-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pemenang Untuk Besday Month Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..........


Alhamdulillah.. tamat sudah GA aku sempena bulan kelahiran kami… Aku menggunakan khidmat random.org kerana tak nak bias dalam pemilihan pemenang… hehehe… Sebab ada a few blogger yang dekat dihatikan… hahahaha.. Sila semak senarai peserta DISINI untuk no you ols..



Apa yang penting, komen dari teman-teman semua amatlah aku hargai… Rahsia disebalik GA ni ape?? Actually aku nak makeover blog (dah in-progress pun..) So, nak tgk ape yg patut aku buang and apa yang patut aku simpan… Insys-Allah.. aku akan minimizekan widget dan lebihkan kekemasan blog aku nie… Tapi tak sure bila boleh ready la.. Hopefully by this month end you ols boleh tgk rupa baru blog aku ;)



OK.. untuk pemenang GA tetiba je aku terfikir nak tambah lagi RM5 for another 2 winner…  dan pemenang bertuah adalah… 

RM10 CASH



RM5 CASH





Buat pemenang sila SMS / Whatsapp no akaun anda kepada saya CIMB or Maybank yer… beserta nama penuh dan blog address.. Insya-Allah.. transfer will be done ASAP sebelum aku berangkat ke KK. My number will be 012-6629171.

Top referral yang akan menerima hadiah saguhati dari KK adalah...

Boleh bagi postage address ke alamat e-mail aku yer.... beserta ngan phone no.. Hadiah akan aku poskan sekembalinya aku dari holiday :)

Buat semua teman yang lain, terima kasih sebab sudi luangkan masa join... :)

Aku dah Tua!!

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sabtu lepas bersamaan 21/9/2013, genaplah sudah umur aku 35 tahun.. Dah tua kan??? Tapi dalam hati muda lagi.. huhuhu... This year tak dek sambutan besday... sebab kek pun beli.. Nak buat, kemalasan plak menebal... Insya-Allah.. nanti beli gak ar... untuk anak-anak aku.. Masih berhutang kek ngan diorang yer...

Potong kek ni, bukanlah nak ikut budaya barat.. tapi sekadar ingin menerapkan rasa saling menghargai antara anak-anak.. dan diorang indirectly dapat ingat besday ahli keluarga.. So, mestilah kene ada event.. walaupun sekadar antara ahli keluarga...

My hubby this year hantar e-card ok.. Then hadiahkan aku dua helai tudung yg aku suke.... Actually hubby nak belikan pokok ros.. sebab aku suke tanam roses.. tapi aku mintak tudung sebab aku berkenan dua helai tudung.. tapi tak mo bayar sendiri...

Dialog akungan husband:

Aku : Abg.. nak beli tudung dua helai, tapi abg bayar yer.. hadiah besday..
Abg: OK...

hehehehe... kesimpulannya, dapatlah 2 helai tudung sempena besday aku nie... Actually, hari ni dtg keje, dapat kek besday jugak!! nanti aku upload gambar kek yer ;)

Surprise e-card from husband . Thanks dear! Dah tua rupanya aku.. huhuhu..



Senarai Nama Peserta GA- Besday Month Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..........

Terima Kasih buat semua teman-teman yang sudi join GA saya yang tak seberapa tu... Details GA boleh refer Sini- Besday Month GA. Senarai peserta adalah seperti bawah... so, sila semak dan inform saya yer kalau ade yang tertinggal :)

Senarai peserta GA.

  1. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  2. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  3. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  4. http://walkstatic.blogspot.com/2013/09/birthday-month-giveaway.html
  5. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  6. http://superpapaya.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  7. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  8. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  9. http://mysweetfafafey.blogspot.com/2013/09/besday-month-givaway.html
  10. http://umikasum.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  11. http://kisahhatiekah.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  12. http://www.ibulala.blogspot.com/2013/09/jom-klik-sini-kalau-nak-join.html?m=1
  13. http://www.mystorymory.com/2013/09/besday-month-giveaway.html
  14. http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/09/birthday-month-giveaway.html
  15.  http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/09/besday-month-giveaway.html

Zink- Manfaat untuk Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim..........



Dalam badan kita memerlukan sejumlah kecil Zink untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum. Antara peranan Zink dalam tubuh kita ialah membantu dalam meningkatkan sistem imun dan mencegah dari jangkitan di sistem pernafasan. Malah, zink juga digunakan dalam rawatan penyakit yang disebabkan oleh parasit. Pengambilan Zink juga mampu mempercepatkan proses pemulihan luka.
Lelaki dan Zink
Zink membantu meningkatkan kualiti sperma.  Lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah mempunyai kualai sperma yang lebih rendah.

Kesihatan Prostat
Zink mempunyai peranan yang amat penting dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. 

#1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!


Bismillahirrahmanirrahim..........


 Kawan-kawan, jom la join contest nie... Hadiah dia menarik bagi aku iaitu... Panduan Mengemas Rumah... Nak join leh Klik Sini. Jom tengok apa rumah impian aku... hehehe...

RUMAH IMPIANKU..

 
 Aku mengimpikan sebuah rumah dikawasan kampung yang mempunyai persekitaran yang luas dan nyaman.. Cam dalam gambar kat atas tu.. Di sekeliling rumah aku nak ada pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, langsat, duku.. di belakang rumah plak ada pokok durian, manggis, ciku.. dan macam-macam la..

Pastu aku nak ada kawasan taman untuk lepak ngan family.. lepak santai-santai... Ada kolam ikan dan surrounding dia dipenuhi oleh pokok-pokok bunga cam orkid dan ros...  oh bahagianya.... Bila la nak dapat kan?? Itulah rumah impian aku...

Vivik dari Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........




Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani yang mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol? Ape tu?? Polifenal adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan Vivix telah diuji secara klinikal dan paling penting HALAL.
Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan TERBAIK dari Shaklee.Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pada masa yang sama berfungsi untuk menjaga kecantikan dan awet muda..  

Ramai yang cakap Vivix ni mahal. Sebenarnya sebotol Vivix boleh tahan selama 2 bulan dan yang paling penting, benefit yang boleh diperolehi dari sebotol Vivix.Sekiranya kita mengambil Vivix, sebenarnya kita tak perlu ambil vitamin lain sebab Vivix berfungsi melengkapi kesemua khasiat yang badan kita perlukan.. So tak perlu telan vitamin banyak-banyak.. Cukup dengan sesudu Vivix setiap hari.. Senang kan!

Jom tengok ape manfaat yang boleh kita dapat dari Vivix:

  • Membantu kita awet muda
  • menggalakkan kesihatan KESELURUHAN
  • menggalakkan kehilangan berat badan 
  •  meningkatkan sistem imun 
  •  menyokong kesihatan mata 
  •  membantu mengelakkan kanser
  •  mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan komplikasi kencing manis
  •  meningkatkan kesihatan arthritis & menyokong kesihatan sendi
  •  membantu kurangkan insiden bagi penyakit NYANYUK


Banyakkan manfaat Vivix??? Jom dapatkan sekarang! Ops.. sebelum terlupa, Vivix ni tak diuji kepada ibu mengandung dan menyusu badan.. So, kalau nak ambil Vivix, tu atas risiko sendiri.. Selain dari ibu mengandung dan menyusu, this product is highly RECOMMENDED!!

Ingin beli sendiri ?( Kad Kredit atau Kad Debit diperlukan)
Klik di sini

Aduhai hati..

Bismillahirrahmanirrahim.......... 

Source: Google


Duhai hati.. 
Ikhlaslah kamu bila ia bisa memberikan kebaikan kepada orang lain... 

Duhai hati.. 
Ikhlaslah kamu bila adakalanya kamu rasa terhimpit.. 

Duhai hati.. 
Ikhlaslah kamu kerana ikhlas itu akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk kesusahan..

Duhai hati..
Bersabarlah dengan karenah manusia disekelilingmu

Duhai hati..
Bersabarlah sebab Allah telah rencanakan yang terbaik untukmu

Sesungguhnya Allah tidak pernah menguji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hambanya.. 

"Ya Allah, ku mohon padaMu.. ikhlaskan hatiku dalam setiap perbuatan yang aku lakukan dan ku mohon kekuatan dariMu agar aku mampu melaksanakan tanggungjawabku sebaik mungkin.. Moga insan lain mampu menerima kebaikan tersebut..

Ya Allah, terlalu banyak yang aku pohon sedangkan aku seringkali terlupa untuk bersyukur.. Bimbinglah aku ya Allah.. agar hidupku sentiasa dijalan yang kau redhai... "


Dalam keriuhan ini, jauh disudut hati terasa sangat sepi....


Zat Besi- Fungsi & Sumber

Bismillahirrahmanirrahim..........

Mengapa zat besi penting dalam tubuh kita?

Fungsi utama dari zat besi adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke jaringan dan mengangkut elektron yang menolong proses pembentukan sel. Zat besi paling banyak ditemukan di dalam sel darah merah, di mana disitu merekalah yang membentuk hemoglobin. Hemoglobin la yang menyebabkan Darah berwarna merah. Setiap sel darah merah akan membawa sedikit zat besi supaya sel badan kita dapat menjalankan tugasan masing-masing… Subhanallah… sempurnanya ciptaan Allah kan?

Kekurangan zat besi dalam badan akan menyebabkan kita mengalami gejala berikut:
·         Zat besi mempengaruhi fungsi otak, otak akan lemah, daya ingat dan berpikir akan menurun. Sangat berbahaya bila ini terjadi pada anak-anak.
·         Anemia.

Jumlah zat besi yang diperlukan oleh tubuh kita lebih kurang seperti di bawah:
  • Anak 2-6 tahun 4,7 mg/hari
  • Usia 6-12 tahun 7,8 mg/hari
  • Laki-laki 12-16 tahun 12,1 mg/hari
  • Gadis 12-16 tahun 21,4 mg/hari
  • Laki-laki dewasa 8,5 mg/hari
  • Wanita dewasa usia subur 18,9 mg/hari,
  • Wanita menopause 6,7 mg/hari
  • Wanita menyusui 8,7 mg/hari.
Jadi, dibawah adalah jenis makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi..
  •  Makanan laut – makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi.
Source: Google
  • Hati ( ayam, lembu, kambing) – oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya.
Source: Google
  • KeKacang – kacang seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Kacang soya yang diproses atau dikenali sebagai Tempe juga tinggi kandungan zat besi.
Source: Google
  • Sayuran hijau– sayuran hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan serapan zat besi.
Source: Google
  •  Daging- Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.
Source: Google
 
Pentingkan zat besi?? So kita kene pastikan kita mengambil makanan yang seimbang okey.. Bagi penghidap/pembawa Thalassemia.. sentiasa pastikan mengambil makanan yang tinggi dengan zat besi..
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com