Last friday (28/12/2012) merupakan hari orientasi persekolahan bagi murid tahun satu Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam.. Memandangkan Kak Ngah berjaya menempatkan diri ke sekolah tersebut, kami ibu bapa juga menghadirkan diri ke hari orientasi tersebut.. Perancangan awal, cuma cik abg ku saja yang akan menemani Kak Ngah semasa orientasi itu, aku tidak mengambil cuti pun.. sebab aku pun baru jer masuk kerja kan...
Orientasi bermula pukul 8 pagi sehinggalah 10.30 pagi.. semua murid-murid dikehendaki memakai pakaian sekolah... SRAI mempunyai 2 uniform.. Isnin hingga Khamis berkain biru dan hari Jumaat berkain hijau.. Berkasut hitam sepanjang sesi persekolahan.. Waktu persekolahan adalah dari pukul 7.30pagi hingga 4.00 ptg Isnin hingga Khamis dan 7.30 pagi hingga 12 Tengahhari pada hari jumaat...
Alhamdulillah.. hasrat kami agar anak-anak dapat memasuki sekolah ini termakbul juga.. walaupun kakak dulu tak dapat, sekurang-kurangnya Kak Ngah berjaya menempatkan diri ke sekolah ini... SRAI merupakan sekolah swasta dibawah JAIS.. Ini bermakna sekolah ini masih memerlukan ibu bapa membayar yuran persekolahan.. Tapi sekolah ini merupakan sekolah yang 'combine' KAFA dan sekolah rendah dalam satu sesi, maka ramai parent yang mempunyai hasrat untuk menempatkan anak-anak disekolah ini..
Jom layan gambar kak ngah masa hari orientasi tersebut...
Cinoni jer Kak Ngah ni kan?
Ni la Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam
Tengah beratur mendaftarkan diri mengikut kelas masing-masing..
Parent yg hadir...
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Guru disiplin..
Harapan kami agar Kak Ngah berjaya dalam hidup dan semoga menjadi anak yang solehah....


0 Nukilan Rasa:
Catat Ulasan
Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)