Kalau pergi KK, memang aku tak lupa untuk membeli rumpai laut yang telah dikeringkan. So, kalau teringin nak makan kerabu yang simple dan sedap, memang aku akan buat kerabu rumpai laut jer.
KERABU RUMPAI LAUT
Bahan-Bahan
Sedikit Rumpai Laut kering- direndam sehingga kembang (dalam 1/2 jam cukup)
Sebiji bawang besar- dimayang halus
6~7 biji cili api- diracik halus
3 batang serai- diracik halus
Sebiji tomato- dihiris halus
Sebiji Mangga Muda- diracik halus
3 batang kacang panjang- dihiris halus
Sebiji Limau Nipis- diambil air sahaja
Cara-Cara
Gaul semua bahan tersebut dan tambahkan sedikit garam dan gula. Nak guna sos ikan pun ok.. Sedap dinikmati bersama nasi panas...
Tips:
Rumpai laut jangan direndam lama sebab nanti hilang rasa rangup dia..


0 Nukilan Rasa:
Catat Ulasan
Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)