-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Jengjalan di I-City (Lagi??)

Bismillahirrahmanirrahim..........

I-city lagi!! Apa la yg best sangat kan? Tapi budak-budak memang suke... mungkin sebab banyak lampu dan tempat perabih duit! hahaha.. Iye la.. Nak main mainan sume kene bayar.. Mana ade free..

Ni tak plan pun... lepas dinner kat luar haritu, anak-anak ajak ronda-ronda... so follow jer la... Tak tahu nak gi mana.. singgah I-City jer la... Since bukan hari cuti, tak ramai ler orang kat dalam tu... Kalau weekend sesak! Kalau hari kerja ni, best jer... Tak yah nak bersesak-sesak... tapi still ade la org...

We ols just pusing-pusing.. Tapi aku, pusing jap dah letih! Nampak sangat dah lama tak exercise... Wellahei... Jom layan photos udah!!


 Tgk lampu sampai nak ambik gambar pun susah..
 Belajar bawak kereta.. Kat jalan raya bahaya.. kat sini boleh ler...


 Jom jalan-jalan tgk lampu plak

 Ala-ala princess... naik kereta kuda.. kan?
 Nak jugak!






 Sebelum balik jom bergambar ngan Mr. Bean dulu... hehehe
 Syafiq TAKUTTT!!!!

Aiskrim Malaysia- Fresh Strawberry Blended

Bismillahirrahmanirrahim..........

You ols pernah makan tak pure strawberry blended dan dijadikan aiskrim malaysia? Haritu officemate aku pergi Cameron dan bawak balik blended strawberry yang dijadikan aiskrim... Sedap ooo... pure rasa strawberry and very smooth...

Kalau you ols pergi cameron, boleh tempah bawak balik ni... memang berbaloi... Harga? Alamak! tak tanya la plak!! huhu.. Ni ler rupanya aiskrim tu.. TERBAIK! (Teringat strawberry Korea.. Memang sedap, manis dan juicy masa makan kat sana.. Bila nak gi lagi ni?)


Operasi membersihkan kebun

Bismillahirrahmanirrahim..........

Last weekend berkesempatan menjenguk kebun kami... Masya-Allah.. memang tak nampak rupa kebun ar.... Memang terabai.. kesian kat pokok.. kurang kasih sayang... Sambil cik abg membersihkan kebun, aku meluangkan masa coaching anak buah Shaklee ku... Boleh layari blog dia yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog di http://syurgahannan.blogspot.com

Sebenarnya kebun ni aku share dengan suami dia aka teman sepejabat aku... Jom layan gambar jer.. lepas pembersihan x sempat snap, sebab dah sibuk nak balik ambik kakak dari sekolah. Dia ade sekolah ganti weekend hari tu..

Layan gambar jer la yer...
Semak tak? huhuhu
 Pokok kunyit yang subur
 Roselle yang baru belajar berbunga- kecik jer pokoknya..
 Pisang berangan..
 Mangga Chokanan

 Musang King & Pokok Nangka

 Belimbing besi yang x mo berbuah lagi.. huhu
 Pokok hutan yang dah membesar
 Serai wangi- best buat mandi nie..

Pokok lain x snap sebab semak sangat.. Tak berani aku.. huhuhu... Dan inilah sesi coaching kami di kebun.. Sporting betul Hannan.. Temankan mama dia ber'coaching' di kebun..
 

First Check-up (Pregnancy ke-6)

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah.. pagi tadi aku pergi buat first check up untuk baby.. Disamping tu terus buat Thalassemia Screening Test since Syafiq confirmed as Thalassemia Carrier.. As usual aku pilih SALAM seksyen 19 untuk bab-bab pregancy dan maternity ni. Bukan ape, dah selesa disitu walaupun bukan doktor yang sama..

This time ingat nak check ngan doktor Siti Mariam tapi dia sesi petang plak. Malas aku nak datang 2-3 kali, so proceed jer la dengan Doktor Asmah. Ok jugak doktor tu... kecik jer orangnyer... So, dah ambik rekod sume, start la proses scanning.. nak tengok baby.. Tak sabar betul! Bila scan, doktor kata baby slightly kecik dari tarikh yang sepatutnya kalau follow last date of period. But it's ok.. nanti next 2 weeks dtg balik re-confirm Due Date. As of today, EDD ku adalah pada 19/8/2014.

Seronok tengok baby! Dah sempurna sifat dan yang penting heart beat dia normal... Masya-Allah... Indah sungguh ciptaan Allah... Walaupun dah anak ke-6, excited tu still sama... Subhanallah.. Semoga baby membesar dengan sihat dan sempurna... Mama dan papa tak sabar dah nie...

Masa doktor nak bagi vitamin, aku inform yang aku ambik supplement Shaklee.. So doktor kata ok then suruh continue jer and add omega guard sekali untuk DHA.. Alhamdulillah.. doktor pun tak halang ambik supplement Shaklee malah encourage to continue... 

Ni la rupa our new member to be... Insya-Allah.. will meet us in August 2014..


Peppermint Ginger Plus Shaklee




Bismillahirrahmanirrahim..........


Pil herba yang mengandungi herba asli pudina, halia, jintan manis dan jintan putih.
Boleh membantu anda, sekiranya anda adalah:
  1. Wanita yang sedang hamil tetapi mangalami masalah angin yang sukar untuk dilepaskan. Akibatnya perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya
  2. Sukar untuk mendapatkan kencing yang lawas. Walaupun berdehem beberapa kali selepas membuang air, sisa-sisa air kencing itu masih lagi terasa. Ini menjadikan kita tidak selesa dan agak was-was untuk bersolat dan beribadah
  3. Mempunyai masalah kencing kotor dan terdapat jangkitan pada pundi kencing
  4. Anda tidak hamil, tetapi mempunyai angin yang banyak di dalam badan.
Cara Makan Pepper Mint Ginger Plus Shaklee
Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee.
1.       Ditelan begitu sahaja
2.      Campur 2-3 biji kedalam secawan the o panas.

*Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie