-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Apa itu Power Pumping- Exclusive for breastfeeding Mums




Bismillahirrahmanirrahim..........




Jom  aku kongsikan sedikit camne nak buat power pumping bagi mengekalkan penghasilan susu ibu bagi ibu yang mengalami masalah susu yang merundum.

Suka aku ingatkan, power pumping memerlukan ibu berdisiplin untuk menjayakan ye.. Kalau follow betul-betul rules of power pumping, Insya-Allah, ibu boleh merasai kesan seawal seminggu selepas itu.. Aku percaya, ibu diluar sana sanggup demi membekalkan susu yang terbaik untuk anak masing-masing..

Apa itu power pumping?
Tak ramai yang tahu apa itu power pumping dan cara untuk melakukannya.. So tak kisahlah.. samada menggunakan pump double atau single atau manual.. ni basic untuk power pumping. Power pumping ni sebenarnya imitation untuk corak penyusuan bayi semasa baru lahir iaitu menyusu sekejap-sekejap tetapi kerap. Ni biasanya yang akan bayi buat pada awal kelahiran iaitu dalam jangkamasa bulan pertama.

Pernah tak terfikir kenapa? Sebenarnya secara ilmiahnya itulah yang Allah jadikan naluri anak untuk menyusu begitu supaya ibu akan diberi rangsangan yang secukupnya bagi penghasilan susu ibu yang mencukupi bagi anak. Seperti yang aku tekankan, penghasilan susu ibu bergantung pada concept supply vs demand… Orang marketing memang kene pro la kan bab concept ni..

Ok berbalik semula kepada power pumping. Biasanya power pumping ni dibuat bila susu merudum, bila nak menyusukan anak angkat ataupun ingin menyusukan semula anak bila dah berhenti menyusu. Biasanya penghasilan susu akan berlaku bila cukup rangsangan yang diberikan..

Bagaimana teknik untuk melakukan Power Pumping?
Dah namapun ‘power pumping’ kan… so ibu-ibu kenelah menitik beratkan aspek dibawah:-

  • Kene set minda dan tekad untuk melakukan teknik power pumping ni. Power pumping hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati dan rasa gembira. Kenapa kena gembira? Mestilah gembirakan kan.. sebab kita sedang berusaha untuk membekalkan susu terbaik untuk anak kita. Bila ada usaha mesti disusuli dengan doa dan tawakal. Jangan lupa berdoa sebab doa adalah senjata paling kuat apatah lagi doa seorang ibu.
  • Ibu kene pandai menguruskan masa. Kalau tak buat disiang hari, kene berkorban la sikit dimalam hari.. contohnya dari pukul 12.00 malam hingga 4pagi. Kenapa? Kerana pada waktu inilah hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hebatkan ciptaan Allah? Sekiranya hendak menambah satu sesi di siang hari, boleh buat lunch hour kat office yer..
  • Teknik mengepam.
a.       Haruslah ada pump.. Kalau tak dek pump pun ok.. boleh guna kaedah ‘marmet’ (perah susu menggunakan tangan). Pump x kisah la.. pump elektrik ke, manual ke, double ke, single ker.. yang penting alatan untuk mengepam.. Cuma kalau double pumping tu lebih jimat masa la kan…

b.      Sebelum, semasa dan selepas melakukan teknik mengepam ini, ibu perlu minum air secukupnya. Bukan maksudnya bila dah nak mula sesi mengepam baru nak minum ye. Pastikan ibu minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3L sehari ataupun setiap 25/kg berat badan kita, kene minum 1L air.

c.       Kaedahnya power pumping cukup mudah, ibu cuma perlu mengepam minimum 10 minit bagi setiap payudara. Ada sikit perbezaan la kalau guna double pumping ngan single pumping.

                                                               i.      Untuk single pumping
Ibu hanya perlu mengepam selama sepuluh minit bagi setiap payudara. Sepuluh minit sebelah kiri, kemudian sepuluh minit sebelah kanan dan diulang selama sejam. Pastu leh rehat.. Letih sikit tak per… Sebab setiap teguk susu ibu yang mengalir didoakan oleh malaikat. 

                                                             ii.      Untuk double pumping
Ibu yang menggunakan double pump, boleh pam selama 10 minit kemudiannya berhenti sepuluh minit. Pam semula setiap sepuluh minit selama sepuluh minit sekali pam. Teruskan sehingga sejam. Lebih mudah kan?

  • Sebelum, semasa dan selepas melakukan teknik mengepam ini, ibu-ibu perlu minum air secukupnya. Bukan bila dah nak mula sesi mengepam baru nak minum ye. Sepanjang hari, ibu-ibu hebat yang hendak menyusukan anak ini perlu memastikan diri anda minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3L sehari.
Mudahkan?  Sekiranya selesai dibuat teknik power pumping ni tetapi masih tidak memberikan sebarang kesan, semak semula langkah-langkah di atas. Tapi kenapa semua langkah-langkah dah dipatuhi tetapi masih tidak meningkat susunya?! Mestilah!! Teknik power pumping tidak akan berjaya dengan sekadar buat sehari sahaja, eloklah menjadi amalan sehingga produktiviti susu meningkat semula (sekurang-kurangnya seminggu). 

Selain melakukan teknik power pumping, ibu juga harus berusaha untuk menyusukan anak dengan lebih kerap lagi. Tenangkan diri, jangan Stress.. Banyakkan berdoa. Minum air yang mencukupi dan mengambil makanan yang seimbang nutrisi. Insya-Allah!

2 Nukilan Rasa:

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie