-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ramadhan Give Away

CLOSED

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sempena kehadiran Ramadhan & juga Nuzul Al-Quran ni, aku dengan berbesar hatinya 'organized' Give away untuk rakan-rakan semua.. Jom join...


GIVE AWAY
Kain Pasang- Batik Canting berharga rm130

 Saguhati untuk 5 orang
Top referral akan menerima surprise present!

??
 

Nak dapatkan give away nie??Jom tgk syarat-syaratnyer...
1. WAJIB follow blog ni
2-  Linkkan GA to you ols punya blog atau fb. Tajuk :- Ramadhan Give Away
3- Tinggalkan link you ols di ruangan comment

TEMPOH
Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

PEMILIHAN PEMENANG
Secara cabutan bertuah.


Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera



Bismillahirrahmanirrahim..........


 Jom rapatkan ukhuwah dengan join segmen ni.. Moga-moga kita bertambah kenalan dan boleh merapatkan silaturrahim... Kan seronok kalau ade kawan di merata tempat?? Selain menambah kenalan, kita juga berpeluang mendapat top-up RM5 :)

Apa syarat-syaratnyer??

 Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.-Done
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"-Done
3. Copy coding yang disediakan di bawah.- Tak sure coding yang mana :(
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)- Done
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.- Lepas ni yer..

Jom la join sama... KLIK SINI






Pencarian Bloglist Munirah Rahman


Bismillahirrahmanirrahim..........

Walaupun dah lama ber'blogger', tapi aku bukanlah blogger yang sangat rajin membuat entry-entry baru.. Apalagi join GA especially yang letak syarat ketat-ketat.. malasnyer.. Tapi seronok bertemu dengan rakan-rakan baru melalui blog.. mengenali rakan-rakan melalui tulisan.. bahagia :)

Sebab itu aku join segmen nie.... Segmen ni dianjurkan oleh tuan tanah Munirah Rahman..

Semoga kami dapat berkongsi cerita di masa hadapan... Jom la join... Berminat untuk join boleh KLIK SINI


Berbuka dengan Homemade Steamboat.

Bismillahirrahmanirrahim..........
Alhamdulillah... teringin sangat nak makan steamboat... lepas dapat persetujuan cik Hubby, so.. our iftar with steamboat!!! Kuah apa?? mestilah tomyam instead of sup....

Dok cari jugak seafood, tapi x jumpa yang segar.. so makan steamboat segala jenis 'ball' jer la...

crab stick, fish cake,prawn, hot dog, enoki mushroom
 Sayur... Siew Pak Choy
 Prawn Ball, Cuttlefish Ball, Fish Ball, Vegie Ball
 Instant Noodle
 Tom Yam Soup.

Ada satu lagi yang aku lupa nak snap iaitu homemade sos cili.... Iftar yang simple tapi cukup menggembirakan anak-anak.... :)

OK.. jom tgk resepi tom yam untuk steamboat....

Tom Yam Soup
4 ketul tom yam pes (Aku guna Knorr)
2 btg serai dititik
3 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Semua bahan direbus sehingga mendidih..
2. Masukkan sedikit garam kalau suka (aku x letak garam.. sebab nanti bila rebus bahan-bahan steamboat tu, dah cukup rasa....).
3. Bila dah mendidih , keluarkan serai dan daun limau purut...
4. Sedia untuk dinikmati...

Sos Cili
15 tangkai cili kering (blender sampai hancur)
2 ulas bawang putih (dititik)
sedikit cuka atau air asam jawa
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
1. Renihkan semua bahan tersebut sehingga pekat.
* sos ni juga sedap dimakan bersama popia dan tauhu sumbat...

Bulan yang cantik

Bismillahirrahmanirrahim..........

Gambar ni diambil pada 16 Ramadan... Walaupun menggunakan camera kecik aku tu. still boleh capture gambar bulan yang sangat cantik dan terang ini.. Subhanallah.....

Normal view... Terangkan....

 Gambar yang di'zoom'.... walaupun blurr... tapi aku suke!!


Ramadhan Tahun Ini

Bismillahirrahmanirrahim..........

Tiap kali Ramadhan menjelma, aku sentiasa memastikan aku renew AZAM aku.. Biasanya org renew awal tahun, tapi bagi aku, AZAM baru aku bermula dari Ramadhan.. Kenapa?? Entah.. mungkin bulan ni membuatkan kita menginsafi diri.. Dan pastinya.. lebih ramai yang ingin menjadi lebih baik dari semalam..

Mungkin agak terlewat, namun.. ku mohon ampun dan maaf buat mereka yng mengenali diri aku samada di alam maya ataupun personally...

Hmm... terdetik dihati nak buat GA.. tapi ade ke yang nak join????

Seperti air yang mengalir tanpa henti, ku pohon taufik & hidayahNya agar sentiasa mengalir dihatiku...

Pulau Manukan, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim..........

Pagi ni teringat plak masa gi Pulau Manukan.. Dan terasa perlu bercuti... Take a break and go for sight-seeing.. Kalau dapat gi snorkelling pun best gak...  Masa pergi Pulau Manukan tempohari, tak berkesempatan nak snorkelling.. sebab time limitation. Sekadar mengabdikan kenangan di Pulau Manukan..

Kami bergerak menggunakan speed boat from Sutera Harbour, Kota Kinabalu.. Menggunakan service dari Sea Quest.. Untuk ke sana, we all kene bayar RM50 per pax.. untuk single island, kalau 2 island rm65.. Tapi kalau berkesempatan, banyak aktiviti yang boleh dijalankan...

Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti Parasailing, Banana Boat, Jet Ski, Fly Fish Rides, Scuba-Doo Rides, Sea Walking, Kong Boat, Caneoing and of course Snorkelling... Untuk aktiviti camtu, tak la mahal sangat.. Package dia dalam RM50 to RM300 per person.. Agak munasabah untuk pencinta alam..

Dah lama aku tak buat aktiviti laut camtu... Insya-Allah... Moga-moga suatu hari nanti aku boleh bawak family jalan-jalan ke sini... Tapi kene plan betul-betullah.. Kalau trip aku menjelajah Sabah berjaya bulan September ni, bolehlah bawak family plak kan!!


Enjoy our boat ride

Di jeti Pulau Manukan
 Manukan Island



 My favourite photos.. hehehe



GLA Complex- Mengatasi Masalah Haid Tak Teratur & Sukar Hamil

Bismillahirrahmanirrahim..........



Sedihkan kalau dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..  Sebab setiap perkahwinan mesti nak ada cahaya mata buat pengubat sepi.. Tapi kadang-kadang masalah haid yang tak menentu menyukarkan perjalanan kita untuk mendapat cahaya mata..

Jadi tak salah untuk kita berusaha semoga Allah mengurniakan cahaya mata untuk kita.. Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal... Untuk mengatasi masalah haid tak teratur, boleh cuba GLA Complex.. Apa itu GLA Complex??

GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Apa kebaikan GLA??

Insya-Allah... selain dari itu, pengambilan GLA juga boleh memberikan kita kulit yang lebih cantik dan berseri!!!



Terima Kasih Allah for our BIG Family!!


Set Slimming Shaklee- Khas Untuk Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim..........


Alhamdulillah... Ibu-ibu yang masih menyusu pasti mahu terus menyusukan bayi masing-masing.. Sebab pahala yang Allah janjikan amat besar untuk ibu-ibu yang menyusu.. Setiap titis air susu yang anak kita minum, ada ganjaran pahala yang Allah janjikan...

Pastilah. bila menyusu ibu-ibu cenderung untuk berasa lebih lapar.. Kalau tak control, memang 'boyak' la kan!! Tapi di Shaklee, set slimming bagi ibu menyusu boleh membantu.. Disamping boleh keep fit, ia juga selamat utk bayi dan pada masa yang sama, menjadikan susu ibu lebih berkualiti...

Awas yer. kalau kita drastically on diet sebab nak kurus and at the same time menyusukan bayi, sisa-sisa toksik dalam badan kita akan disalurkan ke air susu ibu... So, indirectly bayi kita akan minum susu yang mengandungi 'toksik' tersebut..

Kerana itu.. jomlah ambil supplement yg natural untuk kesihatan kita & bayi... Set Slimming Shaklee terdiri daripada....

1. Lecithin- untuk membakar lemak

2. Alfafa Complex- Untuk detox dan merangsang penghasilan susu ibu yang lebih banyak

3. ESP- Untuk membekalkan tenaga dan penghasilan susu yang lebih berkualiti.


Berminat untuk mendapatkan dengan harga special boleh hubungi saya atau dapatkan dengan harga member di cawangan Shaklee dengan menggunakan ID Saya...





Nak Kurus & Sihat?- Set Slimming Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........

Seronok tak kalau kita sihat & kurus??? Kalau sepakat kurus tapi tak sihat tak best jugak kan?? Kadang-kadang kita nak kurus dengan cepat sampai ber'diet' secara yang salah... Tak bagus ler camtu.. Dengan Shaklee pun kita boleh shape-up with natural way.. Bukan maksudnya boleh kurus terus makan set sliming ni.. tapi supplement shaklee nie membantu menyingkirkan benda-benda dalam badan yang menyebabkan kita tak kurus... So, apa yang ada dalam set shape-up Shaklee??

Nak kurus & sihat kenelah melalui 3 proses.. Apa proses dia??

1. Bakar Lemak

 Pilihan yang ada lecithin or Omega Guard. Both berfungsi membakar lemak. Cuma dari segi keberkesanan, Omega lebih pantas bertindak...

2. Detox
 Lepas bakar lemak, badan kita kene detox lla segala kekotoran tu kan.. Barulah boleh rasa badan lebih ringan dan sihat... So, bila detox process.. pastikan minum air banyak yer.. barulah usus tu boleh bersih dan ready untuk penyerapan nutrien yang lebih optimum!!

3. Shape-up/ Toning
 Ni penting!! Bila dah kurus.. kita tak nak la body kita lembik.. menggelebar... So, kene pastikan otot kita dibina.. Apa beza Cinch ngan ESP?? Cinch memang untuk pembentukan otat manakala ESP adalah susu soya berprotein tinggi..

Apa yang patut anda pilih??? Bergantung pada masing-masing ok.. Jom! Hidup sihat dan Ceria ;)



Resepi Ayam Percik Simple

Bismillahirrahmanirrahim..........

Semalam sempat juga aku buat ayam percik... Kalau malas tapi terasa nak makan lauk yang best sikit, bolehlah try ayam percik nie.. Simple jer...



AYAM PERCIK SIMPLE

Bahan-Bahan
~Untuk Ayam Bakar
2 ketul ayam yang dipotong 4- bahagian paha memang terbaik

~Untuk Kuah Percik
Santan pekat dari sebiji kelapa
1 inci kunyit hidup*dikisar
sebiji bawang besar*dikisar
3 batang serai*dikisar
sedikit asam keping
Garam & Gula untuk perasa

Cara-Cara
1. Ayam disalut dengan kunyit dan garam dan dibakar (aku guna pemanggang ajaib AVON)
2. Ayam dibakar sehingga masak

sambil tu... sediakan kuah percik

1. Satukan santan dengan dahan yang dikisar
2. Masukkan asam keping dan dimasak atas api kecil sampai pekat
3. Rasakan dengan garam dan gula (Kuah kene ada rasa masin, manis dan masam)

Percikkan ayam

1. Bila ayam dah masak, curahkan kuah percik sambil dibakar..
2. Ulang process 2~3 kali sehingga kuah melekat diayam tersebut.
3. Nikmati ketika panas, memang terbaik...



Kerabu Rumpai Laut

Bismillahirrahmanirrahim..........

Kalau pergi KK, memang aku tak lupa untuk membeli rumpai laut yang telah dikeringkan. So, kalau teringin nak makan kerabu yang simple dan sedap, memang aku akan buat kerabu rumpai laut jer.


KERABU RUMPAI LAUT

Bahan-Bahan
Sedikit Rumpai Laut kering- direndam sehingga kembang (dalam 1/2 jam cukup)
Sebiji bawang besar- dimayang halus
6~7 biji cili api- diracik halus
3 batang serai- diracik halus
Sebiji tomato- dihiris halus
Sebiji Mangga Muda- diracik halus
3 batang kacang panjang- dihiris halus
Sebiji Limau Nipis- diambil air sahaja

Cara-Cara
Gaul semua bahan tersebut dan tambahkan sedikit garam dan gula. Nak guna sos ikan pun ok.. Sedap dinikmati bersama nasi panas...

Tips:
Rumpai laut jangan direndam lama sebab nanti hilang rasa rangup dia..



 

Buah Melaka- Juadah Berbuka

Bismillahirrahmanirrahim..........

Buah Melaka memang dah wajib dijadikan juadah berbuka setiap kali Ramadhan menjelma dirumah kami... Memang permintaan suami tersayang... So, sempat la jugak aku membuatnya. Lagipun buah melaka memang simple jer kan...


Resepi Buah Melaka

Bahan-Bahan
1 Paket tepung pulut
sedikit air
sedikit pes daun pandan atau pewarna hijau
Gula Kabung- dipotong kecil-kecil
Sedikit kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-Cara
1. Gaul tepung pulut dengan pes daun pandan dan sedikit air sampai menjadi doh
2. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
3. Bulatkan doh dan masukkan gula kabung yang dipotong
4. Masukkan kedalam air yang mendidih. Bila sudah masak,  ia akan timbul
5. Bila sudah timbul, toskan dan salutkan dengan kelapa parut
6. Boleh dihidangkan



Set Kehamilan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..........

Semasa kita hamil, amatlah penting untuk kita memastikan kita sihat supaya baby yang di dalam kandungan kita juga sihat dan mendapat khasiat secukupnya untuk pembesaran yang optimum. Semasa kehamilan, supplement Shaklee amat elok diambil... Set kehamilan Shaklee ada dua bergantung pada usia kandungan..


Apa yang ada dalam set kehamilan Shaklee??

1) Trimester Pertama ( 1~ 3 Bulan)  
* B-Complex  -Membekalkan semua khasiat vitamin B yang penting untuk membantu penyerapan asid folic
*Osteomatrix  - Supplement Kalsium yang terbukti secara scientific untuk penyerapan yang lebih baik dan kapsul yang senang ditelan.
* VitaLea         - Multivitamin untuk kesihatan optimum
* Vita C           - Meningkatkan sistem pertahanan badan supaya ibu sentiasa sihat
* ESP              - Protein rendah lemak yang bukan GMO, dan mengandungi kesemua asid amino yang penting



2) Trimester Kedua ( 4~ 9 Bulan)
* B-Complex -Membekalkan semua khasiat vitamin B yang penting untuk membantu penyerapan asid folic
*Osteomatrix- Supplement Kalsium yang terbukti secara scientific untuk penyerapan yang lebih baik dan kapsul yang senang ditelan.
* VitaLea        - Multivitamin untuk kesihatan optimum
* Vita C          - Meningkatkan sistem pertahanan badan supaya ibu sentiasa sihat
* ESP             - Protein rendah lemak yang bukan GMO, dan mengandungi kesemua asid amino yang penting
* Omega Guard- Omega 3 bergred tinggi yang selamat dimakan. Penting dalam membantu pembentukan otak bayi dan membantu mengawal paras kolesterol ibu.

Pasti semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.. Untuk dapatkan set nie, boleh contact saya :)



Tips Penyusuan Ibu yang Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah... Hari ni Syafiq cukup 9 bulan.. Perjalanan menyusukan Syafiq ada naik dan turun tapi setakat ini tidaklah mencabar cam masa menyusukan Husna.. Walaupun masa mengepam di office amat limited i.e 2 kali sehari, tapi Allah masih memberikan rezeki susu Syafiq yang melimpah ruah.. Alhamdulillah... Jom share tips penyusuan ibu yang berjaya.

1. Menyusukan sebaik sahaja dilahirkan
 Memandangkan aku bersalin di SALAM seksyen 19, Shah Alam, aku memang inform doktor dan juga nurse yang aku nak full breastfeeding. Alhamdulillah, seawal 2 jam kelahiran aku telah bed-in dengan Syafiq dan dia telah berjaya menikmati susu awal ibu :)

2. Jangan Hadkan Tempoh Penyusuan
Yang ni paling penting.. Dalam pantang memang baby kerap minum.. So as a mother, memang akan terasa letih.. so ambil peluang untuk tidur when baby tidur... Tapi kelahiran Syafiq aku ambil set bersalin Shaklee.. Kurang terasa keletihan dan yang paling penting, luka cepat sembuh...

3. Pastikan Bayi Menyusu dengan Betul
Ha.. untuk ibu2 muda, kadang-kadang ni yang menjadi masalah.. Sebab baby tak menyusu dengan betul. So akan menyebabkan kelukaan pada nipple dan juga rasa susu tak banyak. Jangan silap yer.. sebab susu ibu sentiasa cukup seiring dengan keperluan baby..

4. AWAS! Jangan bagi susu formula
Ni yang selalu orang silap.. Sebab ingatkan susu tak cukup so terus bagi baby susu formula... Baby bila dah start minum susu dalam botol, mulalah malas nak menyusu badan.. Sebab susu botol ni senang. Tak payah susah-susah nak sedut, memang free flow jer ..... Kene selalu ingat konsep 'SUPPLY & DEMAND' Semakin tinggi demand dari bayi, semakin banyak susu yang akan dihasilkan.. Sebab itu ibu bekerja disarankan sentiasa mengosongkan b****t setiap dua jam kalau nak maintain milk supply

5. Susu Ibu Adalah yang terbaik untuk bayi
Sentiasa ingat, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita.. Walaupun susu formula diwar-warkan penuh dengan DHA, whatsover.. tapi ingatlah.. tu semua DHA 'berkaki empat'.. Mana sama dengan DHA dari susu ibu sendiri.. Susu ibu mengandungi nutrisi yang paling sempurna dan mampu meningkatkan antibodi bayi yang baru lahir....

6  Sentiasa Positif, Tenang dan Istiqamah
Selain usaha yang kita ada, sentiasalah berfikiran positif yang susu ibu mencukupi untuk bayi kita dan jangan lupa DOA banyak-banyak moga Allah permudahkan perjalanan kita menyusukan anak kita. Insya-Allah.. segala urusan kita akan permudahkan..

Dan bagi aku, supplement tu memainkan peranan penting jugak sebab pemakanan kita bukan selalu seimbang.. Sekurang-kurangnya pengambilan supplement boleh membuatkan kita terasa lebih segar dan badan mendapat nutrisi yang sepatutnya.. Jadi penghasilan susu ibu juga lebih banyak dan berkualiti!!

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Alhamdulillah.. aku masih mampu memenuhi permintaan susu Syafiq dan masih mampu menambah stok EBM... Terima Kasih Allah... Dan yang penting, aku tak pernah lupa untuk berusaha memastikan aku sentiasa sihat!!

Stok count sebelum Ramadhan.. Alhamdulillah.
 Camni la rupanya stok EBM yang aku simpan dalam DF.. Senang nak ambik ikut bulan..
 Permata Hati Mama.. Dah cukup 9 bulan hari nie... :)

So, kalau berminat nak tahu apa set breastfeeding yang aku ambil, boleh refer sini


Doa Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim..........

Jom amalkan!! Moga rezeki kita dimurahkan dan diberkati...

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie