-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Supplement Shaklee untuk Mencegah Pembentukan Batu Karang

Bismillahirrahmanirrahim..........


Apa itu penyakit batu karang?
Batu karang atau “renal stone” adalah keadaan dimana terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk akibat dari mendakan mineral didalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

Punca Batu Karang

Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor terutamanyadisebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh. selain dari itu, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, dan mengambil minuman yang berkafein.Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Simptom Batu Karang

Kebiasaannya batu-batu yang bersaiz kecil akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing. Namun, sekiranya batu ini mempunyai saiz yang agak besar, ia akan mula tersekat dalam salur kencing dan menyebabkan seseorang itu berasa tidak lawas apabila kencing, kencing yang sedikit, kerap kencing dan juga sakit yang tidak tertahan yang dapat dirasai di bahagian belakang pinggang. Selain itu, individu itu mungkin juga akan demam, muntah-muntah, loya, kencing berdarah dan berasa sakit apabila kencing.

Cara merawat dan mengatasi

Batu karang yang tidak terkeluar melalui air kencing memerlukan rawatan yang membolehkan batu itu keluar dari buah pinggang atau salur kencing yang tersumbat. Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit yang dialami pesakit. Kemudian, pembedahan kecil diperlukan untuk membuang batu karang itu.

Bagaimana untuk mencegah Penyakit Batu Karang

Batu karang boleh dicegah dengan meminum banyak air masak dan mengurangkan minuman yang berkafein.

Supplement dari Shaklee untuk Batu Karang


Setiap supplement dari shaklee memainkan peranan berikut dalam mengatasi dan mencegah pembentukan batu karang.

  • B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
  • Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
  • OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
  • Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi
  • Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

2 Nukilan Rasa:

  1. bagus supplement ini kak.. mencegah lebih baik dari merawat..

    BalasPadam
  2. Lama tak nampak Aiza... Insya-Allah Aiza.. mencegah itu lebih baik :)

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie