-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pro Sante- Produk Penjagaan Rambut Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........




Pernah tak anda mengalami masalah rambut gugur? Sebenarnya rambut gugur tu normal sekiranya bilangan gugur tu dalam lingkungan 50 hingga 100 helai sehari. Tak perlulah risau yer… Tapi.. kalau setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Kenapa rambut boleh gugur? Jom tengok faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut.

Rambut gugur kerana hormon
Hormon estrogen merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Tetapi hormone androgen yang tinggi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Hormon androgen akan terhasil lebih banyak apabila kita didalam keadaan yang tertekan dan ia boleh menjadi faktor kepada masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen untuk mengurangkan masalah rambut gugur.  Pendek kata, tak nak rambut gugur, kurangkan stress yer.

Rambut gugur kerana produk
Salah pilih produk penjagaan rambut pun akan menimbulkan masalah. Terutama bila kita ni jenis yang sering melunturkan warna rambut dan menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut. Aku pernah salah pilih produk rambut, akibatnya rambut aku semua naik uban.. Masa tu aku baru 17 tahun.. huhuhu.. Cepat-cepat tukar produk lain… hahaha…

Rambut gugur kerana kurang vitamin
Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut anda. Nampak cam klise kan? Tapi itulah hakikatnya... Rambut akan sihat dan lebat sekiranya kita mengamalkan makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Kalau susah nak makan makanan yang seimbang, bolehlah ambil supplement khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Rambut Gugur
Camne yek? Ha.. kan Shaklee terkenal dengan supplement yang nature. So, you ols boleh consume Zink, B-Complex, Caratomax dan Vitamin e. Banyaknyer nak kene makan.. Tak per… kalau tak nak ambik supplement pun, boleh jugak try produk penjagaan rambut dari Shaklee. Pernah dengar tak?? Hari ni aku nak bercerita tentang produk penjagaan rambut Shaklee- Pro Sante.

Produk ni sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya yang bertudung. Kadang-kadang yang bertudung selalu cenderung untuk mengabaikan penjagaan rambut, sedangkan kalau bertudunglah lagi kene jaga rambut elok-elok.. Kang masa pakai tudung nampak cam comel jer.. cam lawa jer… bila bukak tudung,  takut suami pun terkejut. Cam botak jer…. Huhuhu..Oklah.. produk penjagaan rambut dari Shaklee terdiri daripada..

Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
 Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
 Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Banyaknyer!!! Camne nak pilih yang bersesuaian dengan kita? Ha.. kat bawah ni adalah suggestion aturan penggunaan Pro Sante.

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Clear tak? Kalau tak, boleh jer PM saya yer… Saya sedia membantu.. Ceh! Cam polis plak.. hahaha..Untuk masalah rambut gugur, ni adalah statistic yang diberikan berdasarkan ujian klinikal.

So, apa tunggu lagi… Jom jaga rambut kita agar sihat dan lebat. Harga istimewa memang khas untuk you ols.. Jangan malu untuk bertanya!
 

1 Nukilan Rasa:

  1. nampak menarik rangkaian penjagaan rambut shaklee ni kak.. aiza dah lama tak guna conditioner.. singgah menabung inti.. :D

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie