-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kembara Jelajah Sabah -End (Kundasang- Poring- Likas-KK)

Bismillahirrahmanirrahim..........



Jom sambung citer jelajah bumi Sabah yang tak habis lagi tu yer… Bagi yang missed the story, boleh refer sini Part 1 dan Part 2

Sekembali dari Sabah Tea, kami singgah Pekan Kundasang… Tujuan utama nak beli sayur-sayuran yang nampak segar dan mengancam tu.. Beli ni untuk makan makan ni yer… Semua sepakat nak makan sayur.. so, beli cendawan dan beberapa sayur lain.. Seronok ! 

Malam- Shopping for dinner
Malam- menarik tengok sayur!
Siang- shopping utk bawa balik
Tergoda tak tengok cili dia??
Ros pun ade.. ;)
Antara buah-buahan yang dijual

Ni kuih tradisional- Biskut cili kalau tak silap nama dia
Jom tengok our dinner malam tu..

Sayur campur

Daun bawang + Bunga kantan (Kat sana memang masakan diorang banyak guna bunga kantan. 1st time try.. boleh tahan)
Sup Cendawan-TERBAIK!
Telur dadar
Lepas makan, lepak dan tidur… Esok plan nak check-out lambat sebab nak gi Cattle Farm semula… Perancangan lari dari planned itinerary sebab masing-masing nak rileks kat Kundasang ni.. Seronok kat Kundasang sebab udara yang sejuk.. Air pun sangat sejuk… Aku ambik peluang mandi tanpa water heater sebab nak merasai kesejukan air.. Memang sangat sejuk.. Kurang sikit jer sejuk dia dari air kat Korea… Letak kat muka, rasa kebas muka… huhuhu.. Tapi lepas mandi memang sangat segar… TERBAIKLAH…

Next morning, awal-awal pagi jenguk tingkap (homestay kami menghadap Gunung Kinabalu).. So, menjamu mata dengan pemandangan Gunung Kinabalu..  Bermalam di Kundasang memang sangat refresh!! 
Pemandangan dari homestay kami
Pemandangan dari homestay kami- Mount Kinabalu

Pemandangan dari homestay kami- Pekan Kundasang

Pemandangan dari homestay kami- Sunrise

Pemandangan dari homestay kami- Kinabalu Pine Resort
Breakfast pagi tu we all makan nasi goreng yang dimasak sebab nak habiskan nasi malam tadi… then bergerak semula ke Cattle Farm.. Sebelum tu we all singgah Wonderland.. Dari Wonderland ni boleh nampak seluruh Pekan Kundasang..  Next time boleh la menginap kat sini.. pemandangan dia memang lagi best ;)

Us di Wonderland
 


Lepas ke Cattle farm untuk kali kedua, kami pergi Kundasang War Memorial. Entrance ke War Memorial ni RM5 untuk dewasa. War Memorial ni adalah tugu peringatan untuk tentera British dan Australia yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua di tangan tentera Jepun.. Kat sini ada Australian Garden, English Garden of roses, a Borneo Garden dengan bunga liar yang terdapat di  Kinabalu dan atas sekali  ' Comtemplation Garden' .
Jumpa balik adik dalam flight tu!

2nd day di Cattle Farm- Pergi pagi memang BEST

Boleh jadi duta susu tak?? hehe

Kundasang War Memorial








Lepas tu we all singgah balik tempat sayur-sayuran tu.. Aku beli a few type sayur untuk bawak balik ke Semenanjung especially cendawan dia.. Cendawan dia gebu-gebu… best.. Balik ke homestay, packing dan check-out.. Planned lepas check-out nak ke Poring plak nak tengok Rafflesia yang sedang berbunga.. We all tahu info ni masa masuk War Memorial tu la.. kat depan dia tulis ‘Rafflesia is blooming’. So cari info katanya di Poring.. So, terus ke Poring Hot Spring… Tapi tak taw kat mana location dia.. So, berhenti kat Poring Hot Spring, aku gi information centre dan terjumpa ngan sorang tour guide. Tanya dia dan kebetulan dia nak bawak another group ke sana.. So, we all boleh follow…
Untuk tengok Rafflesia ni kami dikenakan bayaran RM30 seorang.. Mungkin agak mahal bagi sesetengah orang.. tapi berbaloi bagi aku sebab bukan senang nak dapat peluang tengok bunga ni berkembang kan??  Kebetulan hari yang we all pergi tu dah hari kelima.. block spot dah appear kat bunga tu.. Lagi dua hari mati ler bunga tu… Sebab Rafflesia Cuma berkembang selama 7 hari… Alhamdulillah… dapat tengok dengan mata sendiri! Takjub!! Subhanallah…. Since waktu dah almost petang, we all terus heading ke Likas… Tak sempat la nak berjimba –jimba di Poring Hot Spring.. Insya-Allah.. one day I will come back!
Nampak tak aku ngan Rafflesia ;)
Kuntum Raflessia- Mungkin lagi 15 bulan baru kembang
Mekar berbunga- Rafflesia is blooming

Ni yang dah mati- After 7 days
 Kami sampai Likas dah almost 7pm.. Lepas check-in, mandi & solat terus keluar ke Kota Kinabalu pulak.. Target malam ni nak makan seafood especially lobster.. So, we all stop at Pasar Filipino to enjoying our seafood experience.. This time, aku tak makan ikan bakar.. ikut selera kawan-kawan nak makan masakan panas.. Sebab dulu aku dah makan ikan bakar puas-puas ( refer sini). Bolehlah layan.. tapi aku lebih suke makan masakan panas kat tempat aku pergi dulu…  tapi masa tu aku tak share plak tempat makan tu kan.. huhuhu..Masa dinner, tiba-tiba angin rebut melanda.. kelam-kabut semua penguasaha gerai menurunkan khemah masing-masing.. we ols yang dok makan tu, cam scary jugak ar… tapi confident jer la menghabiskan makanan yang bertimbun-timbun tu…  Mungkin tempias taufan yang sedang melanda Filifina masa tu… 

Jom layan gambar dinner kami..
Fresh seafood
 

Wajib try- rumpai air

Lobster
Sotong bakar

Sotong deep fried

Kerapu stim

Ketam bercili


Suasana dinner kami... Walaupun ribut.. we enjoy the dinner..
Habis dinner bawak diorang membeli belah ikan masin, ikan bilis, rumpai laut dan terus balik untuk tidur… Next day, just pusing-pusing Pasar Filifino untuk shopping mutiara dan other souvenir.. check-out dan terus ke airport.. Sebab masing-masing dah penat kan… So, tak sempat jugak aku nak ke Borneo Railway.. Tak per la.. next time aku datang lagi ler…Dah habis story aku… Banyak pengalaman yang aku dapat.. Tapi aku belajar satu perkara dalam pengembaraan kali ini yang akan aku simpan seumur hidup aku… Insya-Allah.. next year nak bawak whole family bercuti di Kundasang… Moga rezeki dimurahkan.. 

Pasar Filifino- Will come back.. Insya-Allah....
Tamat Sudah………
 

2 Nukilan Rasa:

  1. Pergi dedula banyak tempat Kak Aina skip sebab jalan2 dengan anak2 ni kesabaran kena lebih.

    BalasPadam
  2. Iyela Kak Aina... Tapi nak jugak bawak diorang satu hari nanti.. :)

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie