-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pucuk Ubi Goreng

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah tak makan pucuk ubi goreng?? Aku tak pernah tapi ni first time aku try... Kebetulan haritu lepas hantar syafiq gi check up utk kencing berdarah.. we all terus pergi kebun.. sebab dah lama tak jenguk kebun.. last aku gi kebun masa pregnant Syafiq 7 bulan.. Sekarang Syafiq dah 7 bulan.. Maksudnya dah 9 bulan x jenguk kebun..

Nilah rupa kebun kami sekarang yang dah jadi hutan simpan.. huhuhu..



Since datang berdua ngan hubby, we all clearkan la sikit kebun ni sambil kutip pucuk ubi yang bertimbun tu.. Pokok ubi kayu semua kami cantas supaya boleh naik lebih cantik...

Ni la hasil pucuk ubi yang dikutip selepas 2/3 dah diagihkan kepada jiran tetangga...

Actually aku ni dah malas nak masak pucuk ubi sebab nak kene celur bagai.. so aku carila resepi yang simple... sehinggalah aku terjumpa resepi pucuk ubi goreng kakzusemanisgula. So aku try ler buat since teringin gak la nak rasa pucuk ubi goreng kan... (Agak pelik bagi aku la..)

Inilah hasilnyer...
Bagi yang pernah makan sambal hitam pahang, rasa dia lebih kurang ler.. terbaik bila dimakan dengan nasi putih yang panas.. Recommended for trying... Jom tgk resepinyer....

RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS 

BAHAN-BAHAN

pucuk ubi seikat (seringgit tu )

*basuh dan keringkan dulu (potong kecik kecik..nak campor yang pucuk ubi tue2 sikit pun tkpe )
30 biji cili api
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis 
2 inci belacan
minyak masak secukupnye

1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

CARA-CARA

1. Blender @ tumbuk bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis.

2.Masukkan 1 cawan minyak ke dalam kuali, bile dah panas, masukkan bahan yang di tumbuk tadi.
3. Masak hingga garing. 
4. Masukkan garam dan gula serta pucuk ubi tadi
5. Bila nampak agak2 kering masukkan minyak lagi sehingga  pucuk ubi menjadi garing.Sentiasa mengacau sayur ini supaya ia nya masak dengan sekata.

NOTE

Jangan letak air. Resepi ni guna banyak minyak tauuu.


0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie