-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Satu lagi kehilangan dalam keluarga kami

Bismillahirrahmanirrahim..........
 

Salam Aidiladha buat semua.. Walaupun agak terlewat tapi nak wish jugak.. Banyak yang terjadi dalam masa 4 hari bercuti nie… yang paling terkesan dihati aku adalah pemergian anak saudara kami pada hari raya korban semalam…

Allahyarham merupakan anak bongsu kepada keluarga abang iparku di Alor Setar, Kedah.. Allahyarham berusia 2 tahun telah meninggalkan kami semua pada pukul 1 tengahhari selepas menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan di otak. 

Yang paling menyedihkan, beliau tidak didiagnose dengan penyakit tersebut dan merupakan anak yang baik.. Seminggu sebelumkejadian, beliau demam dan tidak larat untuk bangun.. bila refer ke hospital, doktor cuma kata demam dan boleh keluar dari wad pada keesokan harinya… Sehinggalah pada hari Isnin beliau tidak sedarkan diri. 

Bila dibawa ke hospital, he’s in coma condition! Bila doktor buat CT Scan, diorang dapati ada brain tumor sebesar 7cm.. So semalam dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut walaupun risiko yang memang tinggi.. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia.. Allahyarham meninggalkan kami untuk selamanya…

Sesungguhnya Allah meminjamkan dia kepada kami hanya sekejap dan bagi kami sekeluarga, tahun ini ramai ahli keluarga yang meninggalkan kami satu persatu.. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka didunia dan juga diakhirat..

Al-fatihah buat anak saudaraku Naim… Kehilangan yang pasti dirasai. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga abang iparku dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik… Amin..

“Sesungguhnya bila sampai ajal seseorang, tidak ada sesuatu pun mampu menghalangnya walaupun sesaat… Innalillah…”

5 Nukilan Rasa:

  1. Ya allah. Sedih nya. Br umo 2 tahun.

    BalasPadam
  2. Betul ibu lala.. masih terasa kehilangan.. sebab cam tiba-tiba jer... :(

    BalasPadam
  3. Sedihnye. Bermula dengan demam je kan.

    Salam takziah dari saya.

    BalasPadam
  4. Salam Mazatul,

    Takziah atas kembalinya Naim ke Rahmatullah. Sedih semacam bila anak yang masih kecil pergi meninggalkan kita. Perginya dia dahulu sebagai saham akhirat ibu-bapanya kelak, insya-Allah!

    BalasPadam
  5. Iye Uni... sedih tapi Allah dah merencanakan yang terbaik untuk semua...
    Ummu Madihah... Amin...

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie