-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ketupat Sotong

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam teringin sangat nak makan ketupat sotong.. since malam semalam tak nak makan nasi, so aku buat bihun sup utara.. then ada la masa nak buat ketupat sotong... Tapi ketupat express.. tak la sedap sangat.. cukuplah melepaskan keinginan.. hehehe..

Jom tengok resepi dia dulu key..


Bahan-bahan

  • Sotong ikut suka
  • 1 cawan beras pulut(sesuai untuk 10 ekor sotong sederhana... aku guna sotong kecil.. so dapat dalam 20 ekor)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara


Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk. 
 
Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya. 
 
Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
Rasa ikut suka masing-masing.. aku tak suka manis sangat.. so this one just nice..


Tara... nilah hasilnyer... Cukup untuk memuaskan keinginan untuk makan.. hehehe



And this one, bihun sup utara for our dinner...

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie