-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Apa Nak Buat Bila Susu Ibu Merudum?

Bismillahirrahmanirrahim..........


Gambar ni diambil untuk menunjukkan perbezaan susu ibu tanpa supplement shaklee dan dengan supplement shaklee

Aku rasa semua ibu kalau boleh nak bagi anak mereka penyusuan ibu sepenuhnya.. Alhamdulillah.. aku tergolong dalam golongan tersebut. Mungkin ada orang cakap senang jer bagi susu ibu nie kan! Untuk ibu be kerjaya cam aku, yang kadang-kadang terpaksa tinggalkan anak 2-3 hari bila outstation, kene kuatkan semangat.. Kerana cabaran dalam penyusuan ibu ini hebat!

Kenapa aku cakap camtu? Sebab bila kita bekerja, kekangan masa melaksanakan tugasan boleh menyebabkan kita tidak dapat pump susu consistently and timely. Tak termasuk lagi bila datang mood Malas dan jugak bila ‘sahabat baik’ datang . Ni semua factor yang menyebabkan susu ibu akan merudum..

Aku mengalami masalah susu merudum pada pertengahan tahun ni.. Sangat risau sebab tiba-tiba jer hasil pump kurang dari 3oz per session. Pastu pump pun sempat 2 kali jer kat office. Tak termasuk lagi bulan tu banyak outstation tinggalkan anak… Alhamdulillah, masa tu stok EBM masih banyak dalam fridge. Lebih kurang 6 months punya stok EBM. Tapi masa tu Syafiq belum pun setahun. Sebab target penyusuan ibu paling kurang 2 tahun..

Apa aku buat? Jom aku kongsikan apa yang aku buat untuk recover..

  • Aku consistently ambik supplement Shaklee. Ni memang makan ikut timing dan tak skip langsung! Tujuan pengambilan supplement ni supaya aku kekal sihat dan cergas. Kurang stress dan rileks… Itu penting untuk ibu yang menyusu yer.. Jangan Stress!!
  • Berusaha, berdoa dan bertawakkal.. Mintak Allah permudahkan perjalanan penyusuan susu ibu untuk Syafiq supaya sampai 2 tahun
  • Buat power pumping. Taw tak power pumping tu?? Nanti aku share in next entry yer..


Alhamdulillah.. susu aku slowly recover. Masih berusaha untuk mengekalkan stok susu untuk Syafiq… Walaupun sekarang Syafiq masih consume stok bulan 6, tapi aku yakin.. Insya-Allah.. misi aku untuk menyusukan Syafiq till 2 years Berjaya.

Ops.. sebelum terlupa.. suka aku ingatkan.. pengambilan supplement Shaklee bukan bermaksud susu akan menjadi banyak, tapi Insya-Allah akan membantu penghasilan susu ibu dengan syarat, Ibu kene rajin! Sebab concept penghasilan susu ibu adalah demand vs supply. Makin tinggi demand, makin tinggi supply susu. Hebatkan ciptaan Allah!

So buat ibu-ibu yang menyusu diluar sana, you are free to ask sekiranya ada pertanyaan mengenai susu ibu. Insya-Allah aku akan membantu setakat terdaya berdasarkan pengalaman sendiri.
 
Happy breastfeeding!

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie