-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Penyusuan Ibu yang Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah... Hari ni Syafiq cukup 9 bulan.. Perjalanan menyusukan Syafiq ada naik dan turun tapi setakat ini tidaklah mencabar cam masa menyusukan Husna.. Walaupun masa mengepam di office amat limited i.e 2 kali sehari, tapi Allah masih memberikan rezeki susu Syafiq yang melimpah ruah.. Alhamdulillah... Jom share tips penyusuan ibu yang berjaya.

1. Menyusukan sebaik sahaja dilahirkan
 Memandangkan aku bersalin di SALAM seksyen 19, Shah Alam, aku memang inform doktor dan juga nurse yang aku nak full breastfeeding. Alhamdulillah, seawal 2 jam kelahiran aku telah bed-in dengan Syafiq dan dia telah berjaya menikmati susu awal ibu :)

2. Jangan Hadkan Tempoh Penyusuan
Yang ni paling penting.. Dalam pantang memang baby kerap minum.. So as a mother, memang akan terasa letih.. so ambil peluang untuk tidur when baby tidur... Tapi kelahiran Syafiq aku ambil set bersalin Shaklee.. Kurang terasa keletihan dan yang paling penting, luka cepat sembuh...

3. Pastikan Bayi Menyusu dengan Betul
Ha.. untuk ibu2 muda, kadang-kadang ni yang menjadi masalah.. Sebab baby tak menyusu dengan betul. So akan menyebabkan kelukaan pada nipple dan juga rasa susu tak banyak. Jangan silap yer.. sebab susu ibu sentiasa cukup seiring dengan keperluan baby..

4. AWAS! Jangan bagi susu formula
Ni yang selalu orang silap.. Sebab ingatkan susu tak cukup so terus bagi baby susu formula... Baby bila dah start minum susu dalam botol, mulalah malas nak menyusu badan.. Sebab susu botol ni senang. Tak payah susah-susah nak sedut, memang free flow jer ..... Kene selalu ingat konsep 'SUPPLY & DEMAND' Semakin tinggi demand dari bayi, semakin banyak susu yang akan dihasilkan.. Sebab itu ibu bekerja disarankan sentiasa mengosongkan b****t setiap dua jam kalau nak maintain milk supply

5. Susu Ibu Adalah yang terbaik untuk bayi
Sentiasa ingat, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita.. Walaupun susu formula diwar-warkan penuh dengan DHA, whatsover.. tapi ingatlah.. tu semua DHA 'berkaki empat'.. Mana sama dengan DHA dari susu ibu sendiri.. Susu ibu mengandungi nutrisi yang paling sempurna dan mampu meningkatkan antibodi bayi yang baru lahir....

6  Sentiasa Positif, Tenang dan Istiqamah
Selain usaha yang kita ada, sentiasalah berfikiran positif yang susu ibu mencukupi untuk bayi kita dan jangan lupa DOA banyak-banyak moga Allah permudahkan perjalanan kita menyusukan anak kita. Insya-Allah.. segala urusan kita akan permudahkan..

Dan bagi aku, supplement tu memainkan peranan penting jugak sebab pemakanan kita bukan selalu seimbang.. Sekurang-kurangnya pengambilan supplement boleh membuatkan kita terasa lebih segar dan badan mendapat nutrisi yang sepatutnya.. Jadi penghasilan susu ibu juga lebih banyak dan berkualiti!!

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Alhamdulillah.. aku masih mampu memenuhi permintaan susu Syafiq dan masih mampu menambah stok EBM... Terima Kasih Allah... Dan yang penting, aku tak pernah lupa untuk berusaha memastikan aku sentiasa sihat!!

Stok count sebelum Ramadhan.. Alhamdulillah.
 Camni la rupanya stok EBM yang aku simpan dalam DF.. Senang nak ambik ikut bulan..
 Permata Hati Mama.. Dah cukup 9 bulan hari nie... :)

So, kalau berminat nak tahu apa set breastfeeding yang aku ambil, boleh refer sini


0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie