-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cerita Raya- Part 1 (Perlis Indera Kayangan)

Bismillahirrahmanirrahim..........



Hmm…. Tengah cuci sawang kat blog nie.. Maklumlah.. ‘tuan tanah’ balik kampung… Baru start semula bekerja… Sepanjang berada dikampung, memang tersisih dari ‘dunia luar’ la aku… Apa taknyer… Laptop tak bawak balik, handphone plak hilang bateri… Yang tak tahan tu, bateri yang hilang.. bukan handphone… Aduh… Dah la phone antic, susah ler nak dapatkan bateri di kedai-kedai memandangkan taka da yang simpan stok kot… huhuhuhu

Ha… baru la nak bukak citer raya kan.. orang lain dah habis citer raya, aku baru nak bukak citer raya.. hehehe… Aku bertolak balik ke kampung suami pada petang sebelum raya. Bertolak dari Shah Alam kul 4.00 ptg… Jalan sangat clear… kereta banyak tapi tak jem la… Kitorang jer jem… sebab sangat mengantuk.. So berapa kali berhenti untuk berehat dan menyegarkan mata.. huhuhu… Sampai Perlis kul 4 pagi… hahahaha… dasyat kan!!!

Walaupun pukul 4 pagi baru sampai, we all still sambut raya cam biasa.. Apa yang tak biasa, ketiadaan ibu mertua ku yang telah meninggalkan kami pada April yang lepas… So, tak terasa kemeriahan sangat… tiada lagi kelibat ibu mertuaku di dapur menyediakan Laksa seperti biasa… Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau… Amin..

So, raya pertama dan kedua dipenuhi dengan kunjungan ke rumah saudara mara sebelah suami di samping mengunjungi pusara arwah ayah dan ibu mertua..Sambutan tak semeriah biasa.. sebab kehilangan ibu mertua masih amat terasa....

Gambar di pagi raya- Nasib baik sempat siap baru anak-anak ( 4 hari nak raya baru start jahit.. hehe..)

'Hero' Kami
 Beraya bersama-sama nenek & bapa saudara..

 Bulat tak mata saya???

Habis cerita raya di Perlis... Next, cerita raya di Kelantan Darul Naim.....

Bersambung.................

 
 

2 Nukilan Rasa:

  1. Haihhh...budak comey tu. Esok awak kena buli dengan kakak2 taw...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Aina.. Dia dah pandai melawan sekarang nie...

      Padam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie