-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Berkongsi cerita dari Office

Bismillahirrahmanirrahim...
Nak bercerita tapi kat rumah internet connection sangatlah 'poyo'.. Nak upload gambar pun sangatlah susah nak lepas...  Sedih taw.. Padahal banyak benda boleh share.. Nak ber'blog' dari office??? Alamatnya tak jalan la kerja2 ku ini...

huhuhu... sedihnyer.. Rasa nak gi holiday ler..........


Selamat Pengantin Baru Sepupuku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Last Saturday, aku ngan family attend wedding cousin aku. He's married to girl from Kg Paya Jaras Dalam.. Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus aka 'Apit' dan isteri.. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat..


Camne Boleh Tertinggal Nie???

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisah peristiwa hari yang sangat menguji ketabahan aku... Adalah satu hari tu, last Thursday..  aku pergi kerja cam biasa.. Semangat nak siapkan kerja pun berkobar-kobar jugak.. dan seperti kebiasaannya kul 12 waktu aku untuk pump ebm buat Syafiq..

So, bergegas la ke nursery room dengan peralatan yang dah siap bagai.. Dah set semua, tetiba.. 'eh! mana pump nie?' Puas selongkar beg (cam la beg tu besar sangat kan??) Tak jumpa jugak... Alamak... ni mesti kes tertinggal nie... huhuhuhu... Nak tak nak kenalah buat secara manual aka mermet style... Dah lama giler tak buat.. Cukuplah membuatkan tangan menggeletar keletihan.. huhuhu...

Alhamdulillah.. inilah hasilnyer... Walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurangnya.. aku berjaya!!! :)


Jerebu!

Jerebu seringkali melanda negara kita.. Kebiasaannya disebabkan kebakaran hutan dinegara jiran.. Just upload a photos from my archive on the Jerebu di kawasan office aku last year...Gambar ni aku ambil dalam pukul 8.30 pagi.. Tarikh tak ingat ler...


  



Tengok... matahari pun x bersinar... So kalau musim jerebu nie kenelah banyak2 minum air suam key!

Jom tengok apakah indeks IPU yang perlu kite tahu..
 
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
0-50 - Baik
51-100 - Sederhana
101-200 - Tidak Sihat
201-300 - Sangat Tidak Sihat
301-500 - Berbahaya

Disebabkan jerebu nie boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.. eloklah kite ambil langkah-langkah dibawah utk mengurangkan bahaya 'exposure'

Sumber dari info sihat

Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.
Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

Untuk mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, jom terjah http://www.infosihat.gov.my.

Sama-sama menjaga kesihatan kite key!!

Gulai Ikan Tongkol

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dah lama tak masak gulai ikan tongkol... Biasanya gulai ikan ni aku masak kalau aku buat nasi dagang.. Tapi last weekend hubby beli ikan tongkol, aku malas simpan dalam peti, so aku rebus jer la.. Bila dah rebus, eloklah aku gulaikan aje ikan tu kan...


Nak try?? Cubalah resepi aku nie.. simple jer....

BAHAN-BAHAN

Seekor ikan tongkol direbus bersama garam kasar, asam keping dan sedikit gula kabung (Rebus dan biarkan sekurang-kurangnya semalam)
Sedikit halba
Sedikit minyak untuk menumis
Santan cair
Santan Pekat
* Santan dari sebiji kelapa
Beberapa biji cili padi 

Bahan dikisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
4 sudu rempah daging adabi

CARA-CARA
Panaskan minyak dan masukkan halba
Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak dan naik bau
Masukkan air rebusan ikan beserta asam keping
Masukkan ikan yang telah direbus dan masukkan santan cair
Agak-agak dah mendidih, masukkan santan pekat
Masukkan cili padi (sebiji-sebiji)
Rasa masin, manis dan masam dan boleh dihidangkan...

Pucuk Ubi Goreng

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah tak makan pucuk ubi goreng?? Aku tak pernah tapi ni first time aku try... Kebetulan haritu lepas hantar syafiq gi check up utk kencing berdarah.. we all terus pergi kebun.. sebab dah lama tak jenguk kebun.. last aku gi kebun masa pregnant Syafiq 7 bulan.. Sekarang Syafiq dah 7 bulan.. Maksudnya dah 9 bulan x jenguk kebun..

Nilah rupa kebun kami sekarang yang dah jadi hutan simpan.. huhuhu..



Since datang berdua ngan hubby, we all clearkan la sikit kebun ni sambil kutip pucuk ubi yang bertimbun tu.. Pokok ubi kayu semua kami cantas supaya boleh naik lebih cantik...

Ni la hasil pucuk ubi yang dikutip selepas 2/3 dah diagihkan kepada jiran tetangga...

Actually aku ni dah malas nak masak pucuk ubi sebab nak kene celur bagai.. so aku carila resepi yang simple... sehinggalah aku terjumpa resepi pucuk ubi goreng kakzusemanisgula. So aku try ler buat since teringin gak la nak rasa pucuk ubi goreng kan... (Agak pelik bagi aku la..)

Inilah hasilnyer...
Bagi yang pernah makan sambal hitam pahang, rasa dia lebih kurang ler.. terbaik bila dimakan dengan nasi putih yang panas.. Recommended for trying... Jom tgk resepinyer....

RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS 

BAHAN-BAHAN

pucuk ubi seikat (seringgit tu )

*basuh dan keringkan dulu (potong kecik kecik..nak campor yang pucuk ubi tue2 sikit pun tkpe )
30 biji cili api
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis 
2 inci belacan
minyak masak secukupnye

1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

CARA-CARA

1. Blender @ tumbuk bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis.

2.Masukkan 1 cawan minyak ke dalam kuali, bile dah panas, masukkan bahan yang di tumbuk tadi.
3. Masak hingga garing. 
4. Masukkan garam dan gula serta pucuk ubi tadi
5. Bila nampak agak2 kering masukkan minyak lagi sehingga  pucuk ubi menjadi garing.Sentiasa mengacau sayur ini supaya ia nya masak dengan sekata.

NOTE

Jangan letak air. Resepi ni guna banyak minyak tauuu.


Hati yang terusik

Bismillahirrahmanirrahim....

Lately server kat office selalu down.. Bila server down agak lama i.e. 1 to 2 hours, mood nak buat kerja mulalah down jugak.. Astagfirullah.. Tapi itulah manusia..  Tapi walaupun sedar, kadang-kadang terbabas jugak..

Hari nie.. baru sekarang boleh masuk server (4.36pm.. lagi sejam dah nak balik..). Lemau rasa hati.. mood and idea to proceed with the work already gone.. Tunggu masa balik jer la... Masya-Allah... kenapa tak productive nie???

'Ya Allah.. jauhilah aku dari sifat malas'..

Ambik mood balik.... Penawar hati bonda..

Ketupat Sotong

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam teringin sangat nak makan ketupat sotong.. since malam semalam tak nak makan nasi, so aku buat bihun sup utara.. then ada la masa nak buat ketupat sotong... Tapi ketupat express.. tak la sedap sangat.. cukuplah melepaskan keinginan.. hehehe..

Jom tengok resepi dia dulu key..


Bahan-bahan

  • Sotong ikut suka
  • 1 cawan beras pulut(sesuai untuk 10 ekor sotong sederhana... aku guna sotong kecil.. so dapat dalam 20 ekor)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara


Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk. 
 
Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya. 
 
Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
Rasa ikut suka masing-masing.. aku tak suka manis sangat.. so this one just nice..


Tara... nilah hasilnyer... Cukup untuk memuaskan keinginan untuk makan.. hehehe



And this one, bihun sup utara for our dinner...

Kencing berdarah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dah lama tak update pasal syafiq kan... Semalam genap sudah dia 7 bulan.. Pengubat hati kan anak-anak nie... Letih kerja balik rumah rasa relieve tengok anak gelak ketawa.. Seronok!!

Since last Sunday, aku notice there's a blood stain on his diapers... terdetik dihati.. Syafiq kencing berdarah ker??? Tapi rileks lagi... morning ada stain, petang pun ada stain.. and continuously until today.. Then this morning masa tukar diapers aku notice yang diapers dia kering.. Langsung tak ada kesan urine.. Then cancel nak pergi kerja, terus gi Klinik Kesihatan Seksyen 19.. Just to make sure, ada something wrong ker...

Ni la rupa diapers dia yang ade blood stain tu.. (Sorry kalau gambar menjijikkan..)

 Sampai KK jumpa doctor and show the diapers, then doctor interview tanya maid sume.. then she give a refer letter to hospital for pemeriksaan lanjut... We all can go to any hospital i.e. Hospital Klang or Sungai Buloh or Putrajaya.. tapi memikirkan malas nak tunggu lama kat hospital, aku just bring the refer letter to SALAM..

Kebetulan sampai SALAM, doktor Nik Wan Rosmini yang bertugas... Give her the refer letter and show the diapers.. Then masa tu baru nak register kat kaunter.. tapi tak payah tunggu registration, dia minta husband banyak Syafiq untuk pasang urine bag. By the time aku siap register, dia pun dah siap pasang urine bag.. Sangat cepat!! Then she told us to go back first and sent the urine sample once we got it..

We all gi makan dulu kat kedai mamak sebelah SALAM.. Dah habis makan, masa kat kereta we all check urine bag dah ada urine. Aku terus transfer ke bottle and terus gi hantar semula ke SALAM... The sample immediately sent to lab for test.. After a while, result keluar.. Alhamdulillah.... no infection trace and everything is normal.. Tapi doktor kata, kalau repeated the blood stain, immediately bring him to the hospital for another test.. Aku harap tak dek apa-apa problem.. since he need to take another blood sample for full blood count this coming 4 June 2013... Moga-moga anak aku membesar dengan sihat dan menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara..

Permata hati bonda semasa di SALAM.. sangat happy dia..



Kenangan di Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim....

Mengimbau kembali kenangan kami ketika mak mertua di hospital Pulau Pinang... Setelah menerima panggilan dari adik ipar yang inform kami keadaan mak mertua semakin kritikal, kami bergegas ke Pulau Pinang ( 22/4/2013). Memandangkan keadaan anak anak yang masih kecil, aku amat pasti yang mereka tak boleh stay kat GH Penang semua sekali.. Confirm kene halau dengan guard.. Lagipun dengan keadaan Syafiq yang masih kecil...

Aku survey melalui internet homestay yang berdekatan dengan GH. And finally i come across this homestay- DG Homestay.. Tempat yang amat strategik dan dekat dengan GH. Untuk bercuti pun ok homestay tu sebab dia dengan ngan rope walk, stadium bandaraya, etc... Kami sewa family room dengan rate rm95/night. Bilik yang selesa untuk kami sekeluarga... Kami stay kat Penang dari 22/4/2013 sampai 24/4/2013..

Walaupun keadaan mak agak kritikal, tapi pada 24/4/2013 kami terpaksa pulang dulu ke Shah Alam... Masa tu keadaan mak agak stabil... Niat di hati akan kembali semula pada hari Jumaat (26/4/2013). Tapi malangnya pada hari itu jugalah mak pergi meninggalkan kami...

So, kalau kawan-kawan nak bercuti ke Pulau Pinang, aku recommend jugak la stay kat DG homestay.. Agak convenient dan murah... Jom la layan gambar kami otw balik ke Shah Alam....


Kenangan di DG Homestay


Singgah makan di Padang Kota Lama





Di atas feri...



Jom jalan-jalan di Taman Botani-Putrajaya




Bismillahirrahmanirrahim....

Ini juga cerita yang dah berlalu.. just update sebagai kenangan... Kenangan sepetang di Taman Botani Putrajaya...  Jom tgk gambar.. tak larat nak pusing sume.. besar key!!




















Update Citer Besday

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom update citer besday yang dah berlalu this year.. Disebabkan kesibukkan, tak sempat nak update on time...  As of today, dua family members kami yang dah celebrate besday diorang iaitu.. Cik Husna dan En Papa.. :)

Jom layan gambar jer la...

Ni sekitar besday Nur Qaisara Husna yang genap 3 tahun pada 08/03/2013..


Besday girl!!





  With family....



Senyuman Manis si besday girl
 






Untuk besday si papa.. hanya ini gambar yang di'snap'.. Bukan ape.. memory dah full... Mama malas nak gerak gi ambik camera.. huhuhu...

Anyway, we all loves you!!!



Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie