-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Majlis Pertunangan di Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sabtu lepas selamat sudah majlis meminang dan bertunang adik aku dengan gadis Kuala Kangsar.. Insya-Allah.. Majlis perkahwinan akan dilangsungkan dalam masa setahun dengan persetujuan kedua belah pihak..   Tak banyak gambar yang aku boleh snap sebab masa ni jugak Syafiq tengah demam.. Kesian anak mama.. every month demam sekarang...

Perjalanan dari Teluk Intan (rumah mak) ke Kuala Kangsar kira-kira sejam jer... tapi disebabkan konvoi ambik masa 2 jam juga baru sampai... Jom layan jer la gambar yang sempat aku snap.. Semoga perhubungan mereka kekal ke jinjang pelamin...

Hantaran dari kedua belah pihak- Belah aku guna balik bekas hantaran perkahwinan kakak bulan disember lepas..



Jurucakap belah perempuan
 Jurucakap belah lelaki- belah kami ler tu
Ayah tiri ku..
 Ayah perempuan
 Upacara sarung cincin oleh ibuku...



Itu jer la gambar yang dapat aku snap.. lepas tu terus bergegas keluar sebab Syafiq dah merengek-rengek dengan papa dia...

4 Nukilan Rasa:

  1. tema hitam putih..teringat masa pertunangan beberapa tahun yang lepas...kenangan manis kan..tahniah..moga kekal hingga ke jinjang pelamin

    BalasPadam
  2. selamat bertunang ^_^ wahh akan bertambah ahli keluarga baru

    BalasPadam
  3. Anak masa kecik memang sedikit mencabar kesabaran tapi bila dah besar lega Mai macam Kak Aina la ni tapi rindu pulak dengan depa masa kecik2.

    Buat adik selamat bertunang moga tabah menghadap tempoh berdarah manis nih...kikikiii...

    BalasPadam
  4. tunang pun dah meriah.. siap hantaran lagi..

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie