-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bagus Sangat ke Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahim..........




Semasa aku menjadi pengguna Shaklee selama 3 tahun, tak pernah orang tanya aku kenapa makan supplement Shaklee. Tapi bila aku menjadi SID dan mula berkongsi kebaikan Shaklee, orang mesti tanya.. kenapa Shaklee? Kenapa bukan brand lain? Kan Shaklee mahal! So hari ni aku nak berkongsi kenapa aku memilih Shaklee berbanding jenama lain.

Mungkin pada sesetengah orang Shaklee ni mahal! Lagipun dah senang nak dapatkan supplement.. dah berlambak di pasaran dan farmasi… Tepuk dada tanya selera.. Kalau dari segi mahal, bagi aku tak mahal.. Kalau you ols rajin kira dan bandingkan kandungan yang terdapat dalam supplement Shaklee, mesti you ols pun setuju dengan aku. Kebanyakan supplement asas Shaklee boleh consume 3 to 5months. Bagi aku sangat berbaloi…
 
Kenapa aku pilih Shaklee??  Sebab supplement Shaklee adalah natural.. Tapi ada juga yang tanya.. “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Vitamin jugak..”.Inilah jawapannya…

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis iaitu vitamin sintetik dan vitamin natural. Apa beza kedua-dua ni? Jom semak perbezaan vitamin sintetik dengan vitamin natural.

Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut yer, sesetengah jenama vitamin sintetik menggunakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi. Macam produk organic dengan bukan organic la.. kan produk organic lebih mahal dan selamat.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik seperti produk organic dengan produk bukan organic. Produk organic lebih selamat dimakan berbanding yang bukan organic yang terdedah pada penggunakan baja kimia dan racun serangga.
Jadi pandai-pandai lah buat pilihan ye..Aku dah pilih yg terbaik buat aku dan famili.... You ols?

Tepuk Dada Tanya Selera. Jom sebarkan kebaikan.. kongsikan untuk kebaikan semua.

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie