak buah bisnes yang ramai dibawah kita (konsep MLM) tidak menyumbang kepada peningkatan career kita dalam Shaklee. Camne tu? Sesetengah MLM menawarkan setiap downline yang kita recruit, akan dapat imbuhan kepada kita.. Tapi dalam Shaklee, walau berapa ramai pun downline yang kita recrut, itu TIDAK menyumbang kepada pendapatan kita..

Sebab tu aku memilih untuk bersama Shaklee.. sebab kita kene berusaha memastikan orang lain berjaya dalam bisnes mereka untuk kita juga berjaya.. Tak senang sebab ramai yang cepat berputus asa.. tapi bisnes tak ade yang senang.. Shaklee tak menjanjikan kita untuk dapat income yang lumayan setiap bulan, tapi kalau kita nak dapat income yang banyak, WAJIB berusaha tanpa jemu...
Basically, disini kita juga belajar marketing dan ilmu membina organization sendiri.. sama macam kita buat syarikat kita sendiri.. Kita bekerja untuk diri sendiri bukan untuk upline kita atau downline kita...

Sebenarnya aku just nak abadikan sijil dan juga pin yang aku dapat bila dah naik rank Supervisor ni... Harapan aku, anak-anak bisnes aku juga akan merasai apa yang aku rasa sekarang... Insya-Allah... Asalkan ada kemahuan disamping usaha tanpa jemu, doa, doa, doa... tiada yang mustahil...

Inilah rupa sijil dan pin Supervisor Shaklee yang aku dah dapat.. Nak kumpul kesemua yang Shaklee offer ni.. Doakan aku yer kawan-kawan :)

 Sijil Supervisor Shaklee

 Pin Supervisor Shaklee

Nota: 'Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha untuk merubah nasib mereka sendiri'. Biznillah....

Shaklee: Elite Tour- Supermommies

Bismillahirrahmanirrahim..........


Walaupun entry dah basi, nak update gak untuk bulan March 2014 activities… Sorry la.. tertangguh-tangguh gini ler…. Lain kali jangan buat keje bertangguh yer.. huhuhu


Permulaan March aku mulai dengan citer Shaklee ler.. March merupakan Cycle baru untuk Shaklee, so sape-sape yang entitle rebut peluang dalam Shaklee (rank Supervisor above), usually permulaan cycle baru akan sibuk buat post-mortem, lesson learnt dan jugak projection untuk new cycle. Ni basically untuk analysis kelemahan kita, belajar dari kesilapan lepas dan jugak set new target dalam cycle ni.. Maksudnya apa plak yang kita nak achieve dalam cycle ni… Ni lebih kurang cam carrier development planning ler.. 

Awal bulan aku sempat menghadirkan diri join ‘Supermommies Elite Tour’ dimana disini kita buat analysis mengenai group masing-masing.. Alhamdulillah… group aku berkembang dengan majunya.. dan aku harap anak-anak didik ku dalam bisnes Shaklee dapat ambik feel ni dan terus berjaya dalam new cycle ni.. Elite tour ni diadakan di Shaklee HQ-Empire khas untuk group Supermommies… Alhamdulillah… tak sia-sia aku join Shaklee sebab aku dibimbing dengan ilmu untuk pastikan kami sama-sama berjaya.. Berniaga perlukan ilmu! Bukan pakai terjah je kan.. Tinggal lagi usaha kita la.. Nak grab the opportunity or not…

Oklah.. layan group photos plak.. Ni Antara yang menghadirkan diri.. Sebab dalam Shaklee tak wajib utk hadir kelas tapi kalau dapat join, bagi aku satu bonus.. Sebab ilmu secara online dan ilmu berhadapan amat berbeza..  Semoga kejayaan akan terus mengiringi kami dalam merubah ekonomi keluarga dan mambantu orang lain juga.. Biznillah!!





Note: Ramai yang menyerah dalam mengejar impian... Biarlah.. asalkan bukan saya dan kamu..
Berminat join group kami? Boleh hubungi saya... Why Shaklee??

CPUV: Rezeki bulan March

Bismillahirrahmanirrahim..........
Dah lama tak tinjau blog ni... Banyak entry tertunggak.. Rindu nak share ngan you ols... Insya-Allah... slow-slow akan diupdate yer... Walaupun agak dah basi kot masa tu :)

Ni nak share.. tadi bukak Nuffnang..  Dah lama tak jenguk jugak.. Sekali tengok, banyaknyer cpuv yang sedang running.. Walaupun progress agak slow, tapi Alhamdulillah... walaupun x seaktif dulu updating blog.. tapi masih sudi menyinggah di blog ku ini..

Kawan-kawan sume, kalau terjumpa iklan ni masa melawat saya, sila-silalah rajin diri klik yer:) Terima kasih...


Hadiah Pemenang Giveaway..

Bismillahirrahmanirrahim..........

Maaf yer kawan-kawan... dah lama tak update blog... Just nak inform, hadiah pemenang GA dah selamat dipos dan harapnya dah selamat juga sampai ke tangan kawan-kawan...

Hadiah misteri menerima barangan dari Avon iaitu:-
1. 1 Great Mascara
2. 1 lipstick / lip gloss
3. Sample Pack Anew Genic

Buat Miss Aiza yang memenangi Sebotol Vitalea Shaklee, harap supplement tu dapat memberikan faedah untuk Miss Aiza :)

Insya Allah.. nanti kita sambung citer yer... :)

Announcement : Pemenang Giveaway February 2014

Bismillahirrahmanirrahim..........



Alhamdulillah.. berakhir sudah GA ku ini.. Sorry lambat update.. Sibuk sangat sekarang ni...Walaupun penyertaan tak sampai 50 orang.. aku proceed jer la yer… Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi join GA ni dan sudi like maishoppe… Actually aku tak verify pun.. atas dasar percaya jer…


Ok.. Untuk pemenang GA ni yang dipilih oleh encik Random.org adalah….


Tahniah!!! Semoga vitalea ni memberikan manfaat kepada kesihatan anda yer..


Aku juga ada nak bagi hadiah ‘misteri’ sebagai tanda penghargaan kepada 3 orang lagi peserta.. Ni jugak dipilih oleh encik Random.org… Tapi bukan product Shaklee ler yer… Namapun hadiah misteri.. nanti aku update hadiah tu lepas aku pos kepada penerima.. Harap yang bertuah ni suka yer..

Hadiah Misteri diterima oleh…
 



Kepada semua pemenang bertuah, sila e-mail ke saya details untuk penghantaran  beserta link ke blog anda utk pengesahan.. e-mail kepada farizatul2002@yahoo.com
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie