-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Wordless



Bismillahirrahmanirrahim..........

 

Aduh.. banyak citer nak share.. tapi x sempat nak update.. Time fully occupied… Hopefully next week will turn to normal… Dah rindu nak blogwalking gak nie…. Kawan-kawan yang sudi singgah, sila tinggal jejak yer..

Comel Kan??



Bismillahirrahmanirrahim..........

 Comel kan GA nie.. Klik Sini untuk join

Sambutan Aidilfitri 2013- Trisystems Group of Companies

Bismillahirrahmanirrahim..........


Majlis Rumah Terbuka Trisystems tahun nie berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong.. Biasanya every year just buat kat HQ office which is in my personal opinion and personal preference, aku lebih suke la… tapi this year boss nak ambik mood raya kot.. so event berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong…

Tema tahun nie ‘makan nasi arab’.  Hahahaha.. kenapa aku cakap camtu? Sebab masa event buka pose pun makan nasi arab jugak… So, this year tak dek kambing golek ar..  Anyway, majlis berlangsung dengan jayanyer… Jom layan gambar 2-3 keping yang sempat aku snap..

Antara sajian yang terhidang.. Char Kuey Teow
 Antara sajian sampingan- 'Pot Luck Concept' from every floor
 Sajian Nasi Arab dari Sahara Tent- Plaza Masalam Seksyen 9, Shah Alam
Seronok 'melayan' makanan...




Sesi karaoke pun ada..


and my big family with fan... hehehe...






Happy Birthday Kakak- 9 years old

Bismillahirrahmanirrahim..........


Entry tertunggak…  Cam sibuk sangat kan sampai taksempat nak update story nie.. huhuhu.. Kuabadikan kenangan ini untuk anak sulung kami- Nur Qistina Wafa sempena ulangtahun kelahirannya pada 18 August yang lepas.. Happy Besday Sayang.. Semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan agama, negara dan kami semua…
Alkisah sambutan besday nie sebenarnya unplanned… Dia memang tunggu untuk celebrate besday.. Tapi kami tak ler plan nak sambut besar-besaran.. biasanya potong kek kami  anak beranak jer… Since dia nak ajak kawan-kawan, aku ingat nak buat open house terus.. tapi  keletihan balik dari kampung pun x habis lagi, so cakap kat cik abang tak jadilah nak buat open house… So, tak dek la planning nak ajak makan-makan kat rumah…  Sehari sebelum besday, dia kata nak potong kek.. Kek nak mama buat sendiri.. Biasanya dia mintak beli jer.. this year nak suruh mama buat sendiri la.. aduh!! Disebabkan bahan-bahan memang dah sedia ada dirumah, so aku ok jer la…
Pastu dia kata nak ajak kawan-kawan dia datang makan..  Hmmm… oklah.. so aku masak ala kadar jer la… setakat termampu.. Yang penting time raya so kenelah hidangkan kuih raya.. Alhamdulillah… tercepai jugak hajat dia nak panggil kawan-kawan datang makan sempena birthday dia… Jom layan gambar sekitar sambutan besday dia…

 Kek besday hasil tangan mama- tema sesuka hati.. hehehe
 Coklat Chip Cup Cake- Juga hasil tangan mama..
 Posing time... sebelum kawan-kawan datang..


 Get ready nak potong kek..




 Selesai sudah... puas hati...

Set Budget (Set Kesuburan Minimum Shaklee)

Bismillahirrahmanirrahim..........






Ingin menimang cahaya mata memang impian semua insan yang berumahtangga.. Tapi kadang-kadang kita merancang, Allah juga yang menentukan.. Tapi, kita sentiasa digalakkan agar berusaha.. Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan mendapat cahaya mata.. Salah satunya kurang subur. Kurangnya kesuburan bukan hanya pada wanita, tetapi juga kepada lelaki.. Sebab itu set kesuburan yang ditawarkan oleh Shaklee merangkumi untuk wanita dan juga lelaki…
 Aku nak kongsikan ini merupakan set minimum untuk set kesuburan. Yang mempunyai kekangan kewangan, boleh cuba consume set ni yer…Kita BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKAL.. Insya-Allah.. Allah akan memakbulkan doa dari hambaNya.. 
 So, aku kongsikan secara ringkas set yang paling minimum untuk kesuburan. Tapi ingat,  pengambilan set asas (Vitamin B complex, Vitamin C dan Vitalea aka Multivitamin) sangat membantu juga dalam memastikan kesihatan badan yang optimum! Kalau badan sihat, Insya-Allah… vitamin pun senang diserapkan dan benefit cepat dirasai..
 

Bagi yang mempunyai kekangan kewangan, Insya-Allah aku boleh bagi harga special.. Kerana tujuan aku adalah untuk berkongsi sesuatu yang baik untuk aku, dan moga baik juga untuk mereka diluar sana ..



Set Asas untuk Darah Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim..........

Jom kawal darah tinggi sekiranya anda pengidap darah tinggi.. Insya-Allah, Supplement dari Shaklee ini boleh membantu anda..


Cerita Duit Raya- Bila dah Kaya

Bismillahirrahmanirrahim..........
 

Dia      : Mama, duit raya adik kan banyak
Aku     : Iye. Nak buat ape?
Dia      : Adik nak beli handphone
Aku     : Nak beli handphone nak buat ape?
Dia      : Nak main game.
Aku     : Ala… nanti adik dah besar, dah keje adik beli ler… Duit raya ni mama simpan dalam bank untuk masuk university ok..
Dia      : Okla…

Selepas beberapa hari…

Dia      : Mama.. adik kan kaya.. banyak duit
Aku     : Iye.. adik nak buat ape duit tu?
Dia      : Hmm… adik nak beli pampers, susu, biskut, sabun, handphone… Adik kan kaya
Aku     : ???

p/s: Handphone jugak yang dia fikir.. tapi benda lain yang dia nak beli adalah keperluan asas.. Aduhai anakku… 

p/s: agak-agak mama saya belikan tak handphone untuk saya??? 


Selamat Tinggal Dunia..



Bismillahirrahmanirrahim..........

 

Hasrat hati nak update blog on weekend tak kesampaian… Hari sabtu sibuk menyiapkan gubahan hantaran untuk engagement kakak this coming weekend… (buatkan untuk pihak lelaki dulu, kakak kemudian.. hahaha)

Malam ingat nak update blog, tiba-tiba kakak call ajak gi Melaka sebab nenek saudara we ols (Mok Teh) passed away… So, bergegas bersiap dan heading to Alor Gajah on 8.30pm… Kul 10 malam dah selamat sampai ke Taman Sebang Gemilang, Pulau Sebang, Alor Gajah..

Kebetulan arwah nenek saudara pun just arrived about ½ hour ago from Hospital Melaka.. My mum & family from Teluk Intan pun dah sampai tengahhari tu… Mood memang suram.. Aku hanya mampu sedekahkan yassin kepada arwah.. Moga roh beliau ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman… Amin…

Kul 11 malam anak-anak dah bising nak tidur… First planning nak suruh diorang tidur dalam kereta jer… tapi masing-masing merengek.. Tak nak tidur dalam kereta… Dalam hati tak kan nak check-in kat A’Famosa Resort plak kan?? Rumah mak saudara aku tu lebih kurang rumah aku kat sini jer.. So, memang x muatlah nak tidur sana… anak-anak aku saja dah penuh rumah…. Aduh.. camne nie??

So, aku bukak balik entry aku ke Alor Gajah sebelum nie (entry di sini), dan ambil contact no homestay yang pernah aku duduk dulu… Walaupun internet connection amatlah slow, berjaya jugak mendapatkan contact no tu…  Imagine la camne… kul 12 malam call tanya availability homestay and nak masuk waktu tu jugak.. Nasib baik vacant masa tu.. tapi kesian jugak la, terpaksa la penjaga homestay tu kemaskan tengah-tengah malam.. huhuhuhu…. Aku pun bukan cerewet sangat, asalkan ade tempat untuk anak-anak aku tidur, is more than enough…

So, 12.15 malam we ols bergerak ke homestay. When reach there, diorang tengah mengemas rumah tu… rasa bersalah sangat, tapi penjaga homestay tu sangat sporting.. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka… yang mampu memberikan kerjasama diwaktu-waktu begini…  Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya…

So, next morning bergegas ke rumah mak saudara aku utk menguruskan jenazah… Actually, this is my first time menyediakan kelengkapan untuk mandi jenazah.. Tak pernah plak pergi kursus sebelum nie.. So, aku ambil kesempatan untuk belajar sekali… First time experience menyediakan air kapur barus dan air daun bidara untuk memandikan jenazah.. First time jugak melibatkan diri dalam memandikan jenazah and ambilkan wuduk ke atas jenazah… Alhamdulillah, berjaya melaksanakan dengan bimbingan mereka yang bertanggungjawab… Moga-moga sempurna wuduk itu… Agak kekok ambilkan wuduk ke atas jenazah… Tak sama bila berwuduk untuk sendiri kan… Sebab menguruskan jenazah mestilah dengan penuh lemah lembut dan perlu sangat berhati-hati… Insya-Allah, satu hari nanti kalau Allah beri kesempatan, aku ingin menguruskan sendiri jenazah ibu aku… Moga Allah berikan aku kesempatan itu…  (dalam hati dah niat, lepas ni kene ambil peluang gi belajar / kursus  menguruskan jenazah..)

Alhamdulillah… lepas solat jenazah, arwah Mok Teh selamat dikebumikan.. Semoga Allah tempatkan beliau didalam golongan orang yang beriman.. Amin.. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

 
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie