-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee Supplement for Gout

Bismillahirrahmanirrahim..........
 



Apa Itu Gout?

Biasa tak dengar pasal Gout? Gout merupakan penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi. Kristal asid uric terbentuk akibat kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Gout akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat, terutamanya di bahagian sendi. Serangan gout adalah berpanjangan dan berulang-ulang. Ketika serangan gout terjadi, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut dan boleh berterusan sehingga seminggu.


Faktor yang boleh menyebabkan serangan Gout


1. Diet dan berat badan- Berat badan yang berlebihan, diet protein tinggi atau rendah kalori dan alkohol boleh menyebab peningkatan asid urik dalam badan.
 
2. Pengambilan ubatan- Pengambilan ubatan berterusan akan meningkatkan asid urik dalam darah terutamanya ubatan seperti aspirin dan diuretics.
 
3. Orang yang mengalami penyakit buah pinggang ginjal sangat berisiko mendapat gout sebab asid uric tidak dapat disingkirkan untuk perkumuhan.

Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya bermula atau menyerang ibu jari kaki dahulu. Serangan gout biasanya berlaku secara tiba-tiba. Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami kesakitan yang amat sangat. Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitive dan amat cenderung untuk berasa sakit. Jika tidak dirawat, bengkak tersebut akan berlarutan sehingga lebih dari seminggu and berkemungkinan akan menyerang kembali. Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari tangan.


Makanan yang patut di elakkan

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau. Pengidap Gout hendaklah menghindari makanan yang mengandungi purin yang tinggu kerana akan menyumbang kepada peningkatan asid urik. Antara makanan yang tidak disyorkan adalah seperti berikut:
  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

Bagaimana Supplement Shaklee boleh membantu anda mengatasi Gout

Pengambilan supplement berikut boleh membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.




1. Alfalfa – berfungsi untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Pengidap Gout perlulah memastikan diri untuk minum banyak air dalam membantu proses penyingkiran asid urik dari badan.

2 Nukilan Rasa:

  1. bahayanya penyakit ni kak.. semoga tak terkena pada diri aiza.. baru aiza tahu ada supplement untuk gout keluaran shaklee.. mungkin satu hari nanti aiza juga memerlukannya..

    BalasPadam
  2. Insya Allah Aiza.. moga Allah jauhkan kita dari sebarang penyakit...

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie