-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kisah Penyusuanku bersama Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........


Penyusuan ibu (breastfeeding) semakin mendapat sambutan dikalangan ibu muda.. Alhamdulillah… kesedaran tentang kebaikan penyusuan ibu semakin meningkat sekarang.. Kalau time aku bersalin anak sulung, dalam pantang lagi mak aku dah campurkan dengan susu formula sebab baby asyik menangis… so, mak cakap tak cukup susu la tu.. Tapi hakikatnya, bagi susu formula pun dia menangis jugak time dia nak meragam… Aduh.. ruginya kerana kurang betul pengetahuan aku tentang susu ibu… 

Masuk anak kedua, aku berjaya menyusukan sehingga 2 tahun.. Sebab masa tu aku tak bekerja. Tapi bila anak ketiga, aku start bekerja dalam tempoh berpantang lagi.. Masa tu aku tak terdedah dengan ‘budaya’ pumping untuk EBM.. Alangkah sayangnya bila dikenang kembali camne sampai bengkak susu dan baju habis basah sebab susu mengalir… Masya-Allah.. ruginya.. Kesian anak ku, kerana kekurangan pengetahuan mama tentang penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja, mama tak dapat bekalkan susu ibu untuk dia.. 

Bila aku pregnantkan anak keempat, aku mula mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu.. Alhamdulillah.. aku bertemu dengan ibu-ibu yang gigih membekalkan susu ibu kepada anak mereka.. Masa itu aku start kenal ‘pump’ dan supplement. Disebabkan budget yang sikit, aku join main ‘kutu’ untuk membeli Medela Freestyle.. Sebab bagi aku itu juga investment.. Alhamdulillah… Freestayle aku masih memberikan khidmat terbaik sehingga sekarang tanpa sebarang masalah… Tapi memiliki pump yang bagus juga bukan jaminan kita mampu menyusukan sehingga 2 tahun.. Bila kekangan masa, sesi penge’pump’ susu semakin berkurangan dan susu makin drop. Determination untuk tetap memberikan yang terbaik untuk anak menemuikan aku dengan supplement penyusuan dari Shaklee.. Alhamdulillah… aku Berjaya meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak aku mencapai umur 1 tahun 6 bulan.. Then aku terpaksa stop kerana aku pregnant.. 

Bila taw pregnant, aku still menyusukan sehinggalah aku start bleeding.. Then doctor suruh aku stop breasfeed.. sebab body aku tak boleh nak supply for both.. So, untuk kebaikan semua aku stop breastfeed tapi baby tak dapat diselamatkan dan aku keguguran..Alhamdulillah.. Allah masih memberikan aku peluang untuk menyusukan anak aku.. Moga Allah memberikan aku kesihatan yang baik untuk terus  menyusukan Ahmad Syafiq Aqeel sehingga 2 tahun.. 

Permata hati mama.. Ya Allah permudahkan urusan ku dalam menyusukan anakku ini..

 My supplement intake- Alfafa, Ostematrix, Vita-C, Vita-Lea & B-Complex. Aku juga ambil ESP :)
 Alhamdulillah.. masih mampu membekalkan susu ibu untuk Ahmad Syafiq Aqeel

Bagi ibu yang menyusu, aku suggest ambillah supplement.. Bukan maksudnya supplement tu boleh memperbanyakkan susu, tapi mampu membekalkan semua vitamin yang diperlukan supaya ibu sentiasa sihat dan tuntutan anak mampu dipenuhi.. 'Breastfeeding is the best for our baby'.
  

2 Nukilan Rasa:

  1. wah banyak susu tuu..mg dipermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.... Moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki susu untuk Syafiq dan semua ibu yang menyusu :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie