-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Selamat Tinggal Dunia..



Bismillahirrahmanirrahim..........

 

Hasrat hati nak update blog on weekend tak kesampaian… Hari sabtu sibuk menyiapkan gubahan hantaran untuk engagement kakak this coming weekend… (buatkan untuk pihak lelaki dulu, kakak kemudian.. hahaha)

Malam ingat nak update blog, tiba-tiba kakak call ajak gi Melaka sebab nenek saudara we ols (Mok Teh) passed away… So, bergegas bersiap dan heading to Alor Gajah on 8.30pm… Kul 10 malam dah selamat sampai ke Taman Sebang Gemilang, Pulau Sebang, Alor Gajah..

Kebetulan arwah nenek saudara pun just arrived about ½ hour ago from Hospital Melaka.. My mum & family from Teluk Intan pun dah sampai tengahhari tu… Mood memang suram.. Aku hanya mampu sedekahkan yassin kepada arwah.. Moga roh beliau ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman… Amin…

Kul 11 malam anak-anak dah bising nak tidur… First planning nak suruh diorang tidur dalam kereta jer… tapi masing-masing merengek.. Tak nak tidur dalam kereta… Dalam hati tak kan nak check-in kat A’Famosa Resort plak kan?? Rumah mak saudara aku tu lebih kurang rumah aku kat sini jer.. So, memang x muatlah nak tidur sana… anak-anak aku saja dah penuh rumah…. Aduh.. camne nie??

So, aku bukak balik entry aku ke Alor Gajah sebelum nie (entry di sini), dan ambil contact no homestay yang pernah aku duduk dulu… Walaupun internet connection amatlah slow, berjaya jugak mendapatkan contact no tu…  Imagine la camne… kul 12 malam call tanya availability homestay and nak masuk waktu tu jugak.. Nasib baik vacant masa tu.. tapi kesian jugak la, terpaksa la penjaga homestay tu kemaskan tengah-tengah malam.. huhuhuhu…. Aku pun bukan cerewet sangat, asalkan ade tempat untuk anak-anak aku tidur, is more than enough…

So, 12.15 malam we ols bergerak ke homestay. When reach there, diorang tengah mengemas rumah tu… rasa bersalah sangat, tapi penjaga homestay tu sangat sporting.. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka… yang mampu memberikan kerjasama diwaktu-waktu begini…  Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya…

So, next morning bergegas ke rumah mak saudara aku utk menguruskan jenazah… Actually, this is my first time menyediakan kelengkapan untuk mandi jenazah.. Tak pernah plak pergi kursus sebelum nie.. So, aku ambil kesempatan untuk belajar sekali… First time experience menyediakan air kapur barus dan air daun bidara untuk memandikan jenazah.. First time jugak melibatkan diri dalam memandikan jenazah and ambilkan wuduk ke atas jenazah… Alhamdulillah, berjaya melaksanakan dengan bimbingan mereka yang bertanggungjawab… Moga-moga sempurna wuduk itu… Agak kekok ambilkan wuduk ke atas jenazah… Tak sama bila berwuduk untuk sendiri kan… Sebab menguruskan jenazah mestilah dengan penuh lemah lembut dan perlu sangat berhati-hati… Insya-Allah, satu hari nanti kalau Allah beri kesempatan, aku ingin menguruskan sendiri jenazah ibu aku… Moga Allah berikan aku kesempatan itu…  (dalam hati dah niat, lepas ni kene ambil peluang gi belajar / kursus  menguruskan jenazah..)

Alhamdulillah… lepas solat jenazah, arwah Mok Teh selamat dikebumikan.. Semoga Allah tempatkan beliau didalam golongan orang yang beriman.. Amin.. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

 

3 Nukilan Rasa:

  1. takziah.. al-fatihah untuk beliau.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

    BalasPadam
  2. Salam takziah. Lately ni byk sgt org yg meninggal moga miga roh semuanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie