-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Taman Negara-Pahang (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim....


 Jom sambung cerita.. Tapi masih di hari pertama yer... Masih banyak cerita yang nak diabadikan.. Jangan jemu yer... BTW.. sebelum sambung cerita, nak bagitau ler selingan sikit.. EBM aku tengah drop skrg nie.. So actually agak risau sebab aktiviti kat sini sangat padat... Nak buat EBM pun masa sangat terhad... Tapi tu nanti aku buat entry lain yer... Sekarang fokus dulu kat Taman Negara..

Lepas siap buat project utk stok EBM, aku mandi and solat.. Jamak jer.. sebab aktiviti mesti sampai almost maghrib.. So, kelewatan lagi sampai ke tapak telematch.. Nak buat camne, limited time, banyak benda nak kene buat.. hehehe

Telematch petang tu, we all dibahagikan kepada 6 group. Satu group akan ade 10 to 12 members. Antara aktiviti petang tu, sambut belon dengan kain pelikat, Passing belon, bowling kelapa dan tarik tali.. Dah lama tak exercise ni.. badan pun rasa berat.. but we have fun and enjoys.. Jom layan gambar masa telematch..

Sambut belon dengan kain pelikat

Bowling kelapa
 Passing belon air

 Tarik Tali
 Inilah kumpulan aku- Tempat ketiga..
Habis telematch, terus gi dinner and go back to chalet. Lepas solat Maghrib terus get ready for Night Jungle Walk. Night Jungle Walk ni actually tujuannya untuk melihat haiwan and serangga yang keluar waktu malam untuk mencari makan.. Ni la antara gambar2 yang aku snap.. Paling best dapat tgk tongkang.. Tapi x leh nak ambik gambar sebab ia sayup di atas pokok (kalau pakai DSLR mesti dapat snap gambar kan?)

Inilah rupa serangga yang aku sempat snap... Nama tak berapa nak ingat dah....















Habis Jungle Night Walk dah kul 11malam.. Aku ngan group lepak jap sambil bukak hamper yang dapat... Then bersurai untuk tido.. Esok full day penuh dengan aktiviti.. Tunggu next entry plak..

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie