-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Alfafa Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........








Kenapa Alfafa Shaklee disyorkan? Alfafa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam secara organic dan bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya.

APA ITU ALFALFA?

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Alfafa ditanam menggunakan biji benih yang bercambah menjadi pokok.Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah.
Source: Google- Benih Alfafa

Source: Google- Pokok Alfafa

Source: Google- Keratan Rentas pokok Alfafa
Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.


FAEDAH-FAEDAH ALFALFA


· Kaya dengan klorofil.
· Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
· Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
· Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu, 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
· Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
· Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

KEBAIKAN ALFALFA

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersih toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.

Vitamin yang boleh ditemui di dalam alfalfa:

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yg sihat dan adalah penting semasa kehamilan

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakkan daripada sinaran dan matahari serta pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

 Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukkan gigi dan tulang yg kuat dan sihat

Mineral yang boleh ditemui di dalam alfalfa:

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf

Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindakan balas enzim; juga untuk digest lemak

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. saling berkait dengan tindakan kalsium dan vitamin D. meningkatkan peranan tisu saraf

Klorin (klorida) - elektrolit penting yg membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut

Silikon Magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan; merangsang fungsi otak
 

3 Nukilan Rasa:

  1. alfafa tu sejenis pokok ke kak? baru aiza tahu..

    BalasPadam
  2. ooo thank for sharing, betul tu baru dua hari makan alfafa ni sakit2 sendi dh semakin kurang

    BalasPadam
  3. Tu la kan... kita asyik cakap alfafa jer... tapi source tak sure... ada jugak orang makan sprout dia... cam taugeh :)

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie