-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee Collagen Powder (Q&A)

Bismillahirrahmanirrahim..........


Ramai yang bertanyakan tentang SCP ni. Maklumlah tengah offer kan? Buy 6 Free 1, Buy 3 free membership..  So, entry ringkas ni dibuat berkaitan dengan SCP..

 
1. Apa kandungan SCP? 
Kandungan utama SCP adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium SCP dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding SCP haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu:

Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Elastin dari Kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama SCP untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal, 

Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan SCP

Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan Kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata

Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas

Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran Kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran Kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya SCP?
SCP merupakan suplemen yang hebat dimana ia mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, SCP yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. SCP bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kalogen pada lapisan kulit dengan berkesan. Terbukti SECARA KLINIKAL dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

3. Macam mana bentuk SCP? Serbuk ke pil 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 paket di mana setiap paket mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama SCP
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 paket setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan SCP
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 paket SCP bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Pengguna bebas nk campurkan SCP dengan apa jua jenis minuman. Tidak memudaratkan kesihatan…  

6. Berapa harga SCP
Retail price RM298. Kenapa mahal? Harga SCP berdasarkan sumber yang diperolehi dan kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan SCP ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti dan kesan yang boleh dirasai. Anda juga boleh mendapatkan trial pack dari saya. Special price boleh contact saya :) 

7. Siapa sesuai amik SCP?
SCP sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa SCP?
SCP ada sedikit bau hanyir jika diminum begitu saja tapi bau itu boleh diatasi bila dicampur dengan minuman kegemaran anda. Jadi jangan tsayat untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak SCP? 
Kebanyakan kandungan SCP adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, Insya-Allah SCP tidak menjadi masalah. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil SCP selama 5 hari  berturut2 jika tiada kesan negative kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

2 Nukilan Rasa:

  1. dah lama aiza tak makan kalogen.. dulu pernah ambil dnhans..

    BalasPadam
  2. Apa kesan kolagen pada Aiza? Boleh share.. saya baru nak try makan... huhuhu

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie