-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Berbuka dengan Homemade Steamboat.

Bismillahirrahmanirrahim..........
Alhamdulillah... teringin sangat nak makan steamboat... lepas dapat persetujuan cik Hubby, so.. our iftar with steamboat!!! Kuah apa?? mestilah tomyam instead of sup....

Dok cari jugak seafood, tapi x jumpa yang segar.. so makan steamboat segala jenis 'ball' jer la...

crab stick, fish cake,prawn, hot dog, enoki mushroom
 Sayur... Siew Pak Choy
 Prawn Ball, Cuttlefish Ball, Fish Ball, Vegie Ball
 Instant Noodle
 Tom Yam Soup.

Ada satu lagi yang aku lupa nak snap iaitu homemade sos cili.... Iftar yang simple tapi cukup menggembirakan anak-anak.... :)

OK.. jom tgk resepi tom yam untuk steamboat....

Tom Yam Soup
4 ketul tom yam pes (Aku guna Knorr)
2 btg serai dititik
3 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Semua bahan direbus sehingga mendidih..
2. Masukkan sedikit garam kalau suka (aku x letak garam.. sebab nanti bila rebus bahan-bahan steamboat tu, dah cukup rasa....).
3. Bila dah mendidih , keluarkan serai dan daun limau purut...
4. Sedia untuk dinikmati...

Sos Cili
15 tangkai cili kering (blender sampai hancur)
2 ulas bawang putih (dititik)
sedikit cuka atau air asam jawa
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
1. Renihkan semua bahan tersebut sehingga pekat.
* sos ni juga sedap dimakan bersama popia dan tauhu sumbat...

5 Nukilan Rasa:

  1. wow...menarik betul. mesti berselera berbuka nih.

    singgah sini dan dah follow tau.

    BalasPadam
  2. Sekali sekala tukar selera... memang terbaik... :)

    BalasPadam
  3. nak buat gak la kat rumah mak nanti.eehehhe

    BalasPadam
  4. Sedapnya. Puas makan kalau buat sendiri ^^

    BalasPadam
  5. Boleh try buat sendiri key.... boleh makan sampai puas.. cam buffet gitu :)

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie