-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Arghh... Kayap!!!

Bismillahirrahmanirrahim..........



Engkorang pernah dengar pasal kayap tak?? Aku nak share citer kayap.. Kayap ni sebenarnya asing bagi aku.. but when my hubby kene kayap, aku start google.. what is kayap.. Maklumlah… kayap ni banyak jenis.. 

Aku discover kayap kat hubby aku bila balik dari Kelantan.. Dia mengadu sakit badan.. Then dia minta aku check belakang dia sebab dia rasa pedih. So, bila aku tengok belakang dia, Nampak cam kulit kering tapi berbiji.. So aku pun cakap, jangan garu.. Hubby aku cakap dia rasa sakit sendi, sakit mata dan pedih.. Disebabkan aku pun tak taw apa masalah dia (kayap tu tak terlintas langsung dalam fikiran), so aku just sapukan krim antibiotic..

Next day bila gi kerja, aku cakap la kat akak office simptom2 yang melanda hubby aku.. Then akak tu cakap, ‘Kayap kot’.. Ha?? Kayap?? So, aku google dan compare ngan situasi hubby aku… Looks similar.. So, aku cakap jom jumpa doctor.. Bila jumpa doctor, confirmed la kayap… So doctor suruh beli antibiotic dan bagi ubat sapu…
Semasa aku google, aku jumpa jugak info yang kayap ni kene dirawat secara tradisional sebab ubat doctor tak membantu.. Banyak cara merawat kayap, tapi yang aku pilih menggunakan daun delima + bedak sejuk kampung.. Since both ada kat rumah, why not give a try??

Balik rumah terus petik daun delima dan tumbuk sampai hancur then campur ngan bedak sejuk. Lepas tu tempekkan jer tempat yang terkena jangkitan kayap tu.. Alhamdulillah, tanpa menggunakan ubat doctor, hubby dapat merasai kesannya dalam masa 24 jam.. Sakit sendi sudah hilang dan pedih berkurangan..  Selepas 24 jam, kayap tersebut semakin kering dan menyebabkan kegatalan.. time ni memang kene make sure tak digaru sebab takut menyebabkan jangkitan ditempat lain… So, rajinkan diri tampal bedak sejuk + daun delima tadi.. Alhamdulillah…. Sekejapnyer dah ok jangkitan kayap tadi… Tak sampai seminggu dah sembuh tapi ada la sikit parut putih yang tinggal… So, kalau terkena kayap, boleh try treatment nie ok..

Gambar ni agak sensitif untuk segelintir.. Dikongsi untuk ilmu.. Kalau google semua gambar kayap yang dah agak teruk, this one initial jangkitan.. So boleh take necessary action if discover this..








6 Nukilan Rasa:

  1. Ada kayap yang lagi teruk daripada ini, bapak saudara pernah kena mc sebulan balik duduk kat kampung berubat. Tak boleh bergoreng dalam rumah, nanti dia bisa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak.. Ni memang sangat nasib baik sebab detect awal.. kalau biar lama memang melarat jugak ler...

      Padam
  2. Tiey pernah kena kayap macam Hubby sis kena tu, kayap air. Memang sakit giler2 sebab virus kayap ni dia serang sistem saraf.

    Tiey try guna ubat doktor bagi, hbis RM100 lebih, tapi sikit pum xberkesan. Last2 pi jumpa pakar tradisional, guna sireh ludah. Alhamdulillah 2,3 hari sembuh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kan... akak dok google pun ramai yg kata kene buat treatment secara tradisional.. Alhamdulillah.. it's work :)

      Padam
  3. Anak kedua akak kena kayap bahgian mata. Lebam mcm kena penumbuk....ada kawan dr sarawak bagi petua guna putih telur...sapu je kt tempat yg kena jangkitan...bila dah kering kopek kan...kulit itu akak ikut sekali....alhamdulillah tiada kesan kt tpt yg kena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ina!! Lamanyer tak dengar berita... Boleh try petua tu.. :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie