-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Supplement cuma untuk org tua??

Bismillahirrahmanirrahim..........

 Sapa suke makan ubat?? Aku tak suke.. dan rasanya ramai yang tak suke.. Samalah juga bab pengambilan supplement.. Aku dulu.. usahkan nak telan supplement, nak makan ubat time sakit pun tak nak… Kalau time budak budak dulu, bila demam memang parents akan tunggu sambil pegang rotan untuk paksa aku makan ubat.. huhuhu.. Tapi masa tu bijak.. buat-buat makan, tapi sebenarnya sorok bawah lidah.. so bila parents pergi terus buang ke tanah.. Sehinggalah taktik tersebut dikesan.. huhuhu…


Tapi bila dah makin dewasa, aku nekad tak mo sakit (berusaha untuk tidak sakit, tapi kalau Allah uji dengan kesakitan, aku mohon aku tabah dengan ujian tersebut).. Tapi masih sama.. baik kene cucuk dari telan ubat… But as time goes by, aku sendiri boleh rasakan yang tubuh aku sudah tidak se’gagah’ dulu.. sakit sana, sakit sini.. Especially bila aku mengandungkan anak keempat.. Perbezaan amat ketara boleh dirasai yang badan dah tak sekuat dulu…

Aku mula ambil supplement untuk mengatasi masalah penyusuan waktu itu, tapi kesan pengambilan supplement juga secara tidak langsung membuatkan aku rasa lebih sihat dan amat jarang demam.. Alhamdulillah… Kesihatan sekarang lebih baik compare to the last 3 years.. ketika mengandungkan anak kelima, badan aku lebih bersedia memikul ‘dugaan semasa’ mengandung.. Alhamdulillah… 

Sebenarnya apa yang aku nak cerita?? Ni sekadar pengkongsian dari kawan-kawan, Bila dia minta pendapat doktor untuk mengambil supplement, doktor punya respond, “since you dah beli, makan jer la.. tapi bagi saya supplement ni untuk orang tua jer”.. Tersenyum aku bila dengar kawan aku cakap camtu… 

Aduh… takkanlah nak tunggu sakit nak baru nak ambik supplemen?? Waktu sakit bukan kene ambik supplement untuk baik.. tapi kene ambik ubat.. In worst case, kadang-kadang dah jadi cam drug dependency… Kesiankan badan kita, dahlah sakit.. terpaksa plak tolerate ngan ‘dadah’.. Supplement ni membantu mengatasi and membantu menghalang kita dari sakit… bukankah ‘prevention is better than cure?’  

Kadang-kadang orang cakap duit tak de nak beli supplement.. Aiyak!! Kalau sakit, kos untuk mengubati penyakit tu lebih tinggi dari kos kita membekalkan vitamin untuk badan kita… Sebab bukan semua makanan yang kita makan tu cukup khasiatnyer.. sebab khasiat dalam makanan boleh hilang semasa penyediaan makanan tersebut..  

So pesan aku, ambillah supplement walaupun sekadar multivitamin.. Apa brand pun tak kisah asalkan halal dan natural… ok?? Dan aku sendiri dah jatuh cinta dengan supplement Shaklee.. Kerana aku merasai kesan yang baik terhadap diri aku... Apa kesan pada diri terlalu peribadi untuk dikongsi disini.. Insya-Allah aku boleh share in private message untuk yang berminat nak tahu..

Buat rakan-rakan dan sahabat aku diluar sana, ingatlah.. kesihatan adalah yang paling bernilai yang dikurniakan untuk diri kita.. Jagalah sebelum terlambat.. Luv you ols.. 



3 Nukilan Rasa:

  1. salam,,dtg jln2 cini. btw, nk ty alfa-fa tuk pe ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah. Alfalfa pada asasnya bertindak sebagai detox, mengurangkan toksik, merendahkan kolesterol, meredakan sakit sendi dan rasa kebas. Utk wanita juga membantu menambahkan kesuburan.

      Padam
  2. betul tu.. mencegah lebih baik dari merawat..

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie