-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Keburukan Supplement Shaklee? Jom Terjah!

Bismillahirrahmanirrahim..........
 

Apa bestnyer supplement dari Shaklee ni? Semua orang asyik bercerita tentang Shaklee.. Padahal banyak lagi makanan Sunnah dipasaran.. Kenapa nak pilih Shaklee?? Dah la product dari US… Itu adalah feedback biasa yang aku terima dari orang-orang di luar sana… Ada jugak yang kata kat aku.. tak perlu ambik supplement tu semua… Ambik jer madu dan Habbatus Sauda sudah… tu kan makanan sunnah… Apa respond aku? Senyum jer…  Bukan maksud aku nak menafikan makanan sunnah sebab benda tu memang aku ambik dari dulu pun… Tapi itu tidak membataskan aku untuk mengambil supplement lain… Dikalangan teman rapat, memang biasa kalau aku suggest ambik madu bila anak ada asthma, nak meningkatkan susu ibu ambik Habbatus Sauda..  sebab aku juga mengamalkan makanan sunnah tu… So bagi aku, dengan lambakan supplement di pasaran sekarang, kita ada banyak pilihan.. So, buat pilihan yang terbaik tapi tak perlu menjatuhkan product orang lain..

Isu terkini, rata-rata nak compare Double Stemcell dr Phytoscience dengan Shaklee… Siap ada kat wall fb yang suruh buat comparision between both product… Masya-Allah… jangan sebab nak menjual barang kita terlupa bukan semua supplement sesuai untuk semua orang… Niat kita nak membantu orang supaya mendapat kesihatan yang lebih baik… Jadi tak kisah apa pun product yang diambil, semoga memberikan manfaat pada kesihatan mereka. Tak perlu mendabik dada mengatakan yang product A lebih bagus dari product B.. kan? Mungkin product A bagus untuk saya tapi tak bagus untuk orang lain. So bagaimana nak mengatakan yang product kita ambik SANGAT BAGUS?

Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi kesan sampingan supplement Shaklee supaya bila kita mengambil supplement Shaklee, kita tahu apa yang bakal kita alami.. dan sekaligus dapat menjawab persoalan yang sentiasa popular…

1.       Shaklee Halal Ker?
Alhamdulillah… salah satu sebab aku ambik supplement Shaklee adalah kerana ianya halal dan mempunya sijil halal dari ISA iaitu badan yang mengiktiraf dan menjamin ke’halal’an sesuatu product di US. Memang banyak supplement yang mempunyai tanda halal tapi bukan semua badan itu diiktiraf oleh JAKIM. Berlainan dengan product Shaklee, badan yang mengiktiraf status halal pada setiap supplement Shaklee  ini juga diiktiraf oleh JAKIM… So tak ade keraguan pada aku. Kan mencari yang halal itu fardu.. You ols boleh jer view sijil halal Shaklee melalui laman web Shaklee www.shaklee.com.my

2.       Supplement Shaklee berbau kuat dan tak cantik
Aku akui.. kebanyakan supplement Shaklee cam Vita-Lea, B Complex, Sr. Vit C memang besar dan agak berbau.. Nak buat camne… bila bahan yang involve dalam pembuatan tu adalah natural, pastilah ada bau. Kenapa saiz besar? Saiz besar sebab setiap tablet supplement Shaklee memang mengandungi kandungan zat yang tinggi.. Tak percaya? You ols boleh buat product comparision sendiri dengan supplement yang terdapat di farmasi.. Tu semua orang boleh buat… tak perlu mintak kami tunjukkan bukti… sebab tiada apa yang perlu diselindungkan..

3.       Product Shaklee cepat rosak dan tak tahan panas
Mestilah cepat rosak. Sebab supplement Shaklee bersifat natural dan tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan ataupun perasa tiruan… Cuba you ols ambik sayur atau buah-buahan dan letak di tengah panas.. mestilah rosak jugak kan? Sebab tu kalau you ols perasan, supplement Shaklee tak memerlukan Siliga Gel yang biasa terdapat dalam botol- botol supplement di farmasi. Itu tandanya Shaklee memang natural.. sebab Siliga Gel digunakan dalam supplement sentetik untuk mengekalkan tahap kelembapan dia… Kalau tak rosak ler supplement tu.. Tapi Shaklee tak perlukan semua tu..

4.       Betul ke tak de kesan sampingan?
Mestilah ade kesan sampingan… Lebih dikenali sebagai ‘healing crisis’ untuk mereka yang first time ambik supplement dari Shaklee.. Kenapa ada kesan sampingan? Tak bagus la product tu kan? Memang tak bagus untuk mereka yang dah selesa dengan keadaan kesihatan sekarang.. Kenapa aku cakap camtu? Bila ambik supplement, badan kita akan bereaksi serta merta.. apatah lagi kalau supplement yang natural..

Contohnya, biasa kita asyik makan makanan bergoreng, tiba-tiba nak makan yang rebus jer… mesti nak muntah kan? Biasa makan ikan, daging, ayam tak termasuk yang siap diproses, tetiba nak suruh makan sayur mentah jer semangkuk besar.. Setiap hari plak tu? Tak rasa ke badan kita akan rasa lemah sebab asyik makan sayur jer.. Tapi kalau kita consistent jer makan sayur.. lama-lama jadi biasa.. badan kita akan lebih cergas.. Camtu jugak bila ambik supplement Shaklee ni… Sebab mula-mula badan kita akan cuba menolak benda. Tapi lama-kelamaan badan kita akan menerima makanan yang berkhasiat ni dan menyingkirkan sisa toksik yang dah lama berkumpul dalam badan… Insya-Allah… kesihatan kita akan meningkat dari hari ke sehari..

Bagi aku, sebelum nak ambik ape-ape supplement pastikan kita mendapat info yang secukupnya dari pengedar. Kalau diorang tak leh jawab soklan engkorang.. tak payah beli.. tu maksudnya dia pun tak sure dengan product yang dia jual… Kalau seorang pengedar tu menjual sesuatu product kepada kita, adalah menjadi tanggungjawab dia memastikan pengguna tersebut mendapat khasiat terbaik dari product yang dibeli.. ok?

Aku stop dulu ler… dah banyak membebel ni kan… apa-apa pun, tepuk dada tanya hati J

9 Nukilan Rasa:

  1. setiap supplement mesti ada kesan penyembuhan selepas diambil..

    BalasPadam
  2. aah setiap drpdnya ada pro n contra
    pengambilan supplement sememangnya bgs buat kesihatan kita
    yumida pun ada order shaklee..tgh tggu nak sampai
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  3. ooo baru tahu .. tapi memang setiap pekara ada pro dan contra nya

    BalasPadam
  4. Kan? bukan semua product tu bagus sangat.. kene tgk kesesuaian jugak kan?

    BalasPadam
  5. Setuju dengan kak mai..ini la jawapan yg saya cari2 untuk kawan kawan yg selalu tanya soklan soklan di atas tu kat saya @_@

    BalasPadam
  6. apa jua produk..mesti kn cuba dl...bkn semuanya serasi kan

    BalasPadam
  7. Adat la manusia nie.. bila barang tu semakin naik.. mesti ada yang dengki...

    BalasPadam
  8. sebnrnya bagus shaklee nih.. cuma pasti ada kesan masa perubahan tu.. kena bykkan bersabarlah.!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... makin banyak timba ilmu makin yakin nak syorkan produk ni kepada org lain :)

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie